Monday 31 October 2011

Laserquest


Eh, wait!

Laserquest! just now i read ur blog, and, kau ada post pasal Sentuhan Pengetua,

i think you same school with me, and, ur grandmother "Pn Soh",

she also my "grandmother"

and you have brother,

and you born on June,

hmmm, maybe i will know it you soon, insyaallah,

Nama disebalik Laserquest akan terbongkar juga, Hahahahaha (Ketawa jahat)

Assalamualaikum. M E R A J U K.

miss you guys!

Assalamualaikum,

Hye, just now baru balik dari Tusyen MR G**i, tusyen Addmath and i fall in love

in Addmath very very muchie.

Heee, and, aku nampak muka kau F***n, lama tak jumpa kau, thanks for that File

okay, dulu shared2 pasal cerita yang berunsurkan Islam, now, shared about Ilmu. Dah lah

aku tak nak cerita pasal benda ni, aku nak cerita pasal Kawan, :')

I miss u BRO,

F****d, A**r, and R*****n, you my best forever friend, jangan tinggalkan aku.

Okay, sebenarnya, kami ber enam, ada matlamat selepas SPM, 9,10,11,12 December, kata

dorang lah, nak pergi K***a L****r, dengan apa yang aku dengar, cara dorang cakap

macam serius gila jer, so, macam jadi lah, i want GO! Tapi takde duit tak best kan?

So, kene cari jalan alternative untuk cari duit dalam jangka masa yang pendek, any

any idea? I've no idea with that. :(

SPM?
okay

ada 13 Hari! WOW, the date too too too too too CLOSED! Pejam pelik pejam pelik dah

masuk bulan November, :(

Cakap pasal SPM, tadi Pengetua baru adakan mesyuarat untuk berjumpa dengan murid

murid yang bakal menduduki SPM, di dalam bilik bagaikan tin S****n, sempit gila kot.

Kelas yang ada dalam mesyuarat ialah, kelas aku, 5n3, 5k1, ----> Landscape,

bayangkan betapa kecohnya dalam bilik mesyuarat itu, kah kah kah,

nasib baik nama aku tak dipanggil, kawan aku semua kene panggil, hik hik hik.


Dan perenggan ini untuk awak.

"Awak, kenapa awak memilih F untuk dicerita, tapi bukan saya?

Kenapa awak tak bagitau saya yang awak tak nak stay petang lagi?

Awak, saya tertunggu tunggu untuk jumpa awak,

tapi, awak tak muncul muncul,

awak tak nak jumpa saya lagi ke?

Baiklah. :( Saya rasa saya mula merajok.


Dan tadi saya tak dapat jenguk arnab kat rumah nusa bestari, dah lama seh tak tengok,

what happend to you NAB? :(



Mungkin esok lusa tulat saya tak dapat update blog, sebab ada technical maintenance,

sabar ye,



Okay, i'll stop here, saya tak nak text awak, saya betul betul merajok sebab awak

tak bagitau saya yang awak tak stay lagi, saya merajok serta mertanya.





Assalamualaikum.

Sunday 30 October 2011

Back To School

Assalamualaikum. .

Guess what? Esok sekolah beb, seminggu cuti rasa macam sehari cuti.

Oh NO, bila dah sekolah, mula lah cikgu sebut sebut pasal SPM.

Oh No, for information, aku dah lama tak tengok calendar, i don't want to count

it, if nak habis SPM, for sure i'll COUNT, hehehe.



Paper aku tamat pada 30 November 2011 pada 3.30 petang. Dan pada petang itu,

aku tidak mahu pulang ke rumah, aku akan menjejaki kaki ku ke arah BOWLING.

Oh NO! I really want celebrate it after tamat jer SPM, bagi yang amik paper

Seni, Prinsip Akaun, EST, sorry to say lah ye, aku dah bersorak sampai takde

suara, tapi korang tengah sebok membaca, who taking EST? Hahaha, EST paper

paling lambat habis. :D

Teringat jugak zaman form aku,

masa 1st month, amik 10 subjek, subjek ke 10, aku amik EST, for sure orang ramai

cakap EST senang score, so aku belajar lah sebulan, Oh NO!, aku ini, orang yang

lemah English ni, so, kalau bab bab nak buat essay ini, memang aku lemah,

BANYAK GILA KOT ESSAY NAK KENE BUAT, then aku fed up, aku drop amik

Prinsip Akaun pulak. Sebab bab bab nombor ini, aku minat gila kot.

Setelah ambil prinsip akaun sehingga 2011, tiba tiba, aku berasa kesebokan

dengan kerja-kerja akaun, bilik ku bersepah dengan Buku tunai, Jernal -Jernal, dan

merasakan aku tak mampu lagi untuk meneruskan perjuangan ini, ceh ayat, gitu.

Lalu aku drop lah akaun masa awal bulan 2, then amik Tassawur Islam, until now,

aku amik Tassawur, alhamdulillah, ianya tidak sesusah EST dan Prinsip Akaun.

Dan kehidupan aku kini dah stable octet electron arrangement. Masa study aku

aku dah bahagikan sama rata. Guess what,? Tadi aku belajar Sejarah, Fuyo!

Firdaus Asri belajar Sejarah, hik hik hik, and I do revision for Agama Islam too,

Dan tahniah Firdaus Asri, harini anda berjaya tidak menonton Boboboi,

sedih seh, ketinggalan satu EPISODE, aku berkurung bilik seberapa lama yang mungkin

Tujuan? Sebab takut dan gerun akan SPM. Aku betul-betul nak bangga kan mak ayah,

cikgu, kawan kawan, sedara, abg sedara, kakak sedara, mak cik pakcik, atok, nenek,

jiran sebelah rumah nenek, jiran pakcik punye sedara sebelah mak adik saudara kembar

lelaki sebelah ayah kepada anak sedara lelaki. Semua lah aku nak banggakan,

ecspecially aku nak banggakan Ayah dan Mak, :')


Okay then, hari sekolah ini, insyaallah aku update lah, no promises okay.

Sebab busy, Ok then stop here, continue study, and malam karang family dinner dekat

STEAMBOAT, :)

Dah lama tak jenguk Arnab dekat rumah Nusa Bestari, tah makin gemuk ke, kurus ke,

haish, takpe, lepas hari sekolah aku boleh tengok dia,


Assalamualaikum

Selamat Beramal, anda buat anda dapat


‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Semoga dapat menjadi amalan kita semua.. :)

Tralalala

Assalamualaikum.

Hey. :D

Nak tau tak, nak tau tak, nak tau tak . .

Semalam, dari pukul 5 sampai 9.30 kan, aku baca buku sejarah chapter by chapter,

Fuyooo, aku tak percaya apa yang aku buat nih. Thanx to Dato Fadzilah Kamsah.

Dia kata, kalau nak belajar benda yang berat berat untuk diingati ini..

Firstly . .
Jangan belajar malam-malam. Sampai pukul 10 STOP. It enough.

Secondly. .
Nak belajar kan, Ambil air sembahyang,

Thirdly . .
Masa tengah baca, kalau rasa macam tak masuk, baca selawat.

Then teruskan baca, kalau time baca baca, mulut mu dah mula tersangap,
kunyah chewing gum, atau gula-gula yang boleh dimakan.

dan, kalau nak ingat sampai bila-bila, latihkan diri untuk baca berulang kali
sebab:

Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda ingat.



Plese try it girl and guys. Lepas aku baca topic tu,

try je lah buat latihan kan, then masa aku tengah buat,

tetibe, eh? ini yang tadi, haha, betapa happynya aku, takdelah macam dulu, buat

soalan terkerut kerut rambut. Alhamdulillah, kenapa lah aku tak surf awal-awal.


Heee. Semalam aku pergi L*****y dengan F****d, M*****h dan yang memandu A***a,

i was like, eeee, malu seh naik dengan dia, kaulah F****d, ajak aku, haish.

Takpe, dorang mintak ajarkan addmath and math. Heee. Then pergi sana, masuk je,

eh? fir, lepastu naik jer, Fir, eh Fir?

Yang tegur tegur aku semua ramai yang budak-budak Ibnu Sina. :D

Then aku di tengah2, dorang duduk kiri kanan aku, aku study Komsas, dorang, heee

buat addmath, math. Then, balik singgah T***i F***i, Heeee.

Then masa aku dah balik time jalan kaki, ada orang text.

1 new message from B****s
"Fir, tolong ajar addmath"

"When"

"Tak balas"



Then 10 min lepastu,
1 New message from A***a
"Fir, malam ni free?"

"Aku baru balik, tengok dulu lah"

"Kau datang rumah F****l malam ini. Ajar kiterang Addmath, tolonglah"

dalam hati aku cakap" Erk, dekat sekolah kan boleh, kalau aku pergi rumah dia,
nanti macam-macam dvd dia bukak, tak suka seh"

Then malam semalam,

A***a misscalled 3 kali.

Sorry to say, aku taknak pergi sana, kalau kau datang sini takpe .

Then watching bola, Terengganu Goal, aku cepat-cepat msg F****d
"Apa cite bro? where's Negeri ni"

"Aku sokong Ganu lah"

"Pulak"

Then Negeri Pulak goal

"Hehehe"

"Apa kau? seri, lek arr"

Then Negeri goal lagi

"Apa citer bro?"

"Kalah menang adat pertandingan"

i was like, hah! tu lah belagak lagi aku ni,

BTW, congratulation for Negeri!

Then malam semalam aku mendongak kepala ke langit, woa




Banyak nya bintang, i was like, "YES, malam ni takkan hujan"

Serious aku tak boleh tidur time2 hujan-hujan ni, kalau tertido tu lain lah.

Hahaha, dengar tak lagu blog aku? im in love with it, apa-apa jer au buat

aku akan dengar lagu tu.

Okay, should stop here now, esok dah sekolah, hik hik hik,

I miss you FRIENDS, nak HUG!

Assalamualaikum

Saturday 29 October 2011

Frusting? Then, Resting and sleeping.

Assalamualaikum. .

Dari jam tujuh pagi sehingga kini, banyak benda aku mentelaah,

macam-macam, isu tragedi 11 September.

Tsunami

Hantu

Bermuda Triangle

Galaxy

Macam macam video aku tengok, macam-macam entrr, blog, maklumat aku baca.

ItS make me rasa, wow, menarik perhatian, tapi dalam-dalam tengah search,

rasa macam nak sepak je orang yang buat FAKED VIDEO. Aduyai.

Nak dapatkan Plubisiti murahan lettew.

Okay, walaupun aku surf internet pagi-pagi buta, aku takda lah buat hal-hal yang

mengarut, tengok video bukan-bukan. Internet its a good stuff, macam-macam boleh

dapat, macam-macam boleh search. Now i realise advantage of internet, for those

yang tak suka internet, anda memang PELIK. --.

Pergi lah sana library tengok buku yang TEBAL,

Pergi lah sana library tengok gamba yang tak gerak, hik hik hik ,

Anyways, hari rabu, hari khamis hari jumaat ni, 3 hari berturut turut aku keluar.

RABU
Pergi rumah kawan

Khamis,
Keluar dengan cikgu tengok Paranormal, dan jalan-jalan, cikgu belanja makan lagi.
At that time, i waiting u're message.

Jumaat,
Otak aku macam, peh, serabut, then ajak akak dan cousin pergi KSL,
sebelum masuk wayang, masuk kedai CM3, i was like, eee, Arnab, wanted to buy it
tapi kalau beli takde duit untuk beli tiket. :c

then tengok tiket dorang kata nak tengok Paranormal, heee, aku diam je, sebab padahal aku dah
tengok kan?

Even dah tengok kali kedua, tapi rasa terkejut tetap hadir di hati ini.





GIRLS GUYS, you should watch Paranormal 1, 2, 3.. Its really awesome.

Waiting for Paranormal 4. WOW!


Okay, now, jam showed 11 pagi, aku nak siap2 sekarang nak pergi keluar dengan kawan

kelas sebelah, M*****h, A***a, dan F***d, kitarang nak pegi ***ra**

See? Told ya. Dah empat hari berturut turut keluar, haha.

SPM nak dekat bang? takpe. Pandai-pandai lah aku covered all those subject yang aku

tidak minati. (Sejarah) --,


For what baca buku setebal Kamus Oxford, benda dah lepas, lepaslah,

Let bygone be bygone, Boooo! tak suka sejarah, jujur dari hati.

Hahahaha. Okay, wanna stop here, its take a long time to make me hilangkan semua masalah-masalah aku ni.

Sorry to say, sorry didn't reply message, sorry for those yang call aku tapi suara

aku macam nak kene penumbuk. Dan yang call aku, aku reject9x. Hahaha

Nantilah, insyaallah aku okay nanti. Malas nak amik port pasal masalah, takot affect

kat exam SPM nanti, aku taknak jadi clumsy nak dekat SPM ni.

Maybe start next week

-No phone (texting)
-Internet (Facebooking)
-TV( X Factor)

Blogger? hmmm. Itu aku tak tau, takpelah. Mungkin aku update sebelum aku pergi sekolah nanti.














SPM! HERE I COME.


Assalamualaikum

Tanda-Tanda Hampir Kiamat



Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :
1.Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2.Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.
3.Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4.Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5.Cukai ditinggikan.
6.Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7.Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.
8.Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga.
9.Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10.Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11.Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12.Banyak berlaku gempa bumi.
13.Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14.Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.
15.Banyak berlaku rasuah.
16.Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
17.Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18.Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19.Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
20.Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.

Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:

1.Sembahyang ditinggalkan.
2.Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
3.Orang jahat jadi pemimpin.
4.Tidak amanah dan zalim.
5.Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6.Perkara haram dihalalkan.
7.Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8.Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9.Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10.Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11.Arak jadi minuman seharian (rasmi).

Thursday 27 October 2011

Who are you

Assalamualaikum

Aku nak mencari siapa dia LASERQUEST ni..

hmmmm...

Kawan aku?

Aku kenal kau?

Bagitau je lah, settle kan.



LASERQUEST! Im watching You. BEWARE!

Aduyai

????

Assalamualaikum.

Okay, i'll stop here.



Hehehehehee

Wednesday 26 October 2011

Happy Diwali

Asssalamualaikum . . .

Hmmmm, sejak kebelakangan ini, badan aku tak berapa nak sihat, badan rasa

sengal, kepala pening, mata merah, badan rasa berat. Lagi-lagi semalam,

tak selesa sangat-sangat. Aku harap sangat-sangat demam aku pulih dengan cepat.

Ya Allah, tolong pulihkan demam aku ini. Harini, aku nak exercise sikit,

sebaik sahaja aku tengok "arnab aku exercise dekat sangkar" aku pun ingin turut

mencuba. Mungkin arnab aku cuba menyampaikan sesuatu. Jadi, aku tak boleh lah

terbaring atas katil macam orang kene lumpuh. Anyway, harini aku bangun awal,

tapi kepala sakit, kalau nak dibandingkan semalam, aku bangun pukul 3.30 petang.

Dasyat! Ramai yang cakap, suruh REHAT, REHAT, REHAT,




Aku pun rehat leh.

And HAPPY DIWALI untuk semua kawan aku yang menyambutnya.

Okay, harini aku ada 2 jemputan rumah terbuka, satu petang, satu lagi pada

waktu malam. Maybe aku pergi yang malam jelah, petang tak free. Dekat je, at Taman

Uda Utama. Hehehehhe.

Anyways, semalam aku dapat mimpi indah, mimpi bersama kawan-kawan aku bereempat,

kami pergi satu tempat, dah lah, taknak cerita, heeee.

Okay. i'll stop here.

Laserquest! Kau kawan aku? Apa nama?

Tuesday 25 October 2011

:(




Saya tak sihat, badan saya lemah, dan . . saya nak rehat secukup cukupnya

Jalan Jalan

Assalamualaikum

Baru dikejutkan oleh segerompolan MERCUN! Aku ingat hujan, tu yang cepat-cepat bangun

nak angkat kain kat luar, sekali keluar, Haish!!

Anyway, semalam, teman Mama beli barang dekat Angsana, then i saw,

Masa otw pergi sana

"Ma...Ma... Ma..."

"Kau nak aku toleh belakang ke"

"Ala, jawab lah (YE)"

"Ma, yang dekat tempat swimming kat Nusa Mutiara tu nak mandi sahaja2 bayar
berapa ringgit?"

"Mana mama tau, adik ingat mama swimming kat situ tiap tiap minggu ke?"

"Tanya je, Khamis ni adik nak pergi swimming"

"(ketawa) kau jangan nak merepek kat sini boleh tak?"

"Ma, anak mama ni nak amik SPM"

"Apa kene mengene SPM dengan Swimming"

"Sebelum amik SPM, otak kita kene relax, biar oxygen masuk"

"Cakap je lah kau nak berjalan dengan kawan-kawan"

Then aku kene turun kat Petronas beli ubat aku.

Masa nak otw pergi kereta, ada suara akak panggil

(SWIT!) (SWIT!) "Adik!"

Masa aku toleh, aku tengok duit RM6 tadi tercicir, so i thanked to her,

TAPI! Dia panggil aku ADIK? Ape seh!

Then pergi angsana, Jalan situ jalan sini, beli itu beli ini,

Pindah pulak pergi ke Giant, jumpa ayah kat sana, then jalan jalan jalan

dah pukul 8 mlm, kami lepak dekat Cafe, minum2, THEN AKU PUN









PIL PENCEGAH KEHAMILAN, OPS!

Then masa tengah syok syok candid, ada orang nak meyelit,

Then i was like, errr.. Nad, Nada. --.








Heee, dan kami pun balik.

Then pergi "rumah Nusa Bestari jap, bagi Arnab makan, Take Care ARNAB!"

Now, aku dalam bilik, and aku punya demam getting worse, tak tahu kenapa

Ya Allah, cepat cepat lah sembuh kan aku, dah seminggu dah mcm ni, :(

Okay then, i'll stop here.

Assalamualaikum

Monday 24 October 2011

Tuition? AGAIN?

Assalamualaikum,

Hye just woke in middle of subuh.

Macam biasa bila bukak mata tengok handphone

"6 New Message"

Salah satunya daripada Cik Arnab, =)

Maaf, semalam tengok Paranormal Activity sampai mata separuh tutup separuh bukak.

Then, kakak aku tepok kepala aku suruh bangun.

I was like "issh! tak payah lah nak buat macam tu"

Banyak kali kot aku kene tepok. Then tiba2 DVD tu stuck, then i just simplify said

"dah panas lah" Apa lagi? aku terus masuk bilik tidur lah. :)

Hehehe. Now, i already woke up, waiting for Addmath's class at 10.

Kene datang awal, sebab cikgu suruh ambil module kat Guard.

Just now A**r text me, dia ajak pergi library lagi harini? Again? Semalam kan

dorang dah pergi, inikan harini nak pergi jugak? Then jawapan aku tetap, NO. :)

Tunggu aku dah okay baru aku Follow :)

Balik dari tusyen, i'll just suggest tengok wayang, cerita Real Steel,


Sound its really pretty good cerita ni, kata oranglah.

Okay then, should stop here, nak pergi sarapan sekejap. Okay

Life is better when you’re happy but life is at its best when other people are happy because of you

Assalamualaikum

Sunday 23 October 2011

Tak ajak, Tusyen, Touching,

Assalamualaikum . .

Hye, baru sahaja balik dari tusyen. Bangun di awal pagi jam 5 pagi, lalu sambung

tido, dan lagi sekali bngun pukul 8 siap siap pergi tusyen, before that, sarapan

dekat H***b Tampoi, then i was like, eh? tu B****s dengan F****l, hehe, then terus

join sarapan dengan mereka. Dengan mengorder Roti tampal, roti kosong dan secawan

teh tarik mengisi perut ku yang kosong ini.







Then masa on the way (OTW) dengan

B*****s, kami race, dan dengan sukacitanya di maklumkan, aku menang, tapi before

sampai tusyen, aku singgah rumah F****d sekejap, ambil buku chemistry aku. Then

dia dah dress up nak pergi mana tah, then perbualan kami berbunyi begini

"Kau nak pergi mana Fir?"
"Pergi tusyen"
"Tak ajak!"
"Kau tu? ada ajak aku?"

Then aku terus memandu pergi. Kononnya aku dah merajuk. Tapi sememangnya benar.

Then sampai tusyen, belajar lah Chemist, Chapter Form 4!

Its kinda of boring belajar Periodic Table.

"Across the period, the size of the atom become smaller and down the group the
size of atom become larger."

"Period 3 : Sodium, Magnesium, Aluminium, Silicon, Phosporous, Sulphur, Chlorine,
Argon"

Sodium is Group 1,

Magnesium is Group 2,

Alumininum is Group 13

Silicon is Group 14 sampai Argon Group 18.

Dan satu lagi, Aluminium Oxide is amphoteric sebab dia boleh react dengan acid
dengan base,


Hehehe, ini berdasarkan apa yang aku belajar dan aku keluarkan dari otak aku,

tak rujuk buku okay.

Then pukul 11 pagi its a time to break, kami pergi MCD, take away jer, takot

tak sempat dan jumpa adik F*****n yang memakai tudung seperti "HANA TAJADI"

Lalu pukul 1 tengah hari, aku pulangkan buku kat F****d, tapi dia takde,

aku pass dekat ayah dia saja.

Then, saja je aku tanya dia F****d pergi mana?

then his dad simplify answer pergi library, then i was like, Oh, okay.

He He He .. Then i called A**r,
"dekat mana?"
"Library,"
"Oh, siapa ada?"
"Semua Brothers ada, kau je takde Fir,"
"Okay, kirim salam diorang"
"Fir!"
"apa dia?"
"Tadi masa dalam kereta F****d cakap dengan aku tadi, dia cakap aku risau seh fir
tu, kesian pulak aku tengok"
"Oh, biarlah, aku dah tak kisah"

Lalu perbualan kami tamat.

Dan aku singgah kipmart tadi beli
DVD
- Diary Of The Wimpy Kid

- Paranormal Activity 1

- Paranormal Activity 2

Hehehehe. Bosan lah, cuti cuti ni kan.


Okay, i'll stop here, kalau free aku update blog. Minggu ni little bit

busy sikit, kalau aku tak angkat call of reply message sorry tau.

Terutama Cik Arnab, jangan amik hati pulak.

Kerana facebook : Daripada Kawan Bertukar Musuh
Kerana facebook : Couple Boleh Gaduh Sebab Cemburu
Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh Berpisah
Kerana facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan
Kerana facebook : Kawan Lupa Kawan
Kerana facebook : Kita Boleh Perbodohkan Orang & kwn
Kerana facebook : Kita Menipu Diri Sendiri
Kerana facebook : Kita Tertipu
Kerana facebook : Kita boleyh Meninggalkan Solat 5 Waktu
Kerana facebook : Wujudnya Adik-Beradik angkat



Assalamualaikum

Saturday 22 October 2011

5 Science 2

Assalamualaikum

Pada 21 Oktober 2011, terjadinya hari istimewa di kelas 5 Science 2.

Hik Hik Hik. Dengan jayanya kami telah mengadakan jamuan sebelum SPM untuk

our class. Ni jamuan senyap senyap, jamuan bukan sebarang jamuan.

Jamuan kami terjadinya pada waktu selepas rehat iaitu masa waktu Chemistry.

Sebab Cikgu tingkatan kami ajar Chemist. Cikgu kami iaitu Masylinda Abu Bakar,

Jamuan kami hanya dilakukan secara kecil kecilan, sebab lepas SPM baru buat besar

besaran.

Thanx for Madam Besar kelas kami iaitu Shikin Zulkifli, kerana provided kan

makanan, ayam, soto, dan yang lain2 juga kek, agar, dan banyak lagi.


AGAR


Ayam masak merah


Nasi Empet



Nugget

Dan pada waktu yang sama, kami dituruni rezeki yang berlipat ganda

dapat duit rya daripada Pihak Koperasi,


RM 12.6O sen tak silap.


Gamba - gamba









Take Care MY BELOVED 47.

Maaf, Takde Mood, Tak Amik Port

Assalamualaikum

Pada 22 Oktober 2011, tepat jam 7.00 ptg

Cik Arnab hantar satu message dekat saya


Arnab ni buat saya malu je tau,

Hik Hik Hik.

Tapi kan, sejak akhir-akhirnya aku takde mood dengan kawan-kawan, tadi ada orang

pergi jusco, aku cakap aku demam, tadi ada 2 orang message ajak pergi library,

aku bagi alasan ada tusyen, tadi ada orang call aku tak angkat . .

Kau tau kan aku dalam kelas macam mana, kadang-kadang macam orang bodoh duduk

sorang-sorang dekat sudut kelas tepi tingkap jauh nun disana. Lepas tu, korang

pulak buat aku macam ni, sedih kot. Rasa diri ini tidak diperlukan lagi.

Dah lah, aku malas nak amik port lagi pasal benda ni. Kalau aku tak balas

message korang, tak lepak kelas korang, tak rehat kelas korang, jangan tanya kenapa

tau. Bukan salah aku kot. Okay. Hik hik hik. Takpe lah, aku dah biasa sorang-sorang

ni, kalau kau lalui apa yang aku lalui, mesti kau tak sanggup, dan mesti kau akan

terpinga pinga cari kawan.

Monday 17 October 2011

Mana Mak?

Assalamualaikum, disini saya ingin shared yang saya dpt dari sumber orang lain,
beliau meminta untuk shared kisah ini, baca lah, dan hayatilah.

Wall Photos
MANA MAK .....

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



:)

Assalamualaikum

Harini aku tersenyum lebar kerana berjaya menyeludup laptop dalam bilik akak
aku, psssss, at that time dia tengah tido . . Ini lah masanya kan, kalau
tidak, bila dapat On9, :)

Seperti biasa aku dah lama tak update blog lah. Tak dapat nak cerita apa yang
dah jadi dekat sekolah, rumah, jusco, kalau nak tulis pun, dah lupa,
:)

Harini blog aku tak banyak gamba, malas nak upload, internet lambat.
Pada 15 Oktober 2011, 7.00 pagi, aku pegi sarapan dekat Habib sebelum
pergi sekolah, ada kelas Ibnu Sina Biology 7.30 sampai 10.30 dan Physics
dari 9.00 pagi sampai 1 tengah hari, aku masuk kelas physics pukul 11.30am,
takpe lah, even lambat pun, janji kita membawa niat untuk mencari ilmu.
Bak kata Imam Al-Syafie rahimahullah berkata " Orang yang ingin belajar ilmu
hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya"
Huahuahua, baru je buat module agama Negeri Terengganu, :)


And thanks to Nescafe yang menahan mataku dari tertutup


Baikpunya

Dan baru saja tadi saya membaca blog Si Arnab gigi jongos, tersenyum saya
membaca blog dia, i can tell from my heart, you too funny.
But Cik Arnab baru kene sakit perut tadi, Maaf, i can't do anytink
unless you tried to resist your pain, insyaallah, lama-lama hilang.
=(

I hope u'll be fine Arnab. :(

I should stop now, my arnab sakit perut, im coming arnab.

Assalamualaikum

Sunday 9 October 2011

Telling From The Heart

Assalamualaikum


Hello? Hi?

Firts of all I would to wish Congratulated for our School's English Drama.
Speaking lah pula aku ni. :)



Tahniah diucapkan kepada English Drama kita yang telah menaikkan nama Sekolah
SMK Seri Perling di peringkat Antarabangsa, even kalah pun, tapi SMK Seri Perling
dijulang Tinggi hingga ke langit biru. Namamu tetap dikenang . :)




Dan harini 9 Oktober 2011 merupakan hari minggu untuk manusia beristirehat bersama
keluarga tercinta. Tapi bagi aku tidak, kerana tidak lama lagi aku perlu tempuhi
halangan yang sangat besar dalam hidup aku. Iaitu SPM (Sijil Perkahwinan Malaysia)
Aku takut nak kahwin sebab aku belum ambil SPM, kini aku sangat gerun dengan
SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)


Peh! Sedar tak sedar, mati tak mati, hidup tak hidup, makan tak minum,
Hanya Tinggal 42 hari lagi untuk bersemuka dgn SPM ni. Now, aku perlu betul betul
concentrate kepada exam, kene flashback topic-topic Form 4, kalau tidak nanti
masa exam aku jadi tension nanti. Macam budak ini


Peh! ini memang muka betul-betul 100%fully tension ni.

Nah! aku tak nak jadi macam tu, Insyallah aku akan buat yang terbaik untuk SPM nanti.
Ayah, Mama, insyallah adik akan banggakan ayah dan mama, even keputusan Trial adik tak beberapa baik, tidak semestinya keputusan Spm juga tak beberapa baik. Adik akan jadikan result trial adik ini sandaran kepada SPM, yang lemah tu adik akan tingkatkan
yang kuat itu adik akan maintainkan. Doakan adik ayah, mama. Thank You.


Lepas SPM nanti, kehidupan aku pasti akan berubah, dan kawan sudah semestinya akan
berpecah, :(

Yelah, benda ini memang akan berlaku, itu sudah semestinya, tapi it depends kepada
kita macam mana nak make it Friend Forever. Yang penting, jangan sombong, jangan lupa kawan, dan jangan terlalu kejarkan kemewahan sehingga terlupa siapa yang menolong kita masa kita dibangku sekolah dulu. Thats is call TRUTH FRIENDS



Brothers, even korg jauh merantau pun, tapi korang semua sentiasa dihatiku.
Okay. Good Luck For SPM Guys. Aku akan doakan kau yang terbaik untuk SPM nanti, Insyaallah. Kalau-kalau semua dah berpecah, cari cari lah masa
untuk bersatu semula. Kami berpecah pun untuk sambung belajar, jangan berpecah ikot
perempuan balik Indon, Myanmar. okay brothers, :'(




thats All for today. Thank you. Will be update after SPM. Insyaallah.

Assalamualaikun