Monday, 13 June 2011

June 7 2011... 1.08p.m.. Selasa

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Harini hari yang membuat aku rasa gembira.. aku baru pulang dari tusyen mathematics.
Dan yang membuat aku gembira, aku dapat berjumpa dengan kawan kawan aku yang sudah
lama aku tak jumpa mereka. yelah, cuti 2 minggu. kadang kala, cuti sekolah ni seronok.
Kadang kala cuti sekolah ini bertukar menjadi bosan. Sebab, kita tidak ada banyak sangat
aktiviti yang nak dibuat pada musim cuti sekolah ini..




Jadi untuk mengisi lapang ini, aku mengisikan dengan mengulang kaji topik topik yang aku
telah pelajari semasa tingkatan 4. Aku nak tumpukan kepada subjek Biology dan juga
Sejarah. Dua subjek ini lah yang aku sering tidak dapat score markah...
Yang lain, alhamdulillah. 10A dalam genggaman.. insyaallah ma,

Esok aku akan bertolak ke Tune Hotel untuk pergi ke Singapura, kami akan mengambil
Bus dari sana. Kami bersaudara akan pergi ke Universal Studio. Aku tidak pernah menjejaki
ke negara jiran ini. Jadi, rasa "excited" lah ni.... Insyaallah perjalan akan berjalan lancar.







Dan dengan kesempatan ini, aku nak selitkan satu perkara..
Aku hanya mengaggap kau adalah kawan aku,
Aku tidak anggap lebih dari itu.
Dan aku bukan bersikap sombong terhadap kau.
Cuma ada masalah yang aku hadapi sekarang.
Aku harap kau paham situasi aku sekarang ini.
Bukan aku sengaja tak nak tanya khabar kau,
Sebab tidak boleh. Jadi ia tak boleh lah
Tak boleh nak buat apa apa.
Jadi maafkan aku okay?
Aku harap kau disana dalam keadaan sihat sejahtera




Okay, aku berhenti disini sahaja.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment