Saturday, 8 December 2012

Sinopsis





















Hah! Penat tak scroll Blog aku? Banyak kan gamba? Asal eh? Suka hati Maimun lah nak upload.
Harini entry aku tak panjang pun, sampai sini je, Bye...





Krik.... Krik.... Krik.....

Malam yang hening ini menambahkan kesunyian bilik aku ni, semua roomate aku balik ke rumah masing-masing, cuma aku tinggal bersama cengkerik. . . Betapa sunyi nya keadaan nya.

Balik kepada gamba di atas... Gambar di atas merupakan tentang Sinopsis Semester 1 di UiTM.
*Turn On lagu Wawasan Setia Warga UiTM* yang mana tak tau pasal lagu Wawasan Setia Warga UiTM tu dah boleh angkat kaki pergi dari blog aku, pergi la!!! Hew hew... Sini lah, saya main main je.

Dalam meniti kehidupan marcapada ini, maka berakhirlah Semester 1 ini. Dah nak masuk 2013 lah, kadang-kadang kita tak perasaan masa cepat gila berlalu, diam tak diam, senyap tak senyap, bising tak bising, sunyi tak sunyi, maimun tak Osmosis, k dah lari tajuk. Diam tak diam, beberapa minggu aku nak menjelang umur 19 tahun, meskipun macam tu, peningkatan umur selalu mendewasakan aku. Serious ayat aku macam buat aku nak muntah pelangi petang dah. Dah tu, kenapa aku pergi cakapkan? Dah nak penghujung 18 tahun ni, banyak ajar aku erti kehidupan, jangan muntah lagi k dengan ayat aku. Dah nak penghujung 2012 ni, macam-macam orang aku boleh nampak, yang baik, yang kurang baik, yang suka berak, yang tak suka berak sebab bila berak dia akan tahan berak sampai tak teberak berak sehingga terberak, okay merepek,
So makin lama makin belajar erti kehidupan, *ayat tak payah nak "bahasa melayu kertas 2 SPM" sangat. Tapi serious, aku nampak, aku jumpa orang yang demikian rupa, kalau lah mata aku ni bila kenyit dapat capture gamba, dah lama aku upload dekat entry aku ni, untuk dijadikan bahan bukti kes jenayah kanun jenayah manja, contohnya,

Mengumpat sana-sini      

Kutuk sana-sini

Musuh sana-sini

Tanak kawan awak sana-sini

Kau fikir kau hebat sangat, dekat dunia je kau hebat, kat akhirat nanti makan daging saudara sendiri. Aku bukan nak tinggi ilmu ke apa, aku cuma tak senang melihat sikap mereka, mungkin sikap kita pun mereka tak suka. Siapa yang tau kan? Lagi-lagi kalau sesama kawan, makin rapat kau berkawan, makin banyak dosa dan konflik antara korang berdua,

Okay, kenapa aku nak marah sana sini aku pun tak tau, sekarang orang cakap duit boleh settlekan semua benda, tapi duit tak semestinya penting, daripada kau pentingkan harta kau yang tak boleh masuk kubur tu, baik kau pentingkan maruah diri kau. Dan paling nyirap, bila kita tegur orang, mesti orang yang keras hati dan tak puas hati akan cakap, "kubur lain-lain". Gajah betul perangai kau kan, nasib baik aku tak selalu tegur orang. Eh? yeke? Makin ramai kau tegur orang, makin ramai kau dapat musuh, tapi jangan risau, kau dapat pahala, yang bermusuh musuh dengan kau tak suka teguran kau tu memang sah sah dapat dosa. Tapi tegur tu biar betul. Contohnya, kau jangan lah tegur macam ni,

"KAU ASAL PAKAI TUDUNG LABUH-LABUH SEKARANG? BAJET ALIM SIAL"

Hah! Yang ni teguran panas, nampak tak, panas? Merah membara lagi, maaf atas kekasaran aku. Aku hanya nak gambarkan contoh je cara menegur yang betul dan cara menegur yang salah.
Semua benda ni terjadi, bila kita jahat berubah jadi baik, dengan solat, pergi masjid, baca Al-Quran, orang mesti akan cakap "kau tak payah nak bajet Alim". Rasanya dah cukup baik kot dia berubah ke arah kebaikan. Lagi satu, masuk bab perempuan, bila seorang perempuan ni dahulu kala dia freehair, dan tiba-tiba pakai tudung secara mengejut, kau boleh cakap "hai, dah pakai tudung pulak?" Memang muntah kucing betul perangai kau, we suppose to say, "Alhamdulillah, kau nampak cantik bertudung" Tak  ke sedap hati si pemakai tudung tu. So please lah, tegur tu jangan terus buat orang terasa. Kadang-kadang kita tegur orang pun bukannya kita dah cukup betul kan, sebab kita tak tau pun apa salah yang kita buat.

Kebanyakan orang akan mudah nampak kesalahan kita daripada benda betul yang kita buat. Kita buat salah, hah amikkau, 100% kau kene bash salah tu salah ni, kalau kau buat benda betul, contohnya, kau kutip sampah letak dalam tong sampah, then orang nampak apa yang kau buat, dorang takkan tegur dan puji benda betul yang kau buat tu, tapi dari naluri hati, mereka bangga tengok apa yang kau buat sampai tak terkata, bila mereka tengok benda kesalahan yang kau buat, dia takdenya nak bangga,,,, mereke akan benci, sebab tu kau kene bash. So, bila kita membuat sesuatu yang betul atau membuat kebaikan, jangan mengharapkan sangat perhatian dari orang sekeliling, just buat hanya apa yang kau terlintas nak buat. Bila kau rasa nak buat sesuatu kebaikan tu, jangan fikirkan orang nak cakap kau menunjuk ke apa, lantak dorang lah, sebab kau buat dapat pahala, dorang mengata dapat dosa, padan muka kau. Kekekekekekeke.

Okay, sebenarnya apa yang aku cerita tadi adalah berlaku pada orang lain, cerita dari orang lain. Aku mempunyai sahabat yang baik, melalui gamba kau boleh tengok detik detik manis dalam hidup aku. Gamba dapat menggambarkan sebuah cerita, okay serious ayat aku makin jadi tak sedap, ah, ada aku kesah,




Walaupun kawan kita pelik macam mana sekalipun tapi mereka lah the best dalam hidup kita. Mereka lah yang sering buat kita ketawa, buat kita ceria.
Itu saja entry aku kali ni, maaf sebab cerita bersepah sikit. Muehehe.
Hadiah untuk lorang kerana sudi membaca....





















:)



No comments:

Post a Comment