Thursday 13 December 2012

Semester 2


Assalamualaikum, hehe, huhu, haha, hoho, hihi,

Asal aku suka sangat, ecewah, hehe, bestnya dapat update entry pada tarikh cantik harini, ecewah, sebenarnya kan, takde membawa maksud pun tarikh 12 12 12 ni, cantik memang lah cantik, tapi orang-orang di luar di dalam sana sibuk nak declair "saya sayang awak" pada tarikh ini.


Masalahnya perlu ke buat sedemikian, ecewah. Orang sibuk dengan tarikh 12 12 12 ni sebab apa? 12 bulan december? habis 12 Rabiul Awal kau tanak pulak nak sibuk sana sibuk sini, 
Aku nak marah-marah ni apa hantu seh, sebenarnya takde ape pun, tapi pada tarikh ni, aku something berlaku dekat Kolej aku, aku ingatkan tarikh akhir dunia, rupanya.

Kabus sahaja, cantikkan, aku study dekat US, sebab tu keluar salji, kabus, sejuk je, dan korang jangan fikir pulak US ni United State, padahal dekat UiTM Segamat saja, 


Okay, kita tutuplah kisah tarikh, Apa khabar semua? Bila korang bukak blogger je mesti ada Entry aku kan? Cam rimas kan? dah naik muka macam nak lempang je. . Ah, biarlah, harini aku nak cerita pendek je, takdenye aku nak meleweh leweh sampai korang pun sampai kene kencing manis baca blog aku ni, ecewah,
Dengam membekalkan roti dan milo di pagi sarapan tadi, takde lah, sebenarnya nak cakap, dengan membekalkan tajuk entry di atas, Semester 2, yesza, aku kini di ambang Semester 2, kira dah macam Senior lah, sebab ada umur bawah aku, ecewah, belagak kacang hijau betul aku ni, Bukan nak kata kita ni belagak dah besar, cuma, usia kita dah meningkat, tu yang rasa macam, wahhh, aku dah besar, sebearnya apa aku cakap pun aku tak tau, korang layankan je la eh, kalau rasa mual otak otak, boleh tutup dengan button X tu bagi yang guna computer ataupun laptop, bagi yang guna handphone lantak korang lah kau nak buat apa, 






Di semester 2, aku dikurniakan lagi insan-insan yang boleh buat kepala aku naik gila, dapat bilik yang sama, dapat roommate yang sama, Alhamdulillah, *kata aku, 
ewaahh dah macam ayat novel dah, kekeke,

Senang cakap lah, dari kecik sejak umur darjah 4 sampai sekarang bersama, betapa kuatnya ikatan persahabatan kami antara aku dan fareed, ecewah, oh, lupa, nama dia Fareed, dia amik course science computer, dan aku science mathematics, nampak macam lebih kurang je kan? Sebab kami satu Fakulti, bab computer hacker cctv perempuan tengah mandi sambil nyanyi lagu "Cinta Muka Bulu" semua di fareed ni pandai, tapi bab-bab mathematics, hehehe, aku... serahkan kepada aku, ecewah, ala,, math ni common kot, semua orang tau kan, dan ianya mudah,


3 x 3 = 6
eh? Common lah, takkan korang tak tau 3x3=6? ni lah math, aku memang pro gila bila bab math ni, asal? Kau nak cakap aku salah, wehhh, 3x3 jawapan dia 6 kay, jap... *amik calculator....
..............
...............
...................
..........................
................................
.............................................
.......................................................
..............................................................
..................................................................





hmmmm, okay, jawapan dia 9, ala,,, sorry lah, aku rodok kayu hoki dalam punggung kau kang, ecewah. . .



Aku malas nak cakap pasal gamba atas ni, sebab sesiapa sahaja yang ada kat dalam gamba atas ni semua nya buat drama Sinetron, acah acah belajar je, *poyo ini semua.

Sebenarnya apa yang kau baca kat atas ni sebenarnya aku tanak cerita pun, sebab alang alang handphone I phone 5s aku dah penuh dengan gamba, terpaksa la aku post gamba2 kat entry ni,

Dah, aku dah takde idea nak post apa, pergi lah cekede out entry orang lain kalau kau rasa aku punya entry ni bosan bosan sengoti eh, assalamualaikum









Sunday 9 December 2012

Kenali Si Pemalu

Assalamualaikum, salam buat semua dan salam satu malaysia. Aku sebenarnya tak pandai sangat buat ayat starting untuk setiap entry ni, cuma jawab salam je lah yang aku pandai, yelah, starting entry mestilah kene ayat yang besh besh, biar semua orang grab attention, ecewah, macam ada je orang yang sibuk beratur nak baca entry aku.

Dengan membekalkan tajuk entry di atas, korang baca je tajuk mesti tertanya tanya kan, siapakah gerangan Si Pemalu itu, mesti orang dia macam comel-comel sikit kan, okay, si pemalu itu adalah aku, comel kan? Okay, nah baldi, nak muntah muntahlah, SAYA TUCK SECOMEL KOWUNKS. ecewah, semua ciptaan Allah comel-comel, cantik-cantik, hensem-hensem, macam aku, ecewah, eh? ecewah? ayat baru ke firdaus? Ecewah, okay stop.

Sebenarnya matlamat aku kali ni aku nak revealedkan diri aku yang korang tak berapa nak tau, contohnya, aku cebok berak pakai tangan kiri ke, tangan kanan ke, korang tak tau kan? Tapi jangan risau, aku takkan revealed kan benda yang menjijikkan sebab aku tanak engkorang semua muntah atas blog aku ni.
Okay, lets go through kisah misteri diri aku yang ala ala Hantu Kum Kum ni walaupun aku tak tengok cerita Kum Kum tu. Jom cekdeaut.

Nama Penuh?
Ecewah, aku rasa dah macam retis pulak kene jawab soalan ala2 biodata sebegini, okay nama penuh aku, Mohd Firdaus Bin Mohd Asri. Nama manja? hmmm, nama manja aku mungkin Fir kot, lain tak? Sebab bila nama Firdaus je mesti orang akan panggil Daus Daus Daus, aku tanak, bunyi dia macam Dayus, aku tak Dayus eh korang. Lagipun dengan membekalkan nama panggilan Fir tu dah dapat menggambarkan dah betapa comelnya si pemilik namanya itu. lepasni jikalau panggil Daus, kalau aku jeling mata dekat kau jangan tanya kenapa pulak eh, ecehwah belagak nya aku,








Berikut gamba rajah di atas adalah gamba aku dalam lingkungan umur yang di katakan umur paras paras comel. Comel je tengok aku masa kecik kecik dulu, hew hew hew. Akan tetapi masa berlalu terlalu kejam..


Pada lingkungan ketika umur ini, aku dikurniakan warna kulit baru, hitam hitam manis cap taik ayam, dulu memang aku hitam, mungkin banyak makan kicap ketika dulu, sebab aku suka makan nasi dengan kicap sampai nasi tu jadi lembik macam bubur, tak tau lah effect dia sampai begitu kejamnya, padahal makan kicap je kot, tau lah kicap tu warna hitam, ketika ini umur aku tak silap baru je  darjah 4. Sebab aku pindah ke tampoi pada 2004. Time ni aku tak kenal apa itu mespes, apa tu pesbuk, apa itu twitter, apa itu blogger, dan apa itu "SOS Topup" Okay, takde kene mengene, jom kita pergi mengjakau umur aku yang lebih tinggi sikit.
Gamba ni masa umur aku dalam lingkungan Form 1 form 2 macam tu, kalau kau tengok melalui gamba ni kau tau kan zaman social network apa ni? ni time zaman-zaman myspace, dulu mana ada edit-edit dekat instagram bagai, picnik lah yang paling pemes sekali tau. Gamba ni aku ambil dari facebook yang di tagged photo kan oleh mmber aku, katanya dia amik kat mespes aku, dan sampai ke harini aku tak ingat email mespes aku ni, Okay jom kita scroll bawah sikit supaya korang hilang loya tekak bila tengok gamba ni, jom








ni gamba bila dah zaman masuk era tingakatan 4 dan 5. ketika ini baru aku tau apa itu Hotlink, apa itu Celcom, dan yang paling penting aku dah tau apa itu SOS Topup, okay, dari tadi aku dengan SOS TOPUPnya,

