Assalamualaikum, How are you? I’m fine, thank
You. :D
Sebenarnya, aku tak tau nak tulis entry apa
untuk kali ini, kerana benda yang aku ingin ceritakan kadang-kadang, dah
terlepas, kadang-kadang tu terlupa apa yang exactly berlaku.
Aku update entry kadang-kadang pun macam
spontaneous, means, aku nak tulis apa, tulis lah,
Nanti, ada je cerita aku yang keluar dari
kepala otak aku kecik macam mata unta yang berada di kutub utara dalam keadaan
menggigil kesejukan!!!, jap? Unta ada di kutub utara? Seriously?
Kemain eh kau unta jalan jauh-jauh sampai sana,
nak buat macam ala-ala explorace lettew, tup tup dah sampai kutub utara ye, kat
Kutub Utara ada makcik Osmosis jugak, dengar-dengar makcik Osmosis tu jumpa
harta karun masa mandi dekat Ledang? Ingat lagi tak? Itu yang buat pergi
bercuti tu, macam takde tempat lain nak pergi, mungkin nak jumpa Penguin
Madagascar mungkin.
Cakap pasal cuti, lama dah aku tak bawak
anak-anak aku pergi bercuti, yelah, busy, dengan paper worknya, dengan meeting,
bil air, api letrik bagai. Kadang-kadang, penat fikirkan benda-benda ni sampai
nak gugur rambut dibuatnya. Bercuti pun, balik-balik, Ledang, balik-balik,
Ledang, sebab tu je lah tempat yang menarik selain One Segamat yang berada di
Segamat. Yah, aku study di UiTM Segamat. A place that you will shock bila
sampai ke sini. J
Currently, semua pelajat UiTM sedang busy study
for preparation for Final Examination that start since 1 October 2012,
masing-masing bertungkus-lumus, merebus, mengkukus, menggoreng sampai hangus
segala ilmu-ilmu yang dipelajari untuk di muat turun di dalam Memory Card yang
bernama “BRAIN”. Brain atau lebih suka dikenali dengan nama manjanya, OTAK, dan
bukak otak-otak kerana otak otak itu sebenarnya panggilan untuk kita muat turun
di dalam Memory Card yang bernama “STOMACH” atau lebih suka dikenali dengan
nama manjanya, “PERUT” Weheheeee.
Otak, dianggarkan ada pelbagai jenis Otak dekat
dunia ni, kerana kita sendiri yang mentokok tambahkan nama Otak kita ini,
seperti, Otak Kuning, Otak Blue,. Dan, pelajar juga gemar untuk menambahkan
nama otak ni dengan nama yang unik seperti, “Otak dia lah!” “Otak kau!” “Kepala
otak kau!”. Tah papeje dorang ni, macam budak-budak, malas abang nak layan.
Weheheeee. Jaga lah otak-otak anda semua dikala dalam mood exam ni, bagi yang
frust dalam masalah pelajaran, jangan lah kita hentak-hentak kepala kita dakat
meja, dinding, batu bata atau benda yang lebih keras selain daripada Gula-gula
Kapas, kesian otak kita, bergegegegegegar dia duduk kat dalam tu, ingatkan
gempa bumi, dibuatnya dia lari dari kepala kita, hang nak buat apaq? Nak kejar?
Hang nak kejar pun tak boleh, kerana pabila kita ingin mengejar, kita perlu
hantarkan signal ke otak untuk meminta kebenaran untuk menggerakkan kaki kita,
sejenis apa tah aku tak tau yang dinamakan neurone akan pergi ke otak untuk
di-integrate kan lalu di send kan semula ke otot kaki kita untuk menggerakkan
kaki kita untuk belari. Hah, di kalau essay Biology keluar ni, tup tup aku
dapat markah 3 per 10. Kenapa 3? Sebab aku tau, bila buat essay Bio, aku meleweh
ke cerita OhMyEnglish kadang-kadang.
Jadi, di sini saya Dr. Firdaus Asri ingin
berkongsi kepada anda cara-cara untuk menjaga otak kita supaya lebih
berfunction effectively.
