Wednesday, 2 November 2011

Kisah Si kAtak


Assalamualaikum

Hye. Dapat jugak pegang laptop.

Penat kot aku harini kelas dari ke pagi sampai ke Magrib.

Yelah. for sure untuk SPM kan,

dan, aku nak cakap kan ni, salah ke kita belajar selalu dekat sekolah? Salah ke?

Memang betul aku ni belajar lebih-lebih tapi result aku tak sehebat orang lain,

mungkin itu bukan rezeki aku. Dan, sepatutnya korang bukannya merendah rendah kan lagi.

Cara korang cakap tu, aku macam useless belajar. Tapi ada peningkatan sedikit.

Salah ke? Aku belajar? Kalau lah aku dapat cemerlang SPM, aku nak sangat

tunjukkan slip keputusan aku, dan aku nak kata,

"Inilah hasil yang aku dapat atas usaha aku yang belajar beriye riye yang korang

cakapkan, inilah hasilnya"

Kalau lah itu berlaku, Alhamdulillah, aku dapat buktikan kan?

Terselah lah kepada kau nak cakap aku apa ke apa ke, aku terima seadanya,

tapi fikirlah sikit, kau melemahkan semangat aku. Tapi aku akan kuatkan semangat aku

untuk endahkan apa yang orang nak katakan.

F***n pernah cerita dekat aku, cerita itu tentang Si Katak.

Bermulanya cerita, ada sekumpulan katak ini ingin memanjat tangga yang sangat tinggi,

hampir semua katak tak mampu untuk melompat untuk mendaki tangga yang sangat

tinggi itu, ada yang patah balik, ada yang berhenti, ada yang mengalah,

tiba-tiba, ada seekor katak ini, melompat tangga yang pertama, dan berikutnya,

katak-katak yang lain mula mengatakan,

"Kau takkan dapat lompat sampai ke puncak!"

"Tak payah lah kau nak lompat lagi"

"Turun je, patah balik je,"

"Tak guna kau lompat-lompat, tak de gunanya"

Tetapi katak yang melompat tadi hanya sambung lompatannya,

dan akhirnya dia seekor sahaja yang sampai ke puncak. Katak itu memerhatikan

kawan-kawan dia yang di bawah, lalu dia senyum gembira.

Sebenarnya katak yang melompat tadi adalah seekor katak yang pekak.

Apa yang kita boleh dapat dari cerita yang aku tulis ini ialah,

"Kalau orang patahkan semangat kita, cakap kita takkan berjaya, kita tak boleh,

kita tu, kita ni, kita tak mampu, apa semua lah, apa yang kita perlu buat ialah,

endahkan percakapan orang lain, seperti katak tadi, dia pekak, dia tak dengar

pun apa yang dorang cakapkan. Dia tetap meneruskan lompatannya sehingga ke puncak,

dan kita meneruskan usaha kita sehingga kita berjaya. :)

2 comments: