so, apa khabar semua?di harap semuanya dalam keadaan sihat sentiasa. Saya di sini mengirimkan cerita untuk anda dengan tujuan membuat anda semua happy. So today punya entry rasa-rasanya sedih lagi tak macam semalam yang jiwangnya tahap sehingga besi pun boleh cair menangis. Siapa yang tak suka jiwang-jiwang ni diharap boleh angkat kaki kaki anda belah dari sini sebelum aku halau tarik rambut kau heret dekat lantai . . hehe, kejam tak aku? Orang-orang tua-tua kata selalunya lelaki atau perempuan yang garang macam singa jantan atau betina ni bila dah besar dia akan jadi lemah lembut dan sopan santunya seperti tarian "Dia datang, teneneng, dengan lenggang lenggoknya..." *bayangkan aku menari sambil tuala mandi di ikat di kepala dan memakai kain batik berkemban. Sila muntah kalau anda dapat bayangkan seperti gamba bawah ini.
Okay, lets go back to exactly topic. Sekarang ni, aku rasa masing-masing dalam in the examination mood,
kiri kanan atas bawah, utara selatan timur barat, selat tebrau, jusco tebrau semua ada buku. Kononnya ingin menunjukkan mood belajar, tapi hakikatnya.... Jika diberi 4 jam, 1 jam kita habiskan untuk belajar dan 3 jam lagi kita habiskan serta mertanya dengan internet. Aku sebenarnya ada masalah tentang study ni. Aku sangat malas. *amik haler (loudspeaker)
"ADA TAK SESIAPA YANG MALAS JUGAK NAK BELAJAR? IS ANYONE THERE? PLEASE RAISE YOUR HAND? WHAT? TAKDE?"
*amik haler
"ADA TAK SESIAPA YANG SUKA MENGAMALKAN BELAJAR LAST MINUTE? RAMAINYA ANGKAT TANGANNN!"
Orang yang mengamalkan study last minute ada kalanya masuk kepala otak jugak.
"BETUL TAK??"
Bagi aku, masuk otak, mungkin bagi yang lain, mungkin tidak. Tapi, janganlah amalkan study last minute, jangan jadi aku, aku tanak manusia yang bakal lahir di dunia ini mengamalkan konsep yang aku gunakan sekarang ni. Its lifeless. :)
Baru-baru ni aku baru dapat carry mark aku, overall was "Alhamdulillah" but I didn't target for Dean List.
Its really hard to do that. Aku tak mampu. Dean list is a category of students in a college or university who achieve high grades during their stay in an academic.
Kadang-kadang tu, aku ada rasa jugak aku seperti manusia yang akan gagal. Tapi aku fikirkan balik, Ibu Bapa kita keep and sentiasa mendoakan kejayaan kita, hari hari mereka mendoakan. Adakah kita just berhenti di sekerat jalan. Itu ke cara kita membalas jasa ibu bapa kita? Aku kata kepada dia:
"Semangat itu janganlah hilang sewaktu kita gagal, kalau kita mengalah sekarang, beerti kita sudah mengalah dengan ujian Allah yang sangat ringan, takkan kita nak mengalah sampai sekerat jalan sahaja? Ingat apa yang orang kata, Jika nak capai kejayaan, kita perlu gagal dahulu, kerana gagal itulah pendorong dan semangat kita untuk membetulkan masa lampau kita"
Aku harap, dia fikir betul-betul, Umat Nabi Muhammad semuanya kuat-kuat, hamba Allah semuanya kuat-kuat. Janganlah kita mengalah di depan Nabi Muhammad dan di depan ALLAH, doalah kepada Tuhan, sememangnya Allah sangat rindukan doa-doa hambanya. Insyallah, lambat laun, doa kita akan dikabulkan.
You can do it Liyana, fully trust on your self. :)
Kepada semua yang bakal menduduki Exam tak kira lah PMR, SPM , Final Exam, Semoga Berjaya, sama-sama kita buat yang terbaik untuk banggakan ibu bapa kita. Insyallah.
No comments:
Post a Comment