Tuesday, 11 May 2010

F R I E N D S H I P




aku ada satu hal ni, benda ni selalu berlaku pada kaum hawa saja, akan tetapi ia boleh juga berlaku kepeda kaum adam, macamni lah kalau nak dipendekkan cerita, pernah tak korang terkasar bahasa, tersinggung perasaan ibu bapa sendiri? aku tahu , ada yang pernah, ada yang tidak. aku mengakui, diri ini pernah menyakiti. yang pasal ibu bapa itu, lain ceritalah. tengok? aku dah lari tajuk! haha. sebenarnya aku nak bincangkan topik terkasar bahasa, tersinggung perasaan hati seorang sahabat. korang pernah tak sakitkan hati dan perasaan sahabat kita sendiri. mesti semua pernah, cuma kita tak perasan saja mana datangnya silapnya. kadang-kadang kita tak perasan bahawasanya, ceh! macam ikrar pelajar pula. kita memang takkan perasan bahawa kita tersinggung perasaan sahaba kita. TERsinggung. TER, TER tu bermakna tak sengaja, walaupun kita tak perasan, tetapi sahabat kita sendiri akan terasa, dan tersinggung perasaannya, kita memang tak perasan, maybe kita anggap benda itu hanya gurauan semata-mata. mungkin sahabat kita menganggapnya benar. kita tak perasan. ada sahabat, kalau dia sakit hati, dia akan pendam dalam hati, ada juga sahabat yang kalau dia terasa, tersinggung perasaan, dia akan bersuara dan tegur kita. baguslah kalau dapat sahabat yang berterus terang, bolehlah kita mengetahui apa salah silap kita. habis? bagi sahabat yang suka pendam perasaan? susahlah kita nak tahu sama ada dia tersinggung ataupun tidak. so,tapis lah sikit tutur kata tuh! kalau nak cakap, cakap baik-baik, tak payah nak peri-perli hati orang, ada sahabat boleh menerima PERLIan kita, ada yang tidak. aku pernah perli sahabat aku sendiri, aku pun pernah menyinggung perasaan sahabat aku sendiri. nak aku sebutkan nama? tak payah lah. masing-masing fikirlah sendiri. amir ada buat LAW. amir's 1st LAW, yang berbunyi "kita tidak akan perasan kalau kita buat jahat". hahaha. so, hati sahabat janganlah dibuat main, sekali sahabat kita sedih, merana lah kau lebih. jaga perasaan sahabat kita baik-baik. kalau nak elakkan kita tersinggung perasaan sahabat kita, kita diiiiaaaaaammmmmm saja, janganlah dia tanya kita soalan, lepastu kita diiaaam saja. fahamkan maksud aku? jangan cakap lebih-lebih, cover tata tutur percakapan kita. kalau ada masalah dengan sahabat, leave your comment here, insyaallah akan ku bantu masalahmu. o.k? kawan? assalamualaikum.

1 comment: