Sunday, 5 June 2011

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Assalamualaikum semua, harap anda baik-baik belaka...
Sudah lama aku tak update blog aku, yelah, rumah takde internet,..
Jarang-jarang je boleh on9....


Hp pulak buat problem,,, susah nak contact dengan member.
Dah lah cuti, TIDAK!! Bosan..


Tapi,

Aku mengisi kebosanan aku itu dengan mengulang kaji pelajaran, Sunil cakap dekat aku, masa cuti panjang, banyak kan buat ulang kaji, then, aku dengar nasihat dia,, sekarang
pun dalam proses mengulang kaji... Thanx Bro for ur Advice, Love You. haha.


Sebenarmya Aim of the Blogger today ialah

Aku nak memperkenalkan Latar Belakang Keluarga aku,,,,


Semua orang kata, erk? tak semua lah, segelintir je, dorg cakap, family aku macam
tak menyerlah.. yeke? ada yg ckp mak dan ayah aku garang. garang?
hahaha. erk,, memang garang lah, tapi disebalik sifat garang itu, adalah sifat
kasih sayangnya, hanya orang yang terdekat sahaja yang tahu sifat sebenarnya keluarga aku


Guys? Keluarga aku tak menyerlah yer?
Baiklah,biarkan aku serlahkanya sekarang, hahaha

Okay, pertama...





Ini Bonda saya. nama dia..
Aini Bte Abdul Majid.. dilahirkan di johor. dan dibesarkan di johor bersama ibu bapanya
yang kini telah meninggal dunia. al- fatihah.
mak saya dilahirkan pada 16Februari.

Makan apa ma? Pau kacang yer? sedapkan?
Saya panggil mak saya "Ma". Senang. Simple. Singkat.
cakap pasal sedap, semua masakan mak saya semuanya sedap sengoti!
Siapa yang tak suka masakan mak sendiri kan?.. haish, kalau takde macam mak
macam mama ni, tah apa lah adik makan nanti,
Mak saya Seorang yang pandai masak
Mak saya juga orangnya cepat pemarah, tapi hatinya sangat lembut mcm
marchmallow...haha.
dia kini sedang membuka perniagaan sendiri
Semoga perniagaannya berjalan dengan lancar, insyaallah,amin.



Okay, sampai situ jer saya bleh cerita. kalau nak tahu lagi, kahwin lah dengan saya,
hahahaha,

Yang Kedua



Ini ayahanda saya.
makan apa tu yah? Mee Rebus? sedap? haha, tadi mama makan pau,
ayah pulak makan mee rebus, haha
saya panggil ayah saya "Yah". Senang, simple, Singkat, Shortform, Hahahahah
Nama dia Mohd Asri Bin Yussof
Ayah saya dilahirkan pada 29 September. dia dilahirkan di Kelantan.
Jauhkan? jadi, saya keturunan kelantan lah? hahaha

Beliau seorang yang periang dan pelawak,
Tapi
TAPI!!
Bila dia tegas, wow, tak dapat dibayangkan, Tapi dia juga memiliki sifat yang
lembut seperti Marchmallow, haha
Ayah saya bekerja sebagai... saya tak tahu apa nama pekerjaan nya, tetapi dia
bekerja di Taman Desa Harmoni depan area Carefour. Hehehe.



Okay, kita stop sampai situ, tak boleh cerita byk2.

Yang ketiga.




Ini ialah kakakda saya, haha,
nama dia Nur Farah Dilla Bte Mohd Asri.
dia dilahirkan pada 18 December.

Dia seorang yang cepat marah kalau orang carik gadoh dgn dia
jadi, saya lah orang yang selalu gaduh dengan dia, biasala, lumrah kan.

tapi dalam gaduh gaduh tu, tak pernah ada perasaan benci kepada akak sendiri.
kami gaduh pun sebab tak puas hati sesama sendiri, lama2 baik balik, lepastu gaduh balik.

Benda yang dia tak suka aku buat ialah
1. macam biasa lah, baca msg dia, bila aku touch je screen hp dia, zuuussss,
pantas dia rampas balik hp dia, hik hik

2. kalau korg makan dengan dia, bila ada lauk ayam masak kicap ke, masak sambal ke,
dalam tu kan mesti ada ayam bahagian peha, kepak, dada, kalau korg makan dengan dia,
bagi dia pilih bahagian ayam dulu, sebab dia suka sangat bahagian peha, tapi beli korg amik
bahagian peha dulu dari dia, dia akan, errr, dia akan, mula lah dia buat muka dia, hahaha

Jadi sebagai adik yang mulia, aha, mulia? saya akan dahulukan ayam peha kepada dia.
Haahahaha. :D

3. Senang kan, banyak lah benda yang dia tak suka kalau org buat dekat dia.
hahaha

Enough!

cukup.



Keempat






Ni adik saya. nama dia
Nur Azwaliza.
Umur dia saya tak beberapa ingat, hahaha.
Tapi budak kecik ni sangatlah ACTIVE, see?
dia menang dalam acara lumba lari, haha
Hari-hari saya bergaduh dengan dia, dan hari2, saya buat dia nangis,



sebab.. saya memang suka kacau dia, terutamanya membuat penjelmaan hantu dekat dia
hahaha, dia memang takut, paling dia takut bila aku menjelma sebagai Pocong dekat
depan dia, dia melalak kuat, yelah, aku dgn pakai balut selimut putih, lepastu
lompat2 dekat dia, budak mana tak takutkan? haahahha

EH? Aku ni sekejap guna saya, sekejap guna aku, tak kisah kan kalau campur2?



Dan Yang trakhir!

Aku



Mohd Firdaus Bin Mohd Asri.
dilahirkan pada 5 feb.
akan menduduki SPM tahun ni,

dan aku sangat bertuah memiliki ahli keluara aku yang aku tunjukkan di atas,
tapi, kadang2 aku tak menghargainya, tak mengapa, aku akan sentiasa sayang
keluaraga aku sendiri.

Ma....
Ayah..
Akak...

Adik sayang sangat dekat mama, ayah, dan akak,

:"(

Doakan adik berjaya dalam SPM? okay. Terima kasih mama, ayah, akak.
:'(



Dan tamat lah cerita keluara aku yang singkat ni, jadi, dah kenal keluarga aku?
haha, bagus...


I Love them

No comments:

Post a Comment