Thursday 13 May 2010

ameen dan 10RINGGIT


"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat."

Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.
"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.

Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."

"Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut.

Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.

"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

***

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.

Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.

Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.



SEPULUH PERINGATAN BUMI


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

BAGAIMANA NABI MUHAMMAD WAFAT?

daripada yg saya baca dari artikel sirah nabiwiyyah.. Rasulullah saw wafat disebabkan sakit akibat dari kesan daging kambing beracun. Walaupun malaikat Jibril a.s sempat menahan baginda daripada menelan daging tersebut, (baginda meludahkan semula daging beracun tu). Kesan racun yang kuat tuh tetap ada.. jadi makin lama baginda semakin sakit. Itu lah yang saya faham serba sikit.. kalau salah minta ditunjukkan...


Menurut Imam Ibn Hajar, tarikh wafatnya Baginda SAW pula adalah jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, tatkala baginda berumur 63 tahun. ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150). Iaitu setelah baginda geirng selama 10 hari menurut riwayat Sulayman At-Tamimi yang dikeluarkan oleh Al-Bayhaqi dengan sanad Sohih .

Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. ( Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)

Baginda telah meminta isteri-isteri baginda untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul. ( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226 )

kelebihan kelibihan haiwan yg anda patut ketahui

Kita berkongsi ilmu tentang kelebihan-kelebihan haiwan yg ada di muka bumi ini yg pernah anda lihat di kaca televisyen mahupun di hadapan mata anda sendiri.

Kelebihan-kelebihan tersebut mungkin berbentuk 'offensive' mahupun 'defensive'..

Sila kongsikan pengetahuan anda

p/s: Sayangilah makhluk Allah



KUCING
Dengkuran kucing mampu beri effect tenang kepada manusia. Mempunyai badan yang fleksibel dan tapak kaki lembut yang mampu menyerap hentakan. Walaupun kucing dijatuhkan dalam keadaan terbalik, dia mampu membalikkan badannya dan pasti mendarat dengan tapak kakinya.


CICAK


Boleh menanggalkan ekornya dengan mudah apabila digertak atau ditarik. Tetapi, kebiasaannya, cicak cepat menangkap bunyi manusia yang ingin memukulnya. Cepat-cepat ia tanggalkan ekornya. Cicak juga mempunyai badan yang lembut dan mudah penyek kalau dipicit atau dihempap. Menjadikan ia sangat comel dan bergaya. Cicak juga mampu masuk ke dalam baju orang tanpa orang itu menyedarinya. Kemudian, ia juga mampu membuatkan seseorang itu menjerit.

Pehh, hebat juga ya ciptaan Allah yang ni.




AYAM
kokokan ayam mampu membangunkan orang yang tidur (tapi mana yang tido mati tu kene baling batu berape paun baru bangun) dan bole dimakan. haha hantam sajaa~





SULUR BIDAR(xde gamba. XD
Tak pernah tengok pun, tapi ia mempunyai kelebihan struktur tubuh badannya yg lembut, flexible tetapi liat dek menahan tekanan dasar tasik yg tinggi. Makan dgn cara menggulung iaitu menghisap bendalir mangsanya secara 'paksa'. Saiz selebar 4 depa dan hidup di Tasik Kenyir.
Pantas bergerak di dalam air dan warnanya yg coklat kehitaman mampu menimbulkan rasa gerun kepada mangsa-mangsa yg lain (mahupun manusia). Kekuatannya mampu membuat air berpusar sehingga boleh menggoncangkan bot.






BURUNG
Burung2 ni bila detect sesuatu sumber makanan, dia akan ambil yang tu. Tak macam kita, kalau nak beli makanan kat pasar malam, habeh seluruh kawasan kita jelajah. Alih2, beli kat gerai depan2 jugak~
Dan burung2 ada 'R&R' yang tetap. Bila banyak kali keluar cari makanan, lagi banyak energy dihabehkan, lagipun kalau asyik berhenti cari makanan, burung kutub utara yang nak migrate ke kutub selatan, bila tahun dia nak sampai~
seekor burung hantu boleh memusingkan 270' kepalanya untuk lihat belakang macam gambar kat atas ni..







Nak kongsi juga pasal nyamuk.. Ramai orang menyangka nyamuk hisap/makan darah. Sebenarnya, nyamuk menghisap darah kita hanya kerana darah kita punya protein bagi nyamuk meneruskan hidupnya.. makanan nyamuk hanya nektar bunga..
NYAMUK

Nyamuk betina menghisap darah untuk pembentukan/perkembangan telur~

Kegatalan akibat gigitan nyamuk adalah disebabkan suktikan bahan kimia untuk menghalang blood clotting~

Tuesday 11 May 2010

F R I E N D S H I P




aku ada satu hal ni, benda ni selalu berlaku pada kaum hawa saja, akan tetapi ia boleh juga berlaku kepeda kaum adam, macamni lah kalau nak dipendekkan cerita, pernah tak korang terkasar bahasa, tersinggung perasaan ibu bapa sendiri? aku tahu , ada yang pernah, ada yang tidak. aku mengakui, diri ini pernah menyakiti. yang pasal ibu bapa itu, lain ceritalah. tengok? aku dah lari tajuk! haha. sebenarnya aku nak bincangkan topik terkasar bahasa, tersinggung perasaan hati seorang sahabat. korang pernah tak sakitkan hati dan perasaan sahabat kita sendiri. mesti semua pernah, cuma kita tak perasan saja mana datangnya silapnya. kadang-kadang kita tak perasan bahawasanya, ceh! macam ikrar pelajar pula. kita memang takkan perasan bahawa kita tersinggung perasaan sahaba kita. TERsinggung. TER, TER tu bermakna tak sengaja, walaupun kita tak perasan, tetapi sahabat kita sendiri akan terasa, dan tersinggung perasaannya, kita memang tak perasan, maybe kita anggap benda itu hanya gurauan semata-mata. mungkin sahabat kita menganggapnya benar. kita tak perasan. ada sahabat, kalau dia sakit hati, dia akan pendam dalam hati, ada juga sahabat yang kalau dia terasa, tersinggung perasaan, dia akan bersuara dan tegur kita. baguslah kalau dapat sahabat yang berterus terang, bolehlah kita mengetahui apa salah silap kita. habis? bagi sahabat yang suka pendam perasaan? susahlah kita nak tahu sama ada dia tersinggung ataupun tidak. so,tapis lah sikit tutur kata tuh! kalau nak cakap, cakap baik-baik, tak payah nak peri-perli hati orang, ada sahabat boleh menerima PERLIan kita, ada yang tidak. aku pernah perli sahabat aku sendiri, aku pun pernah menyinggung perasaan sahabat aku sendiri. nak aku sebutkan nama? tak payah lah. masing-masing fikirlah sendiri. amir ada buat LAW. amir's 1st LAW, yang berbunyi "kita tidak akan perasan kalau kita buat jahat". hahaha. so, hati sahabat janganlah dibuat main, sekali sahabat kita sedih, merana lah kau lebih. jaga perasaan sahabat kita baik-baik. kalau nak elakkan kita tersinggung perasaan sahabat kita, kita diiiiaaaaaammmmmm saja, janganlah dia tanya kita soalan, lepastu kita diiaaam saja. fahamkan maksud aku? jangan cakap lebih-lebih, cover tata tutur percakapan kita. kalau ada masalah dengan sahabat, leave your comment here, insyaallah akan ku bantu masalahmu. o.k? kawan? assalamualaikum.

Monday 10 May 2010

KENAPA AKU MASIH SINGLE



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.


Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

PETUA MENCUCI HATI

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat


**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya
ya allah! exam mid year lepas cuti?
tak dapatlah aku berseronok beronok dengan family, dan rakan2ku!

percayalah

Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya sekali dalam hidupnya
cakap pasal haji, mesti ada ka'abah.
sebenarnya tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah. tak payah lah sibuk sibuk sangat nak tahu apa isi kandungan ka'bah, kerana ianya rahsia ALLAH. wallahhuallam.
hajar aswad itu diturunkan dari syurga,warnanya lebih putih dari susu, dan dosa dosa anak cucu adamlah yang menjadikannya hitam, termasuk aku, aku pernah menghitamkan hajar aswad. banyak dosa yang aku telah lakukan kpd tuhanku yang mahaESA.

renungan

sebelum nabi muhammad wafat, nabi kita ada mengeluarkan kata2 terakhir. kata kata terakhir nabi muhammad sebelum wafat adalah.. "ummati! ummati! ummati! yg bermaksud umatku! umatku! wahai org islam, lihatlah, betapa cintanya nabi kita kepada umatnya,sehingga sanggup mengingati kita sebelum ajalnya tiba.
baginda mengharapkan kita menjadi pewarisnya, bangunlah wahai umat nabi, sempuarnakan lah rukun islam yg utama iaitu SOLAT 5 WAKTU. ubah lah dirimu dari sekarang sebelum terlambat.

wah




kalau lah aku disana, akan ku kucup, sujud dan cium kaabah itu. aku akan minta ampun dosa yang aku telah lakukan. aku akan doa semoga ibu bapaku di panjangkan umur, semoga mereka sihat, dan semoga penyakitku sembuh,dan ampunkan dosa2 ibu bapa, keluarga, saudara mara, rakan2 ku, dan saudara islam yg masih hidup atau pun meninggal dunia. ya Allah, aku doa kepadamu mudahan aku dapat menunaikan haji sebelum aku meninggal dunia. AMIN.
mulai sekarang, aku nak ubah konsep blog aku, aku nak berdakwah kecil kecilan.
okay, amir wan, no touching2 lagi eh... haha