Dulu dekat sekolah aku memang nakal, suka kacau orang, aku ingat dulu aku pernah masukkan habuk kapur dalam botol air kawan aku, lepastu dia nak minum, aku ternampak, aku terus halang, dia tanya kenapa, aku cakap "ada semut" aku terus ambil botol tu, buang air tum beli air mineral yang baru, kejam dan baik tak aku? Yelah, walaupun kita ada niat jahat, kita juga ada niat yang baik. eh? apa yang aku cakap ni? Haha, perangai aku memang Jahiliah betul masa form 5, lagi-lagi nak SPM kan, memang banyak kali ponteng kelas, kelas yang paling aku rajin ponteng kelas Biology, aku selalu mengamalkan cara ni, korang boleh cuba, masa aku nak pergi lab, aku cuma bawak pen je letak dalam poket then pergi lab, selepas 15min kelas berlalu, aku akan keluar dengan alasan, "cikgu, nak pergi tandas" masa dah dapat keluar tu, memang aku buat jelingan tajam lah kat cikgu aku tu, kesian dia, kalau aku dah keluar, memang aku takkan balik, sampai masa biology habis, lepastu amikkau, SPM tak dapat A, derhaka kan aku dulu?
Ketika ni aku baru diambang bebas SPM, masa tu memang semua terkejar kejar, bertumbuk tumbuk, lempang sana lempang sini semata mata nak dapatkan kerja part time. Kalau kau tak kerja, memang tepu 100% otak kau, aku dah banyak pengalaman tempat aku bekerja, buat masa sekarang aku dah bekerja di 4 buah tempat kerja yang berlainan tempat. Hebat kan? pengalaman tu kene ada, sebab nanti dah besar, kau mesti kene keje office semua, kau takkan rasa pun nak kerja Tutti Frutti ke, sebab selalunya dorang akan amik bebudak sekolah je.


Tadaaaaa..... terliur tak tengok? Ecewah, aku insan yang biasa sahaja tak mengaharapkan apa-apa dari korang semua, ecewah ayat. ni lah wajah aku ketika sekarang, yang paling latest lah kalau nak cakap, habis untuk cerita latar belakang aku, itu baru latar belakang, ada lagi, hew hew.

5 perkara yang korang tak tau pasal aku:

Pertama: Aku suka kan sesuatu warna yang gelap, tak kisah lah merah gelap ke, biru gelap ke, yang penting dia memang dah gelap maca hitam sebab hitam tu memang dah gelap dan tak tau nak buat macam mana lagi, dan apa yang penting  KERJASAMA, bukan! Apa yang penting Hitam itu cool.

Kedua: Aku seorang pendiam dan pemalu orangnya, ye, memang kau tengok aku kat twitter ke, facebook ke, lagi2 dekat blog, dengar macam aku ni banyak berceloteh, banyak membebel kan? kalau kau jejalan jumpa aku memang korang akan cakap aku sombong dan pendiam, sebab tu tajuk kali ni Kenali si Pemalu.

Ketiga: Aku tak suka ber study group, sangat tak suka, aku lebih suka belajar sorang2, kalau orang mintak aku ajar pun, aku akan bawak alat tulis aku sahaja, buku memang aku tak bawak, kalau tak, memang aku takkan belajar, takkan. 

Keempat: Aku seorang yang pelik, sebagai perangai aku ni memang tak seimbang, kadang-kadang aku murung, kadang-kadang aku suka, kadang-kadang duka, bila aku duka, mula lah aku marah orang yang nak bebual dengan aku, dan aku pun kadang kadang kene marah atas perngai aku.

Kelima: Aku seorang yang boros, aku suka beli barang yang pelik2, macam power bank, aku baru beli ni, macam2, tapi asalkan barang tu berguna dekat aku, 

Perangai paling buruk?

Aku memang suka takutkan orang dengan mengepost gamba-gamba hantu yang nak buat org takut, padahal aku memang takut pun, tapi bila orang tu takut, aku happy, sebab aku berjaya takutkan orang.

Makanan Kegemaraan? 
Okay, aku suka,,, makan,, okay aku rasa dah cukup kot cerita pasal aku, kalau aku bagitau aku suka makan apa pun kau apa kesah kan? kan?

Begitu lah sedikit banyak cerita pasal diri aku, kalau masih tak kenal aku, meh aku bakar rambut kau nak? Ecewah.

Jangan malu-malu dengan aku kay walaupun aku ni pemalu, sebab aku ni friendly, eceehhhhhhh, haha.
Assalamualaikum








Saturday 8 December 2012

Sinopsis





















Hah! Penat tak scroll Blog aku? Banyak kan gamba? Asal eh? Suka hati Maimun lah nak upload.
Harini entry aku tak panjang pun, sampai sini je, Bye...





Krik.... Krik.... Krik.....

Malam yang hening ini menambahkan kesunyian bilik aku ni, semua roomate aku balik ke rumah masing-masing, cuma aku tinggal bersama cengkerik. . . Betapa sunyi nya keadaan nya.

Balik kepada gamba di atas... Gambar di atas merupakan tentang Sinopsis Semester 1 di UiTM.
*Turn On lagu Wawasan Setia Warga UiTM* yang mana tak tau pasal lagu Wawasan Setia Warga UiTM tu dah boleh angkat kaki pergi dari blog aku, pergi la!!! Hew hew... Sini lah, saya main main je.

Dalam meniti kehidupan marcapada ini, maka berakhirlah Semester 1 ini. Dah nak masuk 2013 lah, kadang-kadang kita tak perasaan masa cepat gila berlalu, diam tak diam, senyap tak senyap, bising tak bising, sunyi tak sunyi, maimun tak Osmosis, k dah lari tajuk. Diam tak diam, beberapa minggu aku nak menjelang umur 19 tahun, meskipun macam tu, peningkatan umur selalu mendewasakan aku. Serious ayat aku macam buat aku nak muntah pelangi petang dah. Dah tu, kenapa aku pergi cakapkan? Dah nak penghujung 18 tahun ni, banyak ajar aku erti kehidupan, jangan muntah lagi k dengan ayat aku. Dah nak penghujung 2012 ni, macam-macam orang aku boleh nampak, yang baik, yang kurang baik, yang suka berak, yang tak suka berak sebab bila berak dia akan tahan berak sampai tak teberak berak sehingga terberak, okay merepek,
So makin lama makin belajar erti kehidupan, *ayat tak payah nak "bahasa melayu kertas 2 SPM" sangat. Tapi serious, aku nampak, aku jumpa orang yang demikian rupa, kalau lah mata aku ni bila kenyit dapat capture gamba, dah lama aku upload dekat entry aku ni, untuk dijadikan bahan bukti kes jenayah kanun jenayah manja, contohnya,

Mengumpat sana-sini      

Kutuk sana-sini

Musuh sana-sini

Tanak kawan awak sana-sini

Kau fikir kau hebat sangat, dekat dunia je kau hebat, kat akhirat nanti makan daging saudara sendiri. Aku bukan nak tinggi ilmu ke apa, aku cuma tak senang melihat sikap mereka, mungkin sikap kita pun mereka tak suka. Siapa yang tau kan? Lagi-lagi kalau sesama kawan, makin rapat kau berkawan, makin banyak dosa dan konflik antara korang berdua,

Okay, kenapa aku nak marah sana sini aku pun tak tau, sekarang orang cakap duit boleh settlekan semua benda, tapi duit tak semestinya penting, daripada kau pentingkan harta kau yang tak boleh masuk kubur tu, baik kau pentingkan maruah diri kau. Dan paling nyirap, bila kita tegur orang, mesti orang yang keras hati dan tak puas hati akan cakap, "kubur lain-lain". Gajah betul perangai kau kan, nasib baik aku tak selalu tegur orang. Eh? yeke? Makin ramai kau tegur orang, makin ramai kau dapat musuh, tapi jangan risau, kau dapat pahala, yang bermusuh musuh dengan kau tak suka teguran kau tu memang sah sah dapat dosa. Tapi tegur tu biar betul. Contohnya, kau jangan lah tegur macam ni,

"KAU ASAL PAKAI TUDUNG LABUH-LABUH SEKARANG? BAJET ALIM SIAL"

Hah! Yang ni teguran panas, nampak tak, panas? Merah membara lagi, maaf atas kekasaran aku. Aku hanya nak gambarkan contoh je cara menegur yang betul dan cara menegur yang salah.
Semua benda ni terjadi, bila kita jahat berubah jadi baik, dengan solat, pergi masjid, baca Al-Quran, orang mesti akan cakap "kau tak payah nak bajet Alim". Rasanya dah cukup baik kot dia berubah ke arah kebaikan. Lagi satu, masuk bab perempuan, bila seorang perempuan ni dahulu kala dia freehair, dan tiba-tiba pakai tudung secara mengejut, kau boleh cakap "hai, dah pakai tudung pulak?" Memang muntah kucing betul perangai kau, we suppose to say, "Alhamdulillah, kau nampak cantik bertudung" Tak  ke sedap hati si pemakai tudung tu. So please lah, tegur tu jangan terus buat orang terasa. Kadang-kadang kita tegur orang pun bukannya kita dah cukup betul kan, sebab kita tak tau pun apa salah yang kita buat.

Kebanyakan orang akan mudah nampak kesalahan kita daripada benda betul yang kita buat. Kita buat salah, hah amikkau, 100% kau kene bash salah tu salah ni, kalau kau buat benda betul, contohnya, kau kutip sampah letak dalam tong sampah, then orang nampak apa yang kau buat, dorang takkan tegur dan puji benda betul yang kau buat tu, tapi dari naluri hati, mereka bangga tengok apa yang kau buat sampai tak terkata, bila mereka tengok benda kesalahan yang kau buat, dia takdenya nak bangga,,,, mereke akan benci, sebab tu kau kene bash. So, bila kita membuat sesuatu yang betul atau membuat kebaikan, jangan mengharapkan sangat perhatian dari orang sekeliling, just buat hanya apa yang kau terlintas nak buat. Bila kau rasa nak buat sesuatu kebaikan tu, jangan fikirkan orang nak cakap kau menunjuk ke apa, lantak dorang lah, sebab kau buat dapat pahala, dorang mengata dapat dosa, padan muka kau. Kekekekekekeke.

Okay, sebenarnya apa yang aku cerita tadi adalah berlaku pada orang lain, cerita dari orang lain. Aku mempunyai sahabat yang baik, melalui gamba kau boleh tengok detik detik manis dalam hidup aku. Gamba dapat menggambarkan sebuah cerita, okay serious ayat aku makin jadi tak sedap, ah, ada aku kesah,




Walaupun kawan kita pelik macam mana sekalipun tapi mereka lah the best dalam hidup kita. Mereka lah yang sering buat kita ketawa, buat kita ceria.
Itu saja entry aku kali ni, maaf sebab cerita bersepah sikit. Muehehe.
Hadiah untuk lorang kerana sudi membaca....





















:)



Sunday 2 December 2012

Bercuti Last Minute . . .

Assalamualaikum u ols,, makcik-makcik yang diluar sana terutamanya makcik Osmosis dan tidak terlupa juga kepada makcik Maimun saya. Semua para-para pembaca sihat-sihat belaka kan? Harini aku nak ishtiharkan berita tergempar sekali, sekarang dah naik trending dah dekat yahoo, google, twitter, "worldwide" kot, korunk semua tak dengar ke, dengar-dengar si Budak Firdaus Asri tu gagal JPJ.. i ye ke? Aku ingatkan Firdaus tu ada lesen, selalu nampak dia bawak kereta ke sana ke sini, rupa rupanya takde, kasik pulak mak ayah dia bagi bawak kereta kan? Huntonglah,

"Weh! Weh!" Asal engkorang mention nama aku nih? kang aku Triple H kat korang kang, sia sia je kene duduk wad bersalin, nak? dah diam, memang aku gagal JPJ pun, biasalah, anak jantan, kene lah gagal, ceh.
Aku dah cerita kan previous entry aku tentang macam mana aku boleh gagal JPJ? tak tau? Pi lah baca, hmmm..

Sepatutnya 29 December hari tu aku kene test JPJ lagi sekali, tapi mak aku kemain lagi punya semangat Muhiba dan ayah aku pulak semangat Sahiba paksa aku ikot mereka pergi, *turn on lagu "Cuti-Cuti Malaysia" Kuala Lumpur, aku dengan memeluk erat tiang lampu dekat lebuh raya utara selatan dan mengatakan, "tanakkkk, tanaaakkkk, nak JPJ" lalu aku terlepas dari mereka dan terus belari ke bilik. Lalu aku meng on twitter aku lalu ternampak seorang mengepost kan jadual Cuti semester2, sebaik sahaja aku melihat, aku pun "Mama! Omaigod Omaigod,"

"Adik nak ikot pergi Kuala Lumpur!!!!!"

Aku pun menarik ibuku yang sedang memeluk tiang di lebuhraya timur barat sambil menjerit "Adik nak ikot, adik nak ikot" Aku pun jelaskan situasi yang sebenar punca kenapa aku tiba-tiba nak ikot, ekceli, aku ada cuti semester 22 sampai 29 December ni, so tak salah lah kan kalau aku postpone JPJ aku pada 27 December tu, hew hew hew, aku pun tarik mak aku sampai dia lepaskan tangan dia dekat tiang lampu lalu aku tolak sumbat dia dalam kereta, derhaka tak aku? Rasanya aku tak perlu kot cerita macam mana aku packing baju, macam mana aku susun baju dalam beg sebab aku macam tak lipat pun pakaian aku semua, aku sumbat-sumbat je sepertimana aku sumbat mak aku masuk kereta tadi. Sumbat baju tak derhaka, korang semua boleh buat.

Okay, tujuan aku ke Kuala Lumpur ni,, untuk? takkan lah nak pergi KLCC, tu zaman kejatuhan kesultanan melayu aku, kecik kecik pergi KL semata mata nak tengok menara KLCC, lepastu balik, cewdih, sekarang zaman kegemilagan kesultanan melayu aku toksah nak pergi KLCC tengok, sekarang dah boleh ask Uncle Google dan tengok lah puas-puas. Senang dan Simple kan? Mcm naik bus SnS, senang dan simple, okay, stop lah firdaus, tujuan kami pergi KeYeL sebenarnya nak pergi Sunway Lagoon jewwrrr, jewwr dia tak boleh belah. Hew Hew Hew.
Kami selamat diijabkabulkan di Sunway Lagoon bersama keluarga tercinta...
Dear kakak, its suppose only me in this picture, why u suddenly come tiba-tiba while showing ur peace jari, nak je potong bawang besar tonyoh dekat mata dia. Cara paling kejam yang dibuat orang, cara ini mampu membuat musuh anda menangis. Selamat Mencuba
Ini adikku, aku baru terjumpa dalam longkang setelah sekian lamanya mencari dia, so i call her budak longkang, aku tengah whatsapp polis KeYeL cakap tak payah susah susah bawah Detective Conan untuk cari adik aku semata mata. 
Here we go, "Go Go Go Power Rangers!" Mama mengambil masa hampir satu jam setengah untuk mendapatkan Jam Limited edishen ni, ramai tak ramai lah orang tapi semanusia manusia kau pun, kene beratur jugak nak beli tiket macam manusia manusia lain.


Setelah masuk kami pun terpegun seakan akan seperti masuk ke Narnia dan sekolah Hogwarts Withcraft and Wizardly. Tah pape je aku merepek kan, korang suka ke baju entry aku kali ni? Sebab panjang tau, aku nak cerita full Version tentang Holiday aku ni, kalau rasa dah start pening-pening, mual-mual, elok pergi angkat kaki pergi meninggal dari blog ni, ganas tak aku? Garang tak aku? Aku kalau buat muka ganas garang ni sebenarnya nampak comel. Ramai dah orang kata, sebab bila aku marah, masing-masing keluarkan  handphone, camera, polaroid bagai semata mata nak amik gamba muka aku yg tengah marah, kata mereka, "Kiterang jarang tengok muka kau marah yang comel tu" aku pun, hmmmm,, apa lagi, terpaksa buat buat marah sebab nak nampak comel sikit.
Yang aku tolak tu, bukan trolley yang macam korang bawak dekat shopping center terutamanya banyak didapati di Pasaraya GIANT dan sebagainya, tu wheelchair, bukan trolley ye, dekat Sunway Lagoon takde jual shampoo anti dendraf, susu A-Fe-Nen yg korang boleh shopping pakai trolley, itu ayah aku, dia malas nak jalan, nak duduk wheelchair katanya. Bila kita duduk wheelchair kita akan rasa Auro Profesor X dalam cerita X Men, tu yang ayah suka sangat duduk.
Abaikan gamba rajah di atas, ni bukan muka baru keluar court mahkamah syari'ah ye, ni memang gamba aku snap tanpa menyebut "satu... dua.... tiga.." dan muka mak aku akan sentiasa garang, memang tak boleh dibuat orang mukanya, kau jumpa pakar muka New York Skin Solution pun, bila kau tunjuk "saya nak muka macm ni" confirm dia kata, " tak boleh wooo, ini muka manyak mahal, setok sangat cepat habis mau bikin ini muka" pulak?? -.-

Here we go, we all sampai tempat mandi manda nya, aku tak suka sangat mandi mandi ni sebab dekat rumah pun memang aku jarang mandi, apa sehh korang cakap aku selekeh, at least aku dapat kurang kan bebanan duil bil air, kan? hmmm, renungkanlah, hew hew hew.
Eceh, tak suka mandi konon, muka aku yang paling eksaited dalam setiap gambar, k... fine,, aku suka mandi, at least aku pembersih, tak mcm korang, tak mandi, jimat bebanan bil air konon.
Mama pesan, "Gamba mama yang tak lawa jangan masuk facebook tau" okay mama, takdenye facebook maaa, tak masuk blog, masuk twitter je, tapi jangan risau, setiap gamba mama semua nampak cantik, nampak lawa. eceh. cukew nyewr mama titew.
Aku handome kan? tak payah cakap banyak, aku dah tau, thanks. Hahaha, keriakkan aku menyerlah, saya gurau je, saya nak letak caption ini sebagai, *abaikan muka saya, saya tuck secantik atau sehandsome kowunks. Meh sini aku sembur spray lipas dalam mulut kau, nak? hew hew hew
Dan puas mandi, masing masing perut lapar, lalu kami pergi lah MarryBrown, Alhamdulillah, Kak Jiha tengah jaga cashier, dia bagi free kot, tak sangka kak Jiha Lolalo keje sini, hew hew, akceli muka dia je sama, sama kan? kan? mcm engkorang kenal je kan siapa Jiyha Lolalo ni, kalau aku cakap  mcm ni "Akak, muka akak macam kak Jiha la!" agak agak dapat free tak kalau aku cakap macam tu, okay, takde kene mengene,

Rimaskan asik ada gamba je, bosan kan, ahh, lantak, entry kali ni aku memang nak penuhkan gamba rajah.



Lepastu kami main permainan kering pulak, sebenarnya bukan kami, aku je, kakak aku dah give up dah akibat rasa mual nak muntah-muntah dipercayai mengandung di bahagian perut akibat menyedut air kolam dan menjadi hypertonic seperti terjadi kepada Makcik Osmosis pada ketika dulu.
Paling seghonok sekali masuk rumah hantu lah, sebab last aku masuk rumah hantu memang waktu kecik kecik dulu, memang sentiasa dalam dakapan ayah kalau masuk hantu pada ketika itu, tapi kali ni, kalau mintak dakapan, memang dekat bawah tapak kaki lah jawabnya, ahh, benci masuk rumah hantu ni, sebab ada sesi kejar mengejar, masalahnya yang kejar bukan Bolt yg pecah rekod dunia dalam larian tu, masalahnya sekarang yang kejar Zombie dengan Pontianak, siapa tak takut, okay, memang aku mengaku aku agak terkejut maimun banyak kali, sangat terkejut.
Kami beradu di Hotel Sunway Pyramid, memang dekat lah nak pergi Sunway Pyramid, turun je dah sampai,

Hah! yang part ni best, tau kan Sunway Pyramid glameres dengan apa? Tau kan? Ice skatting kan, memey ah.. haha. engkorang percaya tak aku pandai main? Aku siap buat tarian ballet versi Ice skatting lagi, eceh..

Nampak tak aku yang tengah pegang dinding sebab takut jatuh tu, kesian kan tengok aku masa ni, macam anak sesat mencari ibu yang hilang. Memang family aku yang lain pergi shopping, aku yang mengshok sendiri main ice skatting sorang2. Jom kita zoom dekat dekat.
Aku memang nampak tampan dan comel bila masa baru mula mula nak belajar, memang comel ibarat seperti bayi yang baru 1 hari lahir yang nak belajar belari, memang comel sangat, tengoklah dengan senyuman aku tu, lahai, melting...

2 JAM KEMUDIAN.........
fuyoooo, dah lepas tangan dah main skatting, kemain dia, sebenarnya senang je main, haha, kalau jatuh nasib la, seluar anda akan basah, dengan ini saya mengaku saya jatuh 2 kali, kah kah, tapi jatuh jatuh comel je lah,
Ice skatting memang penat, kalau baru pertama main memang berpeluh even dalam tempat tu sejuk, tapi kalau peluh campur udara yang sejuk, memang makin sejuk lah rasanya, and you should try, RM 36 ONLY termasuk glove dan stokeng, kalau dah ada glove dan sewaktu denganya bayar RM23 je lah.
Gamba suasana di luar hotel Sunway Pyramid, cantikkan?


Sekian sahaja cerita cuti dari aku, esok aku dah balik UiTM dah, barang dah siap packing, tinggal nak gerak sahaja, wish me luck untuk SEM 2 ini, insyallah kalau rajin aku update blog masa naik SEM okay, macam engkorang suka je baca entry aku ni eh, haha.
Okay, Assalamualaikum