Sunday, 9 December 2012

Kenali Si Pemalu

Assalamualaikum, salam buat semua dan salam satu malaysia. Aku sebenarnya tak pandai sangat buat ayat starting untuk setiap entry ni, cuma jawab salam je lah yang aku pandai, yelah, starting entry mestilah kene ayat yang besh besh, biar semua orang grab attention, ecewah, macam ada je orang yang sibuk beratur nak baca entry aku.

Dengan membekalkan tajuk entry di atas, korang baca je tajuk mesti tertanya tanya kan, siapakah gerangan Si Pemalu itu, mesti orang dia macam comel-comel sikit kan, okay, si pemalu itu adalah aku, comel kan? Okay, nah baldi, nak muntah muntahlah, SAYA TUCK SECOMEL KOWUNKS. ecewah, semua ciptaan Allah comel-comel, cantik-cantik, hensem-hensem, macam aku, ecewah, eh? ecewah? ayat baru ke firdaus? Ecewah, okay stop.

Sebenarnya matlamat aku kali ni aku nak revealedkan diri aku yang korang tak berapa nak tau, contohnya, aku cebok berak pakai tangan kiri ke, tangan kanan ke, korang tak tau kan? Tapi jangan risau, aku takkan revealed kan benda yang menjijikkan sebab aku tanak engkorang semua muntah atas blog aku ni.
Okay, lets go through kisah misteri diri aku yang ala ala Hantu Kum Kum ni walaupun aku tak tengok cerita Kum Kum tu. Jom cekdeaut.

Nama Penuh?
Ecewah, aku rasa dah macam retis pulak kene jawab soalan ala2 biodata sebegini, okay nama penuh aku, Mohd Firdaus Bin Mohd Asri. Nama manja? hmmm, nama manja aku mungkin Fir kot, lain tak? Sebab bila nama Firdaus je mesti orang akan panggil Daus Daus Daus, aku tanak, bunyi dia macam Dayus, aku tak Dayus eh korang. Lagipun dengan membekalkan nama panggilan Fir tu dah dapat menggambarkan dah betapa comelnya si pemilik namanya itu. lepasni jikalau panggil Daus, kalau aku jeling mata dekat kau jangan tanya kenapa pulak eh, ecehwah belagak nya aku,








Berikut gamba rajah di atas adalah gamba aku dalam lingkungan umur yang di katakan umur paras paras comel. Comel je tengok aku masa kecik kecik dulu, hew hew hew. Akan tetapi masa berlalu terlalu kejam..


Pada lingkungan ketika umur ini, aku dikurniakan warna kulit baru, hitam hitam manis cap taik ayam, dulu memang aku hitam, mungkin banyak makan kicap ketika dulu, sebab aku suka makan nasi dengan kicap sampai nasi tu jadi lembik macam bubur, tak tau lah effect dia sampai begitu kejamnya, padahal makan kicap je kot, tau lah kicap tu warna hitam, ketika ini umur aku tak silap baru je  darjah 4. Sebab aku pindah ke tampoi pada 2004. Time ni aku tak kenal apa itu mespes, apa tu pesbuk, apa itu twitter, apa itu blogger, dan apa itu "SOS Topup" Okay, takde kene mengene, jom kita pergi mengjakau umur aku yang lebih tinggi sikit.
Gamba ni masa umur aku dalam lingkungan Form 1 form 2 macam tu, kalau kau tengok melalui gamba ni kau tau kan zaman social network apa ni? ni time zaman-zaman myspace, dulu mana ada edit-edit dekat instagram bagai, picnik lah yang paling pemes sekali tau. Gamba ni aku ambil dari facebook yang di tagged photo kan oleh mmber aku, katanya dia amik kat mespes aku, dan sampai ke harini aku tak ingat email mespes aku ni, Okay jom kita scroll bawah sikit supaya korang hilang loya tekak bila tengok gamba ni, jom








ni gamba bila dah zaman masuk era tingakatan 4 dan 5. ketika ini baru aku tau apa itu Hotlink, apa itu Celcom, dan yang paling penting aku dah tau apa itu SOS Topup, okay, dari tadi aku dengan SOS TOPUPnya,

Dulu dekat sekolah aku memang nakal, suka kacau orang, aku ingat dulu aku pernah masukkan habuk kapur dalam botol air kawan aku, lepastu dia nak minum, aku ternampak, aku terus halang, dia tanya kenapa, aku cakap "ada semut" aku terus ambil botol tu, buang air tum beli air mineral yang baru, kejam dan baik tak aku? Yelah, walaupun kita ada niat jahat, kita juga ada niat yang baik. eh? apa yang aku cakap ni? Haha, perangai aku memang Jahiliah betul masa form 5, lagi-lagi nak SPM kan, memang banyak kali ponteng kelas, kelas yang paling aku rajin ponteng kelas Biology, aku selalu mengamalkan cara ni, korang boleh cuba, masa aku nak pergi lab, aku cuma bawak pen je letak dalam poket then pergi lab, selepas 15min kelas berlalu, aku akan keluar dengan alasan, "cikgu, nak pergi tandas" masa dah dapat keluar tu, memang aku buat jelingan tajam lah kat cikgu aku tu, kesian dia, kalau aku dah keluar, memang aku takkan balik, sampai masa biology habis, lepastu amikkau, SPM tak dapat A, derhaka kan aku dulu?
Ketika ni aku baru diambang bebas SPM, masa tu memang semua terkejar kejar, bertumbuk tumbuk, lempang sana lempang sini semata mata nak dapatkan kerja part time. Kalau kau tak kerja, memang tepu 100% otak kau, aku dah banyak pengalaman tempat aku bekerja, buat masa sekarang aku dah bekerja di 4 buah tempat kerja yang berlainan tempat. Hebat kan? pengalaman tu kene ada, sebab nanti dah besar, kau mesti kene keje office semua, kau takkan rasa pun nak kerja Tutti Frutti ke, sebab selalunya dorang akan amik bebudak sekolah je.


Tadaaaaa..... terliur tak tengok? Ecewah, aku insan yang biasa sahaja tak mengaharapkan apa-apa dari korang semua, ecewah ayat. ni lah wajah aku ketika sekarang, yang paling latest lah kalau nak cakap, habis untuk cerita latar belakang aku, itu baru latar belakang, ada lagi, hew hew.

5 perkara yang korang tak tau pasal aku:

Pertama: Aku suka kan sesuatu warna yang gelap, tak kisah lah merah gelap ke, biru gelap ke, yang penting dia memang dah gelap maca hitam sebab hitam tu memang dah gelap dan tak tau nak buat macam mana lagi, dan apa yang penting  KERJASAMA, bukan! Apa yang penting Hitam itu cool.

Kedua: Aku seorang pendiam dan pemalu orangnya, ye, memang kau tengok aku kat twitter ke, facebook ke, lagi2 dekat blog, dengar macam aku ni banyak berceloteh, banyak membebel kan? kalau kau jejalan jumpa aku memang korang akan cakap aku sombong dan pendiam, sebab tu tajuk kali ni Kenali si Pemalu.

Ketiga: Aku tak suka ber study group, sangat tak suka, aku lebih suka belajar sorang2, kalau orang mintak aku ajar pun, aku akan bawak alat tulis aku sahaja, buku memang aku tak bawak, kalau tak, memang aku takkan belajar, takkan. 

Keempat: Aku seorang yang pelik, sebagai perangai aku ni memang tak seimbang, kadang-kadang aku murung, kadang-kadang aku suka, kadang-kadang duka, bila aku duka, mula lah aku marah orang yang nak bebual dengan aku, dan aku pun kadang kadang kene marah atas perngai aku.

Kelima: Aku seorang yang boros, aku suka beli barang yang pelik2, macam power bank, aku baru beli ni, macam2, tapi asalkan barang tu berguna dekat aku, 

Perangai paling buruk?

Aku memang suka takutkan orang dengan mengepost gamba-gamba hantu yang nak buat org takut, padahal aku memang takut pun, tapi bila orang tu takut, aku happy, sebab aku berjaya takutkan orang.

Makanan Kegemaraan? 
Okay, aku suka,,, makan,, okay aku rasa dah cukup kot cerita pasal aku, kalau aku bagitau aku suka makan apa pun kau apa kesah kan? kan?

Begitu lah sedikit banyak cerita pasal diri aku, kalau masih tak kenal aku, meh aku bakar rambut kau nak? Ecewah.

Jangan malu-malu dengan aku kay walaupun aku ni pemalu, sebab aku ni friendly, eceehhhhhhh, haha.
Assalamualaikum








4 comments: