Tuesday, 20 November 2012

I remember the time was . . . . .

Assalamualaikum..
lama kan aku tak update blog, sebab apa? aku fed up dgn aku punya akaun Google+ , semua segala jadah.yg gamba  aku muntahkan dekat dada-dada entry aku semuanya hilang, sila amik baldi untuk muntah akibat mendengar ayat jiwang aku. Gamba makcik Osmosis pun hilang. Cewdihnyerrr... Pada para pembaca yg sedang baca ni Sila baling batu bata dekat aku atas ke annoying an aku yg berganda ganda. Tanak baling? kenapa sebab aku comel sgt.. awww so sweet. okay Firdaus, tak lawak langsung.

Sebenarnya aku tanak post ayat ayat yg tak berapa lawak ni, tiba2 jari aku ni memandai je menaip nak tulis ayat ayat lawak, korang ketawa tak? tak kan? hmmm.. cewdih arh titew cam niey. Tucknuck kawan kowrunk lagiey. Susah kan nak baca,

okay. kembali serious. Turn On music  "007". . . action sgt pulak music dia. takpelah,

Aku nak cerita pasal number je harini. ye ye je nombor je?

1611121112

Sekejap, kowunk jgn memandai amik nombor ni pergi tikam dekat Sport Toto atau kedai kedai number ekor yg lain, sebab aku takut kalau kowunk tikam nombor tu tapi tak menang, nanti mesti engkorang cari aku nak belasah sampai pengsan dan jual aku dekat Kota LOndon sebab muka aku yg comel sgt laku di sana. Okay, kalau rasa annoying dgn ayat aku, kau baling je batu bata yg ada kat tgn kau tu. Cepat Baling, nanti aku elak. cak! tak kena. Lagi sekali! cak! tak kene lagi. okay stop.
balik kepada nombor keramat ni 1611121112, engkorang rasa nombor ape kejadahnyer ape pun keder lh aku pun tak tau,  eh, aku tau pasal nombor ni, kowunks jew semua tak tau, wuaahahahaha, padan muka korang tak tau. Aku pun tanak bagitau. Biarlah Tarikh tu terkubur di dalam dasar lubuk hati sanubari aku ni. Ops? tarikh? omaigod omaigod, mesti kowunk tengok balik kan Nombor tu sebab nak tengok balik supaya boleh cam tarikh apa, okay diam. tak yah nak tengok balik nombor kat atas tu, aku bagitau kowungks je. Baik tak aku? Nak kiss sikit.  Hamboi, semua muncung kan bibir buat "DuckFace" nak cium aku. Korunk ingat aku nak cium engkorunks semua? sebab kowunks pun tanak cium aku kan, tak ingin kan. *psss *psss.. tapi yg ingin tu sila DM saya. Sila PM saya. Ke ke ke ke. okay.

Aku nak bagitau korunk kan pasal nombor tadi tu. Eh, tarikh tu. Hmmm... aku sebenarnya tanak cakap banyak, itulah tarikh dan hari yg terakhir aku bergurau senda anjew anjew dengan dia. apa? dia tu siapa? kowunks ni tak reti brcukur kan, sebenarnya bersyukur, aku dah bgitau tarikh kau nak sebok jugak nak tau siapa DIA. okay lah.. disebabkan kowung semua syg aku, aku akan tidak bagitau kowunks. ke ke ke ke. padan muka kene tipu manja dgn aku. Yg penting aku tanak bgitau siapa dia. Terpulanglah kowunks nak expect DIA tu sepasang selipar bata saiz 8 ke, DIA tu seekor katak yg tgh mengandung ke. terpulang lah. omaigod katak mengandung? penemuan sains baru. okay. stop lah firdaus. Tarikh tu kali terakhir aku bergurau senda dgn dia. That date, perasaan aku seolah olah sehelai kertas yg dirobek robek dan dimasukkan ke dalam Blender dan di kisar sehingga hancur. Perit tak? sampai berdarah dalam jantung ku ini. I meet a Incredible person yang perangai seolah olah idaman pujaan hatiku. tapi tak idaman sepenuhnya. Yelah, memang setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan kan. Aku suka a person yg tuuuutttt dan kepala gila and she have it. tapi tuuutttt tu dia belum ada. Hamboi hamboi, kowunks, mesti lah terfikir fikir apa tuttttt tu, siapa dia tu. tuttttt tu bukan lucah k, harap maklum. kekekeke. But now your gone, dia dah takde dah. Bukan takde buat selama lama nya, cuma takde kerana pergi "menghilang" dan takkan pulang. I still wondering why she just go away, I still wondering What I've done to her. I still wondering kenapa tiba-tiba. And I still wondering can I meet her soon.?.Entahlah.

hey...

come on..

why

you

leave

me....

Tak nak kawan dengan saya lagi ke?

Saya tau saya tak seistimewa dorang.

Saya tak se awesome dorang.

Saya tak secantik dan sehensem dorang.

Tapi inilah saya. Ini je lah yg saya ada,

tak cukup ke?

Apa yg tak cukup? Sampai ke saat ni saya masih tak tau apa kekurangannya saya.

Awak... awak dah pergi kan, jangan cari saya lagi okay, nanti awak sakit dan saya lagi sakit. Kalau sama sama sakit siapa yang nak jaga siapa? Baik kita jaga hal masing masing. Saya tau sekarang awak dah jaga hal awak, awak dah tak jaga hal saya lagi, tapi saya belum lagi. Saya masih jaga hal kita lagi. Hal Kita. Tak mengapa awak, saya tengah belajar perlahan lahan untuk jaga hal saya dan takkan jaga hal kita lagi lepasni. Insyaallah esok atau lusa atau tak kira lah bila,

Awak, nak tau tak, kelmarin saya mimpi kan awak tau. Sungguh, saya tak tipu. Cukup sempurna mimpi tu. Senyum je saya masa tu. Tapi bila saya tersedar, saya rupanya sedang leka dengan mimpi saya. Awak tau kan saya selalu tersedar maimun pagi2 subuh dan saya selalu kacau awak pagi pagi, biar awak terkejut maimun dan tersedar, tapi hakikatnya awak tak sedar jugak. Bangun lambat ye?

Let bygones be bygones Firdaus. Tu semua kenangan yang ada dalam setiap neurone neurone kau yg berada di otak je tu. Tak lama tak sekejap kau akan lupa, insyaallah.

sampai disini sahaja, tergantung tak cerita aku?

Assalamualaikum

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment