Sunday, 2 December 2012

Bercuti Last Minute . . .

Assalamualaikum u ols,, makcik-makcik yang diluar sana terutamanya makcik Osmosis dan tidak terlupa juga kepada makcik Maimun saya. Semua para-para pembaca sihat-sihat belaka kan? Harini aku nak ishtiharkan berita tergempar sekali, sekarang dah naik trending dah dekat yahoo, google, twitter, "worldwide" kot, korunk semua tak dengar ke, dengar-dengar si Budak Firdaus Asri tu gagal JPJ.. i ye ke? Aku ingatkan Firdaus tu ada lesen, selalu nampak dia bawak kereta ke sana ke sini, rupa rupanya takde, kasik pulak mak ayah dia bagi bawak kereta kan? Huntonglah,

"Weh! Weh!" Asal engkorang mention nama aku nih? kang aku Triple H kat korang kang, sia sia je kene duduk wad bersalin, nak? dah diam, memang aku gagal JPJ pun, biasalah, anak jantan, kene lah gagal, ceh.
Aku dah cerita kan previous entry aku tentang macam mana aku boleh gagal JPJ? tak tau? Pi lah baca, hmmm..

Sepatutnya 29 December hari tu aku kene test JPJ lagi sekali, tapi mak aku kemain lagi punya semangat Muhiba dan ayah aku pulak semangat Sahiba paksa aku ikot mereka pergi, *turn on lagu "Cuti-Cuti Malaysia" Kuala Lumpur, aku dengan memeluk erat tiang lampu dekat lebuh raya utara selatan dan mengatakan, "tanakkkk, tanaaakkkk, nak JPJ" lalu aku terlepas dari mereka dan terus belari ke bilik. Lalu aku meng on twitter aku lalu ternampak seorang mengepost kan jadual Cuti semester2, sebaik sahaja aku melihat, aku pun "Mama! Omaigod Omaigod,"

"Adik nak ikot pergi Kuala Lumpur!!!!!"

Aku pun menarik ibuku yang sedang memeluk tiang di lebuhraya timur barat sambil menjerit "Adik nak ikot, adik nak ikot" Aku pun jelaskan situasi yang sebenar punca kenapa aku tiba-tiba nak ikot, ekceli, aku ada cuti semester 22 sampai 29 December ni, so tak salah lah kan kalau aku postpone JPJ aku pada 27 December tu, hew hew hew, aku pun tarik mak aku sampai dia lepaskan tangan dia dekat tiang lampu lalu aku tolak sumbat dia dalam kereta, derhaka tak aku? Rasanya aku tak perlu kot cerita macam mana aku packing baju, macam mana aku susun baju dalam beg sebab aku macam tak lipat pun pakaian aku semua, aku sumbat-sumbat je sepertimana aku sumbat mak aku masuk kereta tadi. Sumbat baju tak derhaka, korang semua boleh buat.

Okay, tujuan aku ke Kuala Lumpur ni,, untuk? takkan lah nak pergi KLCC, tu zaman kejatuhan kesultanan melayu aku, kecik kecik pergi KL semata mata nak tengok menara KLCC, lepastu balik, cewdih, sekarang zaman kegemilagan kesultanan melayu aku toksah nak pergi KLCC tengok, sekarang dah boleh ask Uncle Google dan tengok lah puas-puas. Senang dan Simple kan? Mcm naik bus SnS, senang dan simple, okay, stop lah firdaus, tujuan kami pergi KeYeL sebenarnya nak pergi Sunway Lagoon jewwrrr, jewwr dia tak boleh belah. Hew Hew Hew.
Kami selamat diijabkabulkan di Sunway Lagoon bersama keluarga tercinta...
Dear kakak, its suppose only me in this picture, why u suddenly come tiba-tiba while showing ur peace jari, nak je potong bawang besar tonyoh dekat mata dia. Cara paling kejam yang dibuat orang, cara ini mampu membuat musuh anda menangis. Selamat Mencuba
Ini adikku, aku baru terjumpa dalam longkang setelah sekian lamanya mencari dia, so i call her budak longkang, aku tengah whatsapp polis KeYeL cakap tak payah susah susah bawah Detective Conan untuk cari adik aku semata mata. 
Here we go, "Go Go Go Power Rangers!" Mama mengambil masa hampir satu jam setengah untuk mendapatkan Jam Limited edishen ni, ramai tak ramai lah orang tapi semanusia manusia kau pun, kene beratur jugak nak beli tiket macam manusia manusia lain.


Setelah masuk kami pun terpegun seakan akan seperti masuk ke Narnia dan sekolah Hogwarts Withcraft and Wizardly. Tah pape je aku merepek kan, korang suka ke baju entry aku kali ni? Sebab panjang tau, aku nak cerita full Version tentang Holiday aku ni, kalau rasa dah start pening-pening, mual-mual, elok pergi angkat kaki pergi meninggal dari blog ni, ganas tak aku? Garang tak aku? Aku kalau buat muka ganas garang ni sebenarnya nampak comel. Ramai dah orang kata, sebab bila aku marah, masing-masing keluarkan  handphone, camera, polaroid bagai semata mata nak amik gamba muka aku yg tengah marah, kata mereka, "Kiterang jarang tengok muka kau marah yang comel tu" aku pun, hmmmm,, apa lagi, terpaksa buat buat marah sebab nak nampak comel sikit.
Yang aku tolak tu, bukan trolley yang macam korang bawak dekat shopping center terutamanya banyak didapati di Pasaraya GIANT dan sebagainya, tu wheelchair, bukan trolley ye, dekat Sunway Lagoon takde jual shampoo anti dendraf, susu A-Fe-Nen yg korang boleh shopping pakai trolley, itu ayah aku, dia malas nak jalan, nak duduk wheelchair katanya. Bila kita duduk wheelchair kita akan rasa Auro Profesor X dalam cerita X Men, tu yang ayah suka sangat duduk.
Abaikan gamba rajah di atas, ni bukan muka baru keluar court mahkamah syari'ah ye, ni memang gamba aku snap tanpa menyebut "satu... dua.... tiga.." dan muka mak aku akan sentiasa garang, memang tak boleh dibuat orang mukanya, kau jumpa pakar muka New York Skin Solution pun, bila kau tunjuk "saya nak muka macm ni" confirm dia kata, " tak boleh wooo, ini muka manyak mahal, setok sangat cepat habis mau bikin ini muka" pulak?? -.-

Here we go, we all sampai tempat mandi manda nya, aku tak suka sangat mandi mandi ni sebab dekat rumah pun memang aku jarang mandi, apa sehh korang cakap aku selekeh, at least aku dapat kurang kan bebanan duil bil air, kan? hmmm, renungkanlah, hew hew hew.
Eceh, tak suka mandi konon, muka aku yang paling eksaited dalam setiap gambar, k... fine,, aku suka mandi, at least aku pembersih, tak mcm korang, tak mandi, jimat bebanan bil air konon.
Mama pesan, "Gamba mama yang tak lawa jangan masuk facebook tau" okay mama, takdenye facebook maaa, tak masuk blog, masuk twitter je, tapi jangan risau, setiap gamba mama semua nampak cantik, nampak lawa. eceh. cukew nyewr mama titew.
Aku handome kan? tak payah cakap banyak, aku dah tau, thanks. Hahaha, keriakkan aku menyerlah, saya gurau je, saya nak letak caption ini sebagai, *abaikan muka saya, saya tuck secantik atau sehandsome kowunks. Meh sini aku sembur spray lipas dalam mulut kau, nak? hew hew hew
Dan puas mandi, masing masing perut lapar, lalu kami pergi lah MarryBrown, Alhamdulillah, Kak Jiha tengah jaga cashier, dia bagi free kot, tak sangka kak Jiha Lolalo keje sini, hew hew, akceli muka dia je sama, sama kan? kan? mcm engkorang kenal je kan siapa Jiyha Lolalo ni, kalau aku cakap  mcm ni "Akak, muka akak macam kak Jiha la!" agak agak dapat free tak kalau aku cakap macam tu, okay, takde kene mengene,

Rimaskan asik ada gamba je, bosan kan, ahh, lantak, entry kali ni aku memang nak penuhkan gamba rajah.



Lepastu kami main permainan kering pulak, sebenarnya bukan kami, aku je, kakak aku dah give up dah akibat rasa mual nak muntah-muntah dipercayai mengandung di bahagian perut akibat menyedut air kolam dan menjadi hypertonic seperti terjadi kepada Makcik Osmosis pada ketika dulu.
Paling seghonok sekali masuk rumah hantu lah, sebab last aku masuk rumah hantu memang waktu kecik kecik dulu, memang sentiasa dalam dakapan ayah kalau masuk hantu pada ketika itu, tapi kali ni, kalau mintak dakapan, memang dekat bawah tapak kaki lah jawabnya, ahh, benci masuk rumah hantu ni, sebab ada sesi kejar mengejar, masalahnya yang kejar bukan Bolt yg pecah rekod dunia dalam larian tu, masalahnya sekarang yang kejar Zombie dengan Pontianak, siapa tak takut, okay, memang aku mengaku aku agak terkejut maimun banyak kali, sangat terkejut.
Kami beradu di Hotel Sunway Pyramid, memang dekat lah nak pergi Sunway Pyramid, turun je dah sampai,

Hah! yang part ni best, tau kan Sunway Pyramid glameres dengan apa? Tau kan? Ice skatting kan, memey ah.. haha. engkorang percaya tak aku pandai main? Aku siap buat tarian ballet versi Ice skatting lagi, eceh..

Nampak tak aku yang tengah pegang dinding sebab takut jatuh tu, kesian kan tengok aku masa ni, macam anak sesat mencari ibu yang hilang. Memang family aku yang lain pergi shopping, aku yang mengshok sendiri main ice skatting sorang2. Jom kita zoom dekat dekat.
Aku memang nampak tampan dan comel bila masa baru mula mula nak belajar, memang comel ibarat seperti bayi yang baru 1 hari lahir yang nak belajar belari, memang comel sangat, tengoklah dengan senyuman aku tu, lahai, melting...

2 JAM KEMUDIAN.........
fuyoooo, dah lepas tangan dah main skatting, kemain dia, sebenarnya senang je main, haha, kalau jatuh nasib la, seluar anda akan basah, dengan ini saya mengaku saya jatuh 2 kali, kah kah, tapi jatuh jatuh comel je lah,
Ice skatting memang penat, kalau baru pertama main memang berpeluh even dalam tempat tu sejuk, tapi kalau peluh campur udara yang sejuk, memang makin sejuk lah rasanya, and you should try, RM 36 ONLY termasuk glove dan stokeng, kalau dah ada glove dan sewaktu denganya bayar RM23 je lah.
Gamba suasana di luar hotel Sunway Pyramid, cantikkan?


Sekian sahaja cerita cuti dari aku, esok aku dah balik UiTM dah, barang dah siap packing, tinggal nak gerak sahaja, wish me luck untuk SEM 2 ini, insyallah kalau rajin aku update blog masa naik SEM okay, macam engkorang suka je baca entry aku ni eh, haha.
Okay, Assalamualaikum























No comments:

Post a Comment