Apa khabar semua? Harini hari yang menggemparkan seluruh Malaysia, apehal? Takde apa pun sebenarnya. cuma aku update blog je harini, gempar tak? okay tak kelakar pun kan. Dah lah, korang tak payah nak cover mulut tahan gelak bila baca tajuk entry aku kali ni, toksah lah mu nak caver caver mulut tu, tunjukkan saja lah gigi korang yang ada mentega 20 hari melekat dekat gigi tu. Gua tak kisah lah bro, ala, failed JPJ je, ala,, bayar? bayar berapa je, RM120 jewrrrr, hotak hang 120 jewr, kalau dah 10 kali gagal tak cecah RM1200? Mana mu nak cari? Mak? Pelempang rasanya dia bagi aku dulu.
Macam tak percaya kan aku yang hebat nak mampus pandai bawak kereta boleh gagal JPJ, kekekeke, ekceli macam ni, aku lulus, tapi aku gagal, macam mana tu Firdaus? Macam ni, dekat bab bab bukit, Parking semua aku lulus, sampai jalan raya je lah, kehampehan sikit, dapat pulak muka JPJ macam tahan perut lapar 3 hari tak makan ayam goreng mekdi, memang neves lah, takut lutut aku jugak yang dia baham untuk memuaskan nafsu laparnya,
Cedih rasa bila nak ceritakan balik, sebenarnya malu, ceritanya begini, pada pagi yang cerah jatuhnya tangga bergolek golek tarikh 24 November 2012 ini, aku bingkas bangun pada pagi yang ceria sangat, ketika itu kelihatan dua burung merpati berterbangan di udara bersama tiupan angin pawana sepoi sepoi bahasa, hamboi kemain lagi kau Firdaus copy paste ayat A Samad Said, eceh, masa tu memang aku bangun awal sangat, yelah, JPJ kan, siapa yang tak semangat, takkan lah aku bangun tidur, tengok jam, "pukul 8.00pg?" "alaa, JPJ je pun" hak tuih hang, JPJ tu diibaratkan sebagai peperiksaan UPSR tau tak, betapa senangnya nak lulus dan betapa senangnya aku boleh gagal, acane tu,?
Okay sambung yang tadi, aku pun bebajet bangun awal siap-siap untuk pergi Pusat Latihan Memandu, masa mandi, aku celupkan sedikit kaki aku ke dalam bathub aku yang airnya panas-panas Maimun, maksudnya tak panas tak sejuk la, eh aku libas kang guna towel aku ni kang, dan sebenarnya aku takde bathtub pun, sajewr jewr nak buat korunk semua ternganga mintak pelempang, "wahh, firdaus adik bathtub ahhh", masa aku mandi, aku pun turut ber X factor dalam bilik air, tanpa audition aku boleh menang kot, tapi kene bawak bilik air sekali lah masa nak buat audition tu, sodap suara aku wei, okay, aku tak perlu cerita, selepas sahaja aku mandi, aku bingkas belari masuk ke bilik kerana dikhuatiri CCTV dekat rumah aku dapat menangkap manusia yang paling seksi dan di upload kan ke dalam youtube lalu dapat mengalahkan Oppa Gangnam Setail, sebenarnya takde CCTV pun dekat rumah aku, susah lah korang ni, cepat sangat percaya, urmmmmm, hehhee. Sebaik sahaja aku dibilik aku membelek belek baju baju aku yang handsome untuk di pakai, sambil menyikat rambut, aku memandang ke cermin dan membuat monolog dalaman, "Boleh ke aku lulus JPJ?" *sambil angkat angkat kening
Tanpa membuang masa lalu aku terus keluar rumah lalu menstart enjin Lamborgini aku, korunk jangan percaya lagi kay? Dengan lafaz voomm voomm vooomm aku on the way kata orang putih ke Tempat Latihan Memandu. yah, aku belum ada lesen dah bawak kereta, haram tak aku? heran pulak, janji aku dah dapatkan lesen dari mak ayah, they trust me I can bawak kereta even nak ke Sabah pun dia akan percaya, sebab aku pemandu yang hemah dengan memaintainkan kelajuan kereta sekitar 120KM/J, tak laju pun, perlahan je, perlahan lahan kau akan masuk kubur kalau naik kereta dengan aku, kekekekekeke. Setelah sampai sahaja di Pusat Latihan Memandu, aku melanggar kesemua bahu bahu manusia yang ada di sekitar depan aku dengan melafaskan, "Eskiusme! Eskiusme! Tompang lalu wei" mackik makcik semua aku tolak lalu dia jatuh atas lantai macam si Tanggang tolak ibunya, derhaka tak aku? fangtion aku lari semata mata nak tengok nombor giliran aku nombor berapa.
Yeah, aku dapat no. 7, tak macam sweet Seven ke no yang aku dapat ni,comel je kan bila dengar, comel je kan macam orang dia, kekekkekeke. Tunggu punya tunggu, sampai lah turn aku,
"Mohd Firdaus Bin Mohd Asri", aku bangun, lalu pergi ke depan, "baju awak tuck in" Ya Allah, ingatkan dekat UPSR je ujian kene Tuck in baju, JPJ pun, okay, aku pun pergi ke bilik air lelaki kelihatan masing masing sedag membetulkan seluar. Konon la nampak encem sikit. Dipendekkan cerita aku pun lulus dalam parking bukit, dan segele gelenya, cuma dekat Jalan raya je lah, gagal, sebab apa, okay..
1. Awak tak jaga jarak dengan kereta di depan awak.
2. Awak tak guna gear yang sesuai.
Masa sampai sini aku dah nangis, eceh,
3. Awak masuk lorong tadi tak tengok blind spot,
Yeah, JPJ, aku terima semua tu, yelah, salah aku, saje nak cari duit, errmmmmm.... Lalu aku terus hentak pintu Viva tu lalu terus belah dengan meng hak tuih sedikit kahak di kereta viva tersebut, nampak tak kekejaman zionis yg aku buat? Nampak tak aku menipuu? Nampak tak korg percaya, kekekekeke.
Khamis ni aku sambung JPJ aku lagi, oleh itu, wish me luck ye korang...
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment