Friday 18 November 2011

AYAH, TARIK SAYA KELUAR, KAKI SAYA TERLEKAT..




Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ? Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?” kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah,” jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta… ” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, ” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! “

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . ” Saida..Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ; ” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni..tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
” Ayah… kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah..” si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya… kenapa jadi macam ni ayah ? ” kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida… ” gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar.

Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie..Psstt,” saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.
” Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja. Bolehlah… “saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; “Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. ” Emak… lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,” Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.

Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 – 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf… “

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung… sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Maha suci Allah… moga2 kita tak jadi anak yg derhaka pd kedua mak ayah.

Thursday 17 November 2011

The Examination


Assalamualaikum

Dah lama kot aku tak update blog, kalau update pun just tell about

cerita yang takde kene mengene dengan aku.

Okay, I'm just finished my paper

1.Bahasa Melayu
2.Bahasa Inggeris
3.Tassawur Islam
4.Sejarah
5.Mathematics Modern

All just target A, except Sejarah, aku rasa was was gila about esei sejarah aku.

Well, tahu kan apa maksud esei, means kene buat dalam perenggan, BUT,

aku buat dalam point, :(

Contoh,

Mengapakah orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union.

Sepatutnya jawab macam ini,

Kerana pihak British memaksa Sultan untuk menurunkan tanda tangan, British
juga mengugut Sultan untuk melucutkan jawatan. British juga mengamalkan prinsip
Jus Soli.

Tapi aku jawab macam ni

-Kerana pihak British memaksa Sultan untuk menurunkan tanda tangan.
-British juga mengugut Sultan untuk melucutkan jawatan.
-British juga mengamalkan prinsip Jus Soli.

Hmmmm, boleh ke JAWAB SEDEMIKIAN,

Aku tak sedap hati about my answer,

ada yang kata,

"Tak boleh, kene tolak separuh markah"
"Tak boleh, sebab tak ikot format"

Macam-macam jawapan yang patahkan semangat aku.

Tapi ada orang kata,

"Boleh kot, sebab SPM kan, takkan dia nak salahkan,"

"Takpe, banyakkan tawwakal.

Alhamdulillah...

But math just now, sumpah, susah sangat sangat,

Macam bukan soalan SPM, tak pernah jumpa kot. Aku macam was-was dengan jalan

kerja aku, hmmmm, takpe, berserah Firdaus Asri, tawwakal banyak-banyak.

And just now, i drived A***a's car, Oh My God, Myvi KUNING KU, :)

Akhirnya dapat jugak bawak, stereng RINGAN, hehehe,

Thanx A***a, nasib baik time tu hujan, kalau tak jangan harap dia nak bagi, :)

Okay got to go now, pukul 8 ada tuition Addmath, Assalamualaikum

Tuesday 15 November 2011

Sending Failed


Girl: hi Syg..:*
boy: hii honey...(sending failed)

girl: Nape u tak jwb?? :(
boy: I jwb ni syg...(sending failed)
...
girl: Oo U dh abaikan i ye skang?? :s
boy: Takde lah syg, I selalu ingatkan u :(..(sending failed)

girl: Ok takpe, Jangan cakap dgn I pas ni, It' over.. !! :@
boy: Damn ! go to hell la you.. :@ (message sent)

Aku Cinta Kamu


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka



Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?



Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!



Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.



Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!



Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”



Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,



“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.





Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.



Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.



Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….



Kesimpulan dalam kisah ini, janganlah bercinta kerana bersyarat, cintalah kita kerana Pencipta kita

Monday 14 November 2011

SPM dah habis??




Esok paper english dan Tassawur Islam


SPM dah habis? belum lah, baru satu paper tamat,

Paper BM, wow, i don't believe it, I read all komsas for the last 20 min,

Thnx to Allah it come out! When I open the Questin sheet, I smile widely,

Im so happy answered it. Hahaha, tapi, siapa lah yang tanda paper aku nanti,

berserah kepada Allah lah Firdaus Asri, kertas jawapan dah dihantar, apa

boleh buat.





Hey! Siapa nak buku rujukan BM? Hahaha, tak payah susah-susah nak beli dekat

kedai Buku, bazir duit okay .

Just now, aku dapat nasib yang malang gila, balik rumah naik bus, bus pertama dah

macam tin sardine Marina beriklim sejuk, Bus kedua dah macam Antartika,

then i continue walk and then oh no, hujan makin lebat, all uniform get wet,

and, Middle Finger to JML 5678 Viva putih, peh, ingat Sunway Lagoon ke apa?

nak main air pancut, dah tahu ada air kat situ tak usahlah nak Langgar,

Then masuk rumah, No people in house, AND AND AND, no FOOD, -.-

Okay, gtg now, pergi restoran jap, cari makan

Saturday 12 November 2011

All The Best To My Bro

Assalamualaikum

Harini, sabtu, hmmm

semalam aku baru buat dosa dekat orang yang aku sayang, rasa bersalah seh,

Ya Allah, aku tak sangka benda ni boleh terjadi, maafkan aku lah.

Just meet him dekat rumah dia, berkorban, yelah, dah buat salah, aku memang minta

maaf face to face. Hmmmmmm, sedih gila. Well, aku takde niat lain melainkan

menolong.

Okay, i meet him his face like, "Alah, malu ke?"

Yelah, aku dah buat salah, aku minta maaf lah. okay.

Aku harap aku kau tak simpan dalam hati . .

Aku serious ni.


Okay, SPM lusa, paper BM, wish me luck okay. Doakan aku. ;)

Fareed, Amir, Ridhwan, Alwi, Afiq, i prays for you. Okay.

All the BEST BRO!





Friday 11 November 2011

Persahabatan Sebenar


Assalamualaikum

Today was a prestigious day. I mean yesterday at school. Cikgu ada adakan

Majlis Mohon Restu, at first, it just simplyfying bagi ceramah, ucapan,

kata-kata hikmah, dan diselitkan 2 video yang mempunyai maksud yang mendalam

then, after finished bubbling, teacher call class by class to mohon restu with techer

yang ada kat depan.

Then its a 5 Science 2 turn, i was like,

"Ayo, cikgu peremmpuan nak salam ke?"

"Ahh, lenjan je, aku salam yang aku kenal"

first yang aku salam Cikgu M****m, haha, she like our nenek teacher her grandchild

Addmath, then she said

"Firdaus, saya target awak dapat A, awak boleh!"

"Okay, cikgu, saya akan buat yang terbaik, doakan saya okay cikgu, minta maaf"

"Okay"

Then sampai je dekat our Mom, i laughed, she wearing a gloves, haha.

Its so cute teacher . . Then she said

"Saya target awak boleh dapat 7A"

"Insyallah cikgu"

"Kimia tu improve sikit, boleh dapat A"

"Terima kasih cikgu, doakan saya okay"

Dan berikutnyya cikgu tu cikgu ni dan habis,

Mohon restu with techer actually its not really touching at all even

they insert touching background music, hahahaha.


After mohon restu we went taman sebalah blok baru and majlis mohon maaf bersama

kawan-kawan di mulai. I can saw from here a groups of girl cried, their eyes

redness. Then i said, "What they doing there?"

Then i told all brothers to went there, oh, tengah minta maaf.

Aku rasa sedih pulak mereka "face-to-face" dan bercakap terus terang, dan saling

maaf memaafi, mungkin orang lain cakap,

"Alah, poyo seh nak minta maaf dengan kawan ni, nanti buat lagi"

Mungkin mereka belum rasa apa sebenarnya kawan,

Lagi rapat kita dengan seseorang tu, lagi banyak dosa, konflik, masalah akan timbul

antara dua pihak ini.

Then, aku jumpa kawan kelas aku yang sering aku tak beberapa senang dengan mereka.

1st, P**n called me, then aku duduk lah sebelah dia, then dia start cakap minta

maaf semua, dan dia ada cakap, dia pernah buat seseorang tu benci kat aku.

i was like "hah? aku buat apa je"

then P**n pun cerita lah segala gala nya, dan segala-galanya terungkai juga

disitu, then, its my turn, aku keluarkan SEMUA sekali apa yang aku tak puas

hati dengan dia, then mata aku dah start berair, (beriye) but i can tell it, bila

kita minta maaf ada satu perasaan timbul. Rasa menyesal dan sayang dan sedih,

Fitrah manusia, saling mengumpat - mengumpati, function? Untuk memeriahkan

lagi perbualan.

Dan begitu lah berikutnya. Dan, bila aku dah lepaskan semua, hati aku rasa bebas,

tenang. This is real, rasa macam, "peh, happy seh"

Then masuk dewan aku tengok kawan-kawan aku, ketawa, usik-usik, bebual,

then i just smiled at them, i said, "Alhamdulillah"

Persahabatan yang renggang kini menjadi kuat.




"

Thursday 10 November 2011

Sarapan

Assalamualaikum

Hye, aku memang dah 4 hari tak update blog, sorry to say, tengah gaduh dengan akak

aku, malas nak mintak dia pinjam laptop, jadi ambil senyap senyap je lah.

Pagi jelah aku boleh ambil, hehehe.

Just now baru sarapan Biskut dan juga MILO FUSE



Ohhmmm, nikmat nya, and just now, finished design f****d's blog,

okay, aku nak puji sikit si F****d, well, dia baru start blogger baru baru ni,

Tapi 1st entry dia dah BEST, because he update blog with completely nice picture.

