daripada yg saya baca dari artikel sirah nabiwiyyah.. Rasulullah saw wafat disebabkan sakit akibat dari kesan daging kambing beracun. Walaupun malaikat Jibril a.s sempat menahan baginda daripada menelan daging tersebut, (baginda meludahkan semula daging beracun tu). Kesan racun yang kuat tuh tetap ada.. jadi makin lama baginda semakin sakit. Itu lah yang saya faham serba sikit.. kalau salah minta ditunjukkan...
Menurut Imam Ibn Hajar, tarikh wafatnya Baginda SAW pula adalah jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, tatkala baginda berumur 63 tahun. ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150). Iaitu setelah baginda geirng selama 10 hari menurut riwayat Sulayman At-Tamimi yang dikeluarkan oleh Al-Bayhaqi dengan sanad Sohih .
Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. ( Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)
Baginda telah meminta isteri-isteri baginda untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul. ( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226 )
No comments:
Post a Comment