#1. Pemakanan
Selalunya final examination ni akan berlangsung
di hujung-hujung bulan kan? Jadi, kebanyakan pelajar university pada ketika
ini, mereka sering kali kekurangan wang kocek, dan mereka akan mencari jalan
untuk menjimatkan wang kocek mereka dengan membeli sesuatu barang yang mereke
selalu beli tapi dengan harga yang lebih murah dan mujarab. Contohnya, saat2
akhir ni lah, mereka akan membeli makanan fevered mereka, iaitu, tadaaaaa,
MAGGI, atau panggilan manjanya Mi Segera atau Mi Cepat, Mi Pantas atau dikenali
sebagai Mi Express. Maggi, mengandungi kandungan garam dan ajinomoto yang
tinggi yang menyebabkan otak kita terputus taliannya dengan nerve nerve system
yang lain. Contoh mudah yang senang saya boleh bagi seperti talian Polis pada
mulanya “999”, apabila kita mengambil maggi, ia akan menjadi “99”. Dapat tak
apa yang saya cuba sampaikan untuk anda? Kalau tak dapat, anda boleh email kan
kepada saya untuk mengajukan sebarang pertanyaan kepada saya pada bila-bila
masa dimana jua anda berada. Jadi, alang-alang nak mengambil exam, jangan lah
makan maggi dengan quantity yang banyak, sangat tak elok, dan kalau bab makan,
janganlah berkira dan berjimat sangat. Cuba jimatkan dengan tidak membeli air
yang manis-manis dengan cara meminum air mineral water. Cuba jimatkan dengan
tidak men top up wang kredit sehingga habis exam. Cuba jimatkan dengan berpuasa
pada waktu2 yang tertentu, dan ada banyak lagi anda boleh lakukan, tinggal nak
pilih je. Okay?
#2. Peminuman
Sejak-sejak menenjak ni, Kilang-kilang
“Nescafe” dan kilang yang menghasilkan produk kopi semakin meningkat jualannya
di kala semasa student nak ambil exam besar. Tau kan kenapa? Pelajar tak kirah
lah student University ke, student sekolah menengah, mereka gemar sangat-sangat
mengambil minuman Nescafe ni untuk “overnight”, tau kan, Kopi mengandungi
sejenis dadah yang bernama caffeine yang boleh menyebabkan otak kita rosak,
akan tetapi, saya juga gemarkan minuman nescafe ini, mama selalu marah jangan
minum kopi masa exam, habis, nak buat macam mana, dah memang hobi aku, suka
overnight masa exam mood sebab masa tulah masa untuk kita study dengan tenang,
sunyi, takde gangguan memekak pun sebab dikala waktu itu, orang semua lena
dibuai mimpi-mimpi indah di waktu Nostalgia mereka. Tapi, tak salah kalau
student nak ambil minuman nescafe ni, takde apa2 pun, sebab aku minum okay je,
hik hik hik. Keluarga aku semua minum Nescafe, adik aku yang berumur darjah
satu pun minum, kecuali akak aku, dia memang tak minum, dan takkan minum.
Pelik, tak ikot turun temurun keluarga betul. Hik hik hik. Bila mama masukkan
duit dalam akaun, selalu gunakan duit beli nescafe ni, kalau ATM tu boleh bank
ing nescafe, dah lama aku mintak mama bank ing kan nescafe berkaton katon.
#3. Kekawanan
Ramai yang cakap, bila masuk university, kene
pilih kawan yang betul, salah pilih kawan, salah lah kau, kata ayah aku.
Mungkin benar, tapi Alhamdulillah, aku di kurniakan kawan yang elok
perangainya, baik tingkah laku nya. Dan semua baik sokmo lah, takde masalah.
Kalau kita pilih kawan yang rosak akhlaknya, rosaklah juga akhlak kita
sebenarnya. Ni, minggu2 nak exam, dibuatnya di ajak lepak sana sini balik
malam, tak ke membuang masa tu? Tak ke membuatkan hati ibu bapa kita sedih.
Seeloknya nasihatkan lah mereka tu sikit, kalau dorang buat dang je, kau pun
buat dang je, tak payah nak fikir kawan kau touching2 merajuk bawah meja sebab
kau tak layan dia, siapa suruh berperangai sedemikiankan? Eloklah cara yang
kawan yang rajin belajar, pergi library sampai balik malam, tak membuang masa
pun, sebab ia akitiviti yang berfaedah, dapat ilmu, dapat ketenangan, dapat
jawab exam, dapat DL, dapat banggakan mak ayah, ye dak? Hehe, so beware, salah
pilih kawan, salahlah otak kita, tah otak kita ke laut je nanti bila tengah
exam ni.
Sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan
bersama korang semua, yelah, aku takut reader naik bosan dan meluat baca entry
yang panjang menjela. Entry aku tak lah sehebat macam blog Aizat Abdullah tu,
blog dia too awesome, aku sangat respect, banyak gila nilai2 baik yang dia
post.
Baiklah, akhir kata dari saya, Selamat
Menjalani Minggu Peperiksaan Final,
Buanglah yang keroh, ambillah yang jernih.
Wassalamualaikum.
No comments:
Post a Comment