Saturday, 18 June 2011

June 16 Khamis 2011, 10.35pm


Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Alhamdulilla, hari ini aku bangun di awal pagi,
suasana pada pagi subuh itu sangat sejuk dan pilu
sehinggakan aku membungkuskan diri aku dengan selimut tebal ku,
Lama kelamaan aku berasa panas, dan membukanya semula.
Lalu menunaikan seruan Ilahi.

Pada pagi itu, aku menyiapkan sarapanku sendiri,
Dan seperti biasa aku bertolak ke sekolah pada jam 7.10am dan sampai disana jam 7.20am tepat.


Sebaik sahaja tiba didepan sekolah, terdapat seorang wanita menaiki motor memanggil aku,
dan berkata
"Makanan ni bagi dekat cikgu A ok?"
"Oh, okay, okay"
"Terima kasih"
"Sama-sama"

Dan aku terus menuju ke pejabat untuk memberi makanan itu, sebaik sahaja sampai di meja
Cikgu A, aku berkata, "Delivery sampai"
Cikgu tersenyum lebar dan berterima kasih,

Dan, aku pun memasuki makmal dan belajar seperti biasa,
Semasa waktu PJK, aku berasa sangat tersangat seronok, kami bermain bola dalam
keadaan padang yang berlumpur dan basah, kami semua tidak endahkan tentang
kebasahan dan kekotoran yang bakal kami terima, kami hanya meng enjoykan diri bermain
bola, dan kami PJ selama 2 masa, kerana kami semua bercadang ramai ramai untuk ponteng
kelas sejarah,

Sebaik sahaja tamat permainan pada jam 9.45am kami membersihkan diri, ada juga yang mandi
di paip air.... Dan kami melepak bersama sama di tepi blok tak kira melayu cina india sn2
dan juga sn1,

Dan seperti biasa, kami belajar belajar belajar, tido, belajar, sebaik sahaja tamat waktu sekolah,
aku pulang bersama R, dan R berkata dia nak pergi ke kantin buat seketika, dan aku
terserempak dengan kau, maafkan aku, aku tidak sanggup nak berdepan dengan kau, maafkan
aku, dan aku menunggu R di tempat letak motosikal, dan kami bercerita panjang di sana,
dan sebaik sahaja R balik, W, datang dekat aku, dan menceritakan segala masalahnya,
aku sedih mendengar masalah yang di laluinya, jikalau aku di tempat dia, aku memang butu, dan sangat perlukan KAWAN pada ketika itu. . . . Usah risau, semua masalah ada jalan keluarnya,
Okay? fikirkan baik baik. Aku akan sentiasa sokong kau... Masalah akan selesai,
insyallah W,

Dan pada pukul 3.30 ptg, aku pergi ke jusco Bukit indah untuk survey hadiah cousin,
dan aku membelanjakan sebanyak RM, XX.XX untuk merasai kenikmatan Kek indulgence,
segelas air, dan juga sebungkus buah jambu air,

Dan aku pulang ke rumah pada jam 6 ptg, aku menaiki 2 bus,
pertama, ambil bus dari jusco dan turun ke Kobena, Kedua, dari kobena ambil bus,
dan turun ke Kipmart, saja saja je nak jalan jalan,

Dan sampai ke rumah jam 7.15pm dan membersihkan diri untuk menghadiri kelas Physics
di Global Info... Kelas bermula pada jam 7.45, tapi aku tiba pada jam 8.15pm, lambat
sebab Nora Elena punya pasal, yelah, episode akhir, siapa taknak ketinggalan untu
menontonnya kan?

Cikgu S.C hanya memperli dengan mengatakan, "Suka hati je kau"
Dan semasa sesi menghafal, B beritahu aku bahawa dia megajak aku
untuk ke Muar, atas sebab Teater, aku pula mengatakan, ada masalah tentang teater,
B hanya menyalahkan W, atas sebab tertentu, mereka tidak tahu masalah sebernya W
lalui. Tiada siapa yang tahu kan? harap bersabar W, aku sentiasa menyokong kau okey?

Baiklah, sampai disini sahaja,

Kita tidak perlu mendengar permintaan seseorang itu atas sebab paksaan,
Hanya memikirkan apa yang terbaik untuk diri kita

Assalamualaikum....

June 16, Khamis, 11.00PM

No comments:

Post a Comment