June 10 2011... Jumaat... 3.04pm
Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....
Aku tersedar di awal pagi subuh nyaman lagi indah. Lalu menunaikan seruan Ilahi.
Sebaik sahaja selesai, aku menyediakan segelas susu dan sedikit bijiran sarapan
untuk diri aku sendiri. Pada pagi itu, semua penghuni rumah belum sedarkan diri,
mereka masih dibuai dalam mimpi.
Selepas saja bersarapan, aku bertekad untuk tidak tidur sehingga jam 8.30 pagi..
Kerana pada jam 9 pagi, aku perlu menghadiri kelas ibnu sina, iaitu Tuition
Biology. Jadi aku menahan rasa mengantuk aku dengan mendengar Lagu.
Takkala sedang aku mendengar, aku terlelap, dan aku tidak sedar bahawa aku terlelap.
Apabila aku tersedar, landas aku melihat jam dinding yang tergantung di kepala
katil ku, yang menunjukkan "9.30 pagi"
Subhanallah.... Aku terlewat. Lantas aku bingkas bangun dan membersihkan diri.
Tanpa memikirkan apa apa, aku mengejut ibuku untuk meminjam kereta untuk sekolah
kerana sudah terlewat.. Lalu aku cepat2 memandu kereta dan akhirnya sampai ke sekolah.
Dari jauh aku melihat, semua pelajar sudah bermula belajar, dengan perasaan hampa
dan malu, aku memasuki kelas dalam keadaan menunduk dan menghebus suara,
"Maaf cikgu lambat,
Cikgu Zaida: Takpe, awak lambat 10 min. je
"Tapi dah pukul 9.50 ni? kelas start pukul 9 kan
Cikgu Zaida: Saya ni pun baru sampai awal 10 min dari awak, dah duduk.
Lalu aku mengambil meje dan duduk di sudut kelas sebelah kiri mengahadap meja guru.
Aku mengira, cuma ada 7 orang termasuk aku yang menghadiri kelas Biology
Dan yang sedihnya rasa, aku seorang sahaja lelaki di dalam kelas itu.
Tidak mengapa, belajar punya pasal. :)
A? Ingat tak masa hari Selasa kau tanya aku, "Ada kelas biology"?
Lalu aku mengatakan "Takde"
Dan kau memberi alasan yang cukup membanggakan aku iaitu,
"HAH? Takde? aku tengah bersemangat nak pergi kelas biolgy"
A, aku sangat bangga kau berkata begitu, Alhamdulillah...
Tapi, semalam aku mengingatkan kau untuk datang ke harini,
Kau? Tidak semangat pulak,? Takpe lah, Kau belum bangun kot...
Dan B? Kau juga bertanyakan aku semasa selasa lepas,
"fir, ada kelas harini"
Takde
"Kenapa tak cakap?"
Aku dah cakap,
"Takde pun"
Lalu aku terus mendiamkan diri, tetapi semalam aku mengingatkan kau
bahawa, harini ada kelas, tetapi kau hanya mendiamkan diri sahaja.
Aku tahu pada mulanya kau tak dapat pergi kerana takde transport,
At least, Give some response its already enough. Right?
Dan kini aku berada di rumah, sedang berangan rangan dan tidak tahu untuk berbuat
apa apa, aku mohon esok adalah hari sekolah. Alangkah bagusnya esok hari sekolah, dapat
berjumpa kawan kawan aku yang sudah 2 minggu tidak berjumpa, sangat lama,
dan sangat rindukan mereka. Tidak mengapa, tinggal beberapa hari sahaja,
Semoga mereka dalam keadaan sihat sejahtera, Alhamdulillah, Insyaallah.
Okay sampai sini sahaja,
Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada bersama di sisi kita
tidak kira apa jua keadaan.
Kawan yang tidak baik adalah kawan yang sentiasa bersama di sisi kita apabila
mereka mempunyai masalah yang related kepada kita dan kadang kala
sahaja bersama kita apabila mereka senang.
Assalamualaikum.....
No comments:
Post a Comment