Sunday, 14 November 2010

Lucu Ke?

Kalau anda fikir anda masih Islam, bacalah... Kalau tidak, terpulang anda lah...





✉ Mesej: Tolong ambil masa 2 minit untuk membaca ini.. Kalau lebih 2 minit tu bukan membaca la, tu tapi mengeja..





Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.. Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Solat Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... Tiba-tiba masuk 2 orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian serba hitam.. Tidak nampak apa cuma 2 biji mata dan mereka membawa senjata api... Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!!"Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah untuk menyelamatkan diri masing-masing.... Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Imam itu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Imam sambil berkata; "Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang HIPOKRIT.. Sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat.." Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....


Macammana..?? Adakah anda rasa lucu dengan cerita di atas..?


Selain terhibur anda fikirkanlah...





Lucu kan? Dari 1,000 org yang mengaku dia Islam hanya 50 yang betul-betul ikhlas dan beriman...





Lucu kan? Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... Kedua lelaki itu hanya membawa sejata api saja dan dia tak kata pun nak bunuh.. Tapi generasi sekarang..?? Amat lemah..Baru kena ugut, terus lari lintang pukang.. Lupa yang dia belum tunaikan solat Jumaat lagi...





Lucu..Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. Tu pun bila masa solat Jumaat.. Sekadar tunjuk muka kat orang.. Ada tu lagi dashyat! Setahun 2 kali je.. Bile waktu solat sunat Aidilfitri & Aidiladha..





Lucu kan..?Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis di surat khabar dan majalah daripada apa yang tercatit dalam al-Quran..





Lucu kan?? Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal abadi. Tapi berlumba-lumba mengejar dunia!





Lucu... Kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam, tapi nak berdoa kepada ALLAH??? Alahai.. Tak cukup masa sesaje..





Dan lebih lucu lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat.. Tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur keAGAMAan





Lucu kan?? Kenapa??? Gelak tu kan realiti dan 1 nikmat Tuhan.. Tapi yang paling lucu sekali.. Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan pada orang lain...?? Berapa ramai orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membacanya? Berapa banyak????!!





Wallahuaallam..

No comments:

Post a Comment