Thursday, 11 April 2013

End Of Chapter 2 in University Life

Assalamualaikum, sudah lama aku tak update blog aku ni, last aku update masa aku naik semester 2. Ya, kini aku di akhir semester 2, banyak kenangan pahit manis berlaku dalam semester 2 ini, even ianya singkat, tapi ada kenangan manis, ada lah kenangan pahitnya jugak. Dan banyak jugak benda yang aku belajar, belajar dari kesalahan, belajar dari kejatuhan dan belajar dari kegagalan,  bangun dan terus maju ke arah Nur Cahayanya. . .

Habis sudah peperiksaan Final aku baru tengah hari tadi, terlerailah segala rantai rantai ilmu yang ada dekat badan aku ni, bayangkan, aku tak tidur satu hari semata mata menghadap soalan Final. Tapi alhamdulillah, segala apa yang aku buat semuanya dapat Input. Kiranya aku tak membazir la Overnight. Alhamdulillah. Tamat akhirnya.

Dan kini masing-masing telah pulang ke tempat asal, bermaksud masing masing dah balik rumah sendiri, kami tak berjumpa untuk 2 bulan. Even masa 2 bulan tu pejam celik pejam celik rasa macam sekejap, tapi hati kita tetap akan rindu akan kawan kawan kita, kawan sekelas, kawan se roommate dan yang penting, SAHABAT kita sendiri.

Pada semesta dua, ramai jugak orang baru yang aku kenal, dan ramai jugak orang yang sama yang aku kenal sampaikan naik muak tengok dorang, iaitu, Roommate aku sendiri. And again kami sama bilik lagi.
Alhamdulillah aku dapat roommate yang sama dan of course la aku dah tau perangai dorang kan, perangai gila dorang. The moment paling aku hargai sekali mereka buat birthday Surprise untuk aku, seriously aku terharu masa tu, dan time tu jugak, ayat aku dalam pembedahan, tapi masa jatuhnya jari jadi aku tu jugak, ayah aku sedar dari pembedahan. Hadiah yang Allah bagi dekat aku pada tahun kelahiran aku.
Ini dia si manja Firdaus Asri yang kononnya nak nangis sebab roommate celebrate birthday dia. Aku memang terharu, even sibuk mana pun mereka, mereka tetap mencari ruang dan waktu untuk merealisasikan impian mereka untuk buat birthday surprise aku ni. Ecewah ayat aku macam semacam je. Ayat-ayat bunga gitu kan? Dan Happy Birthday to me. :)


Kan aku ada cakap tadi, semester dua ni ramai orang baru yang aku kenal. Dia, kamu, anda, awak, kau, Lu,  mereka, semua aku dah kenal,
Alhamdulillah jugak, aku dikurniakan sahabat baru yang perangai dia tah pape, tapi he is really a Good Friend, dia selalu nasihatkan dekat aku about who we are, about our life and life must be move on dan aku paling menyampah sekali perkataan MOVE ON, sumpah menyampah. haha. Budak tengah tengah ni la yang aku cakap, dia dari matriks pindah ke sini, dan dia juga menjadi guru aku dalam subject ACCOUNT, He is good teaches. And final haritu aku dapat jawab dengan sempurnanya dan I came up to him, and I hug him saying "THANK YOU SO MUCH!"

Dan kejadah apa pulak aku pakai topi ini, benda yang kedua yang aku benci jugak ialah TOPI, tapi kenapa aku pakai jugak kan? Hahaha. tapi topi ni lah kenagan aku dengan dia, ecewah ayat nak poyo. Bagi aku dia dah macam abang aku, selalu kene maki tapi kadang kadang dia ada banyak bagi dorongan dekat aku, gamba ini diambil masa last day dia kat sini, dia semester last sem ni, sumpah, aku akan rindu kan Faidiey. Kau senior yang terbaik pernah aku kenal. BODOH PERGI BALIK AWAL TINGGALKAN AKU, haha.
THANKS BRO
JENG JENG JENG! Kek siapa ni? Nampak tak tertera tulisan "SAY THANKS TO THE LATE COMERS"

maksudnya? haha, aku lah tu, aku selalu datang lambat kat kelas BEL, dan kalau kita lambat even 1 saat pun dan akan dikenakan bayaran sebanyak rm1, dan ini hasil gunungnya, dari seringgit jadi rm80. Ramai yang kene denda, dan yang paling BIGGEST CONTRIBUTE ialah aku dengan classmate aku, hari hari tak sah kalau tak lambat, kalau kita datang awal kan, sorang pun tak datang, tapi aku lambat pun sebab aku selalu tunggu dia, DIA tu yang pakai baju merah, selalu lambat, aku dah macam abang kene jaga dia 24 jam, kadang kadang kalau dah lambat nk pergi kelas dia selalu kata "kau pergi dulu la, kang lambat" And I said, "Takpela, apa gunanya kawan kan kalau tak tunggu kawan sendiri" cehh,,, kononnya nak cakap aku caring lah ni? Muntah pelangi petang sikit, hahaha. Seriously aku cakap, biar macam mana susah senangnya kita, asalkan kita ada sahabat yang boleh meringankan beban kesusahan yang kita ada. Tapi si Syah ni memang hari hari menyusahkan aku. Tapi kalau difikirkan balik, apa gunanya kawan kan kalau takda saling bantu membantu.
Dan ini the latest berita yang aku nak sampaikan dekat korang semua, start sem depan, semester 3, aku akan pegang Kelab Permas, iaitu kelab yang membawa kita ke landasan yang benar, ecewah, mudah mudahan, amin. Insyaallah. ;)
Yang ni pulak? Dah selalu tengokkan? Sumpah meluat kan? kalau rasa meluat, tekan je button merah dekat hujung belah kanan bagi yang guna laptop, yang guna handphone cecanggih tu pandai pandai la tekan home ye. Kowunk ni tak baik tau, SAHABAT AKU NI, sahabat sehati sejiwa, segila sekepala. Nampak macam sweetkan? Tapi kami selalu gaduh, gaduh pasal buat air, gaduh pasal burger, gaduh pasal study dan macam macam gaduh yang pernah kami dipergaduhkan, tapi kami gaduh tak sampai  beberapa jam je, sebab dia yang selalu pujuk aku, datang-datang je dekat aku dan peluk aku dan dia kata "Kau marah aku ke? sorry la" at that time aku rasa menggelikan tapi hati tetap rasa sayang buat selamanya Fareed.
Dan dia ni paling balik awal among kitarang sebilik, kureng asem.
Dan ini yang terakhir, aku nak cerita pasal classmate aku yang aku sayang sangat sangat.
Alhamdulillah aku dikurniakan classmate yang sangat sangatlah mulia hati mereka, walaupun ada sedikit perpecahan aku pun tak tau kenapa tapi aku sendiri pun tak bergaul dengan classmate lelaki kelas aku, haha, mungkin lain persefahaman maybe.



Classmate aku masing masing ada perangainya yang tersendiri, ada yang suka buat lawak, ada yang suka menangis, ada yang suka belasah sana sini, ada suka pembuli ada yang suka pendiam, ada yang pandai gila bapak, ada yang sopan santun, ada yang hah amikkau, perangai tah pape, semua ada,
Tapi even mereka mempunya lain-lain perwatakan dan perangai, tapi hati masing masing tetap ada perasaan sayang kawan sendiri. .

Tak kira perempuan ke lelaki ke, sebenarnya tak salah kawan perempuan lelaki ni cuma jangan sampai perasaan tu ke tahap rasa macam.... *on radio, "Jatuh cinta lagi, lagi lagi jatuh cinta, aku jatuh cinta kepada setiap orang wanita"
Ha.... perasaan kawan yang bertukar menjadi cinta sebenarnya tak bagus tau, sebab apa kan, bila kita gaduh, cintanya terus hilang, kawannya terus takde, terus diam, tak mau lah cenggitu kay? Sebab masing masing pernah lalui, aku tau,

Aku harap sem depan dapat bersama sama dengan mereka lagi even kalau aku ada masa free pun aku tak bersama sama dengan dorang, haha, perangai macam sampah kan aku ni, ecewah, tapi aku sayang semua classmate aku.

Dan satu lagi dorang semua pandai pandai sokmo, serious talk, nak lawan pun susah, saingan sangat sangatlah ketinggian gila bapak kau hah, hahah. Dan aku doa kan semester ni kita DL sama sama, pecah rekod, sem lepas 99 orang DL kan? Sem ni kita naikkan jadi 100. HAH! Suka suka je aku buat pencapaian  sendiri.


Dan yang terakhir aku nak cakap dengan korang ni, aku sebenarnya nak post dekat kelas kita, tapi takut macam merismaskan kan, ish,,, rimas mak jemah tau, tak suka. . . so mak jemah update blog je lah,yang  dah baca tu tak yah nak sengih sengih la, suruh orang lain baca, aku tau blog aku untuk cengkerik buat tidur.





Kehadapan sahabat sahabat ku sekalian, dengan ini aku ingin mengucapkan tahniah kerana telah survive Semester 2 dengan jayanya, aku tau semester 2 ni semester yang paling touhgher dalam hidup kita. Tapi alhamdulillah you all do the BEST! Dan lagi satu ni, yang kalau ada yang terasa ke terguris hati ke rasa annoying ke dengan aku aku minta maaf banyak banyak, cakap je depan depan, aku terima je teguran korang tapi kalau aku tak terima, AKU SEBAT PAKAI PENYAPU LIDI NI KANG, takde lah kawan... serious aku cakap, aku tak pernah rasa malu kawan dengan korang. Korang adalah the BEST IN MY LIFE, tanpa nyalaan cahaya korang, aku kini dalam kegelapan. HAHA!





Susah kita jatuh, senang kita berdiri, kita tetap akan bersama, ayat aku memang tak sedap. takpe.
HAPPY SEMESTER BREAK FRIENDS! I LOVE YOU SO MUCH JCS 113 2A. .

"a strong friendship doesn't need daily conversation, doesn't need togetherness, as long as the relationship live in the heart, true friends will never apart"