That awesome Bro, :)

Teruskan update okay. :)


Okay, harini post aku pendek je, sebab aku lupa nak cerita apa,

But Im just so happy lepak with jiran kelas, they too nice with me.

Kelmarin dari pagi sampai balik kot aku lepak dengan dorang,

They make me laugh,

They make me smile,

They raised me up,

They talk about keropok lekor

They talk about Kuala Lumpur

They shared their's problem


They just too nice for me compared to others, thats call BEST FRIENDS.

Okay, shall stop here? nak pergi sekolah lah.

:)

Harini ada majlis nangis beramai ramai,

Tisu semua dah packing, :)

BERIYE pulak kan,

Okay, assalamualaikum

Friday 4 November 2011

SUCCESS



haish, bingit betul dengan orang orang yang

tanya aku soalan macam ni,

"Dah ready SPM?"

"Agak-agak boleh dapat berapa A?"

"Boleh ke dapat straight A?"

Amboi? pandang rendah nampak? Hahaha, yah, its TRUE. Boleh ke

aku dapat A? Straight A? Setakat 5A je, bangga ke mak ayah aku?

its not enough untuk balas jasa dorang dari dalam perut mereka jaga, hingga

ke harini ini. Keputusan SPM lah yang boleh buat mereka bangga.

Ibu bapa siapa yang tak bangga melihat, nama anaknya, dipanggil naik ke

atas pentas, kerana mendapat keputusan SPM, cikgu mesti sebut nama penuh kan?

Kita boleh lihat senyuman dan bersama linangan air mata kegembiraan ibu bapa

kita, melihat anaknya berjaya, dalam hati mereka, mereka akan cakap

"Tak sia-sia aku jaga dia dari kecik"

Gembiranya ibu bapa kita melihat anaknya cemerlang. Menangis ibu bapa kita melihat

anaknya cemerlang, berjaya. Tentu semua orang mahukan begitu kan?

Hmmmm, mama, ayah, adik akan bangga kan mama dan ayah, insyaallah ma, ayah, :)

Wednesday 2 November 2011

Kisah Si kAtak


Assalamualaikum

Hye. Dapat jugak pegang laptop.

Penat kot aku harini kelas dari ke pagi sampai ke Magrib.

Yelah. for sure untuk SPM kan,

dan, aku nak cakap kan ni, salah ke kita belajar selalu dekat sekolah? Salah ke?

Memang betul aku ni belajar lebih-lebih tapi result aku tak sehebat orang lain,

mungkin itu bukan rezeki aku. Dan, sepatutnya korang bukannya merendah rendah kan lagi.

Cara korang cakap tu, aku macam useless belajar. Tapi ada peningkatan sedikit.

Salah ke? Aku belajar? Kalau lah aku dapat cemerlang SPM, aku nak sangat

tunjukkan slip keputusan aku, dan aku nak kata,

"Inilah hasil yang aku dapat atas usaha aku yang belajar beriye riye yang korang

cakapkan, inilah hasilnya"

Kalau lah itu berlaku, Alhamdulillah, aku dapat buktikan kan?

Terselah lah kepada kau nak cakap aku apa ke apa ke, aku terima seadanya,

tapi fikirlah sikit, kau melemahkan semangat aku. Tapi aku akan kuatkan semangat aku

untuk endahkan apa yang orang nak katakan.

F***n pernah cerita dekat aku, cerita itu tentang Si Katak.

Bermulanya cerita, ada sekumpulan katak ini ingin memanjat tangga yang sangat tinggi,

hampir semua katak tak mampu untuk melompat untuk mendaki tangga yang sangat

tinggi itu, ada yang patah balik, ada yang berhenti, ada yang mengalah,

tiba-tiba, ada seekor katak ini, melompat tangga yang pertama, dan berikutnya,

katak-katak yang lain mula mengatakan,

"Kau takkan dapat lompat sampai ke puncak!"

"Tak payah lah kau nak lompat lagi"

"Turun je, patah balik je,"

"Tak guna kau lompat-lompat, tak de gunanya"

Tetapi katak yang melompat tadi hanya sambung lompatannya,

dan akhirnya dia seekor sahaja yang sampai ke puncak. Katak itu memerhatikan

kawan-kawan dia yang di bawah, lalu dia senyum gembira.

Sebenarnya katak yang melompat tadi adalah seekor katak yang pekak.

Apa yang kita boleh dapat dari cerita yang aku tulis ini ialah,

"Kalau orang patahkan semangat kita, cakap kita takkan berjaya, kita tak boleh,

kita tu, kita ni, kita tak mampu, apa semua lah, apa yang kita perlu buat ialah,

endahkan percakapan orang lain, seperti katak tadi, dia pekak, dia tak dengar

pun apa yang dorang cakapkan. Dia tetap meneruskan lompatannya sehingga ke puncak,

dan kita meneruskan usaha kita sehingga kita berjaya. :)