Sunday 28 February 2010

rindu

pabila aku melihat album2 "3 camar 2"
tiba2 air mataku melinang membasihi pipi aku, perasaan hati masih rindu di dalam hatiku ini. aku masih teringat kenangan-kenangan aku bersama mereka semua. mereka semualah sahabat aku. kenapa kini kami berpisah, ada yang ke sn1 ada yg ke sn2,sn3 k1, ada yang pindh ke sekolah lain, ada yang pindah ke negeri lain. adakah mereka bukan sahabatku lagi? aku merasakan ianya tidak! walaupun berjauhan, rasa rindu dan sayang kpd sahabat tetap hadir di hatiku ini. masing-masing ada halu tuju. aku juga ada hala tuju. dan hala tuju kita inilah yang membuat kita berpisah. tapi HATI aku takkan berpisah dengan mereka, hati aku akan sentiasa berkomunikasi dengan mereka,
dear my friend, I LOVE YOU MORE THAN EVERYTHING!

Saturday 27 February 2010

Pernah seketika dulu aku rasa aku tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka aku. aku nak 'join', diorang kata aku menyibuk. Ada pula yang kata aku ni kuat touching. lagi2 ada seorang budak ni, suka sangat berdebat.. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya aku nak menyatakan benda yang benar.

Lepas tu aku cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. aku paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak aku hahaha, tengok? aku dah ketawalah, haha,, terutamanya budak-budak perempuan. adalah budak perempuan tu, suka sangat ketawa. Budak-budak lelaki semua reject aku punya lawak. lagi2 budak yang suka berdebat. Tapi aku tak kisah. Mereka tetap sahabat sehidup semati aku.

Tapi aku tetap merasakan kekosongan sejak dia meninggalkan aku. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang aku rasa. aku tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'.dekat luar, sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.
aku mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, aku pun mula menanam tekad untuk ber'couple'.Tapikan, taknak lah couple2 ni, KAWAN sahaja. Dan masa itulah aku kenal kau. aku rasa aku dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup aku.

Mula-mula kau jual mahal. Taknak layan aku. Tapi aku tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, aku pun mulalah BERAPAT dengan kau.

Masa kita berkawan, memang aku sangat-sangat bersemangat. kita selalu tukar-tukar cerita tentang ISLAM, kau pun selalu share tentang islam dengan aku. Malam-malam aku pergi cc. Kadang-kadang sanggup pergi cc malam-malam untuk mencari cerita-cerita yang menarik yang ada di "i luv islam". Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa kita berkawan tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa berkawan memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. aku pernah terfikir, biarlah kawan-kawan aku tu pandang aku semacam, kata aku macam-macam, asalkan aku ada kau yang memahami aku.

Hampir setahun lebih kita berkawan. Sekarang dah masuk tingkatan 4. Suatu hari aku terdengar dari mulut orang tentang kau mengatakan sesuatu kepada aku. hancur berderai hati aku mendengar kata katamu itu. kesakitan hati itu sangat mendalam bagi diriku.Ingat nak bincang dengan kau tentang masalah ini, tapi berat pula rasanya. aku fikir kembali.aku dah takde terhegeh hegeh dekat kau lagi. sebab kau dah ada dia. aku cuma harapkan kita saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi esei tentang islam lagi. kini, tiada tempat aku nak share cerita aku. dengan siapa lagi aku nak share cerita selain kau. .Cuma kali ini aku tak dapat nak mengadu pada kau, tapi aku jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar kau pula dah pindah ke sekolah lain, lagi susah aku nak berbicara dengan kau. aku tidak pernah marah tentang kau pindah sekolah lain.tapi aku marah, bukan! aku tidak marah, aku hanya kecil hati dan sakit hati. kesakitan itu masih tertanam di dasar lubuk hatiku ini. aku tidak dapat melupakan tentang kata-katamu itu. aku anggap kau hanya terlanjur kata sahaja.

Masa aku mendengar cerita dari A tu, aku dah mula sebak. Malu betul. dah nak menangis pun ada masa dengar cerita tu.aku terdiam saja dan mendengar. aku selalu berdoa supaya persahabatan kita akan kekal sampai ke hayat. Masa pulang ke rumah itu aku menangis, aku dah sedar yang aku kena berhenti berkawan dan jauhi dari kau. Dah jelas sekarang, kau mengatakan tidak mahu menerima aku lagi.Malam tu aku tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. aku memang tak pernah terfikir untuk berpisah dengan kau, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Masa terus berlalu. aku terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan kau, bukan senang, tapi aku terus cuba.

Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya aku kena tinggalkanla masalah ni. Macam tak larat rasanya nak taip keyboard untuk menulis blog ni. Rasa tak sanggup.
Teragak-agak aku nak taip masa ni. Tapi aku gagahkn juga diri.
Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Lalu perlahan-lahan aku taip blog ni..(utk mu:)

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita memang bahagia, tapi inilah kesudahannya. aku ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, kita boleh berkawan balik, tapi, sangat susah nak menerangkannya. aku harap kau akan jumpa orang yang lebih baik dari aku, jangan lupa beristiqamah selalu kerana ia membuatkan kita lebih mendekati dengan Allah. dan solat 5 waktu. aku minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..

Berat betul nak post blog ni. aku masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam blog tu aku hanya akhirkan dengan ucapan salam.

UCAPAN KEPADA RAKAN2 KU YANG MEMBACA BLOG INI,
.Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,
SELAMAT TINGGAL SAHABATKU!

Saturday 20 February 2010

sedih.

satu demi satu KAWAN aq pindah skola.
aq RINDU korg!!

maksud member. (untuk amir)

mmber atau kawan adalah mksud yg sama. so aq amik "kawan".kawan ialah kawan yg kita baru kenal atw pn yg dh lame tman.

org ckp kalo nk tau btul2 kwn ke x, tgk msa kite sush xpun saket,ada tak dia risaukn kita. dr situ la bru kite tau dia 2 btul2 x kwn kite..mmg la, kdg2 sush nk jmpe kwn yg btul2 bleh di buat kwn..

n bg aku la kn..kwn 2 ckup la skadar leh b’kongsi rsa, leh share ape2 prob aku ke, yg leh d ajk sembang n p teman g mna2 ke, n lagi2 boleh berlawan DEBAT, lawan O.BE.JUS(air batu burung). xpun mmg kite rsa slesa kwn dgn die,x crewet. TAPI, aq nk nasihatkan jgn SAKITKA hati kwan o.k? setiap kwn msty ader gado2. tade manusia yg prfect.
so,kwn yg sekadar t’mmpu 2 kira ok dh lar..(tade idea)

Friday 19 February 2010

PERPISAHAN

berpisah dengan kawan memang memedihkan? setuju tak? mungkin ada orang yg tidak pernah lalui. mungkin dia tidak pernah menilaikan apa itu SAHABAT. SAHABAT, KAWAN, RAKAN, ianya mksud yg sama, tapi mmpunyai maksud tersirat yg berlainan.
KAWAN?
Semua orang mempunyai kawan termasuk aku sendiri. Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, dimana sahaja, mereka adalah kawan.
SAHABAT?
Maksud sahabat sama seperti kawan etapi mempunyai makna yang lebih mendalam. Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil sahabat hanya bersama kita dikala senang dan MENINGGALKAN KITA KETIKA SUSAH maka orang itu bukanlah seorang sahabat.
jagalah SAHABAT anda. yg pernah lalui perasaan sperti aq, share lah dgn aq o.k.
kepada sahabat yang meninggalkan aku, SORRY 4 evrytink!

Friday 12 February 2010

smpai aty seyh kw buat aq mcm ni.
agak agak lah skit cara kw ckp tuh. mcm aq ni hina sgt dpn kw.
seriously aq tak mngharap ape2 kat kw, sbb kw dh ader dia. aq tmpang gmbira bile kw bhgie kwn dgn dia. tapi kwn, lame jgn lupekan. aq nk tgor kw, tapi sikit pn aq ta nmpk kw pndang kt aq. aq hina? or kw mmg mmbenci aq? ohh, ataupn aq ganggu kw? aq tak tahu lah. jadik kw mmg ta nak kwn aq selama lamanya? O.K! I GET IT!!!!

Sunday 7 February 2010

TADIKA (sumber dari FATIN AMIRAH)

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin: cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

^_^

anda sedang berCOUPLE yeer?

Anda Sedang Bercouple Ya..?


Kami tidak berzina !

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
?

?

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "