Manusia hari ini suka berprasangka..Ada sangkaan yang baik... Dan ada sangkaan yang buruk...
Orang yang suka beribadah disangka riak.
Orang yang relaks disangka malas..
Orang yang pakai baju baru disangkanya menunjuk².
Orang yang pakai baju buruk pula disangka zuhud (hina)..
Orang yang makan banyak disangka pelahap.
Orang yang makan sikit disangka diet..
Orang yang baik disangka buruk.
Orang yang buruk disangka baik..
Orang yang suka senyum disangka mengejek.
Orang yang masam muka disangka merajuk..
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang yang diam disangka menyendiri..
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk.
Orang yang nampak ceria disangka membela..
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
Mana kita tahu ...Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah?
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya?
Mana kita tahu ... Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
Mana kita tahu ... Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya..?
No comments:
Post a Comment