Sunday, 14 November 2010

Manusia, Malaikat, Dan Syaitan

Manusia: Eh, dah subuh dah?


Malaikat: Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....


Syaitan: Alahhhhhh, kejaplah. Ngantuk ini.. Awal lagi nie..





Manusia: Nak makan, laparlah..


Malaikat: Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...


Syaitan: Ahh, tak payahlah...! Dah lapar ni !! Emmm, sedapnyaa!!





Manusia: Hari ni nak pakai apa ye?


Malaikat: Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..


Syaitan: Ehh, panaslah! Takde style langsung, nampak kampung!!!





Manusia: Alamak, dah lewat!


Malaikat: Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..


Syaitan: Ahhh! Awal lagi? Emmm.. Aaaahh? Suruh si fulan, punchkanlah?





Manusia: Azan sudah kedengaran...


Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan..


Syaitan: Baru pukul berapa.. Rilex lah, awal lagi ni..





Manusia: Eh, eh... tak boleh tengok ini! Berdosa...!


Malaikat: Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganm. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui!


Syaitan: Perggghh...!! Best tu... Rugi wooo kalau tak tengok nie..





Manusia: Saudaraku sedang melakukan dosa..


Malaikat: Wahai anak Adam, cegahla ia..


Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.. Lantaklahh!!





Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.


Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..


Syaitan: Sendiri fikirlah! Semua dah besar.. Buat apa susahkan diri..? Pandai² lah?





Manusia: Aku telah berdosa..


Malaikat: Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun..


Syaitan: Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...! Lagipun muda hanya sekali.. Rugila!! (kalau sempatla..)





Manusia: Kalau pergi, mesti seronok!


Malaikat: Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah! Berpalinglah dari jalan itu...


Syaitan: Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh!!





Manusia: Uuhhh, letihnya harini.. Tak solat lagi nih!


Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...


Syaitan: Hey anak Adam, ikutilah aku! Kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...





Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :


1. Anda: Patutkah aku biarkan artikel ini untuk pengetahuan aku seorang..?


2. Malaikat: Ingatkanlah pada kawan² yang anda kenal.. (majukan artikel ini)


3. Syaitan: Tak payahlah sebuk²..!! Biarkan...





RENUNGKANLAH..

No comments:

Post a Comment