Monday, 13 June 2011

June 13 2011, Isnin, 1.05am

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Pejam pelik pejam pelik, dan berakhirlah musim cuti pertengahan sekolah.
Aku merasakan sekejap saja masa ini berlalu, dan tidak lama lagi, umat islam
bakal merasai bulan ramadhan pada awal bulan 8 ini.

Dan aku tidak sabar menunggu ketibaan hari mulia islam itu iaitu Ramadhan.




Esok aku mula start semester kedua untuk sekolah aku. Dah nak tiba bulan 7,
memang masa berlalu tampa kita sedari. Dan esok aku bakal mendapat
keputusan peperiksaan pertengahan 2011 aku, aku dapat merasakan
Result aku akan jatuh menjunam terutamanya, Biolgy, Bahasa Malaysia dan juga Matematik
Tambahan.


Kenapa aku berasa takut untuk mendapat keputusan Peperiksaan Pertengahan 2011 ni?

. . . Mungkin aku belum bersedia lagi untuk SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi,

Aku,,, memang belum bersedia terutama untuk subjek Sejarah dan juga Biolgy, aku
sangat lemah dengan kedua dua subjek ini, bagaikan beban. Aku merasakan tidak ada minat
terhadap kedua dua subjek ini kenapa begitu yer? Mungkin,,, aku patut ubah sikap aku
mulai sekarang? Tidak kah terlambat untuk mengubahnya? . . .
Aku rasa, , , aku masih ada masa lagi untuk mengubah diri aku ini dan yang paling
penting mengubah cara pembelajaran aku ini.




Kini, aku memang bertekad untuk betul betul tumpukan perhatian kepada pelajaran.
Kini, tidak ada Boling lagi selepas ini, Amir, maafkan aku, mungkin lepas SPM kita boleh main bersama
sepuas puasnya, wan, aku tunggu Pin patah kau, dan wayang? aku cuma nantikan Movie Harry Potter And The Deathly Hallow
Part 2, selepas itu, tidak ada lagi lah untuk tengok wayang lagi.







Dan aku bertekad untuk mengumpulkan wang simpanan, aku memang dari kecik
sangat susah untuk meyimpan wang. Lagi lagi jikalau aku memegang wang
sejumlah yang besar. Kata orang pergi menjoli dengan duit duit itu. Aku lebih banyakkan
habiskan wang untuk bermain Boling, lepas ini aku dah stop, mungkin aku boleh re cover
semula wang aku, Insyaallah.

Dan, aku masih ada masalah yang berlenggu dalam diriku ini,

Kau minta aku untuk mengajar kau?

Amatlah susah untuk tunaikan permintaan kau,

Bersemuka dengan kau aku tak sanggup apatah lagi mengajar kau seperti mana
yang kau minta, aku bukan tidak suka bersemuka dengan kau atau rasa kurang
selesa pabila bersama dengan kau, aku cuma merasakan ada sesuatu perasaan malu
yang timbul bila bersama kau, minta maaf sebab tidak dapat membantu kau,
Maafkan aku N, mungkin kau boleh minta bantuan orang lain,
N, maafkan aku, aku memang tak mampu untuk menghadapinya.
Maaf

Dan aku juga ingin meminta maaf kepada kau, aku tahu kau akan menganggap aku
bahawa aku bersikap Sombong terhadap kau, tidak, aku tidak pernah bersikap
sombong, sedikit pun tidak. Maafkan aku atas sebab sepanjang cuti ini aku tidak
bertanyakan khabar tentang kau. Jika kau mahu membenci aku,
dipersilakan, kerana ianya bukan salah kau, tetapi salah aku, aku sanggup
menerima apa sahaja.
A, maafkan aku.


Baiklah sampai sini sajalah blog aku,

Teman yang mahu kita cari adalah teman yang sempurna bagi kita...
Tetapi apabila kita sudah mengenalinya, kita perlu berhati hati,
kerana teman itu akan menganggap hatinya adalah sebahagian daripada
hati kita. Amat susah bagi kita jika mengalaminya.

Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment