Tuesday 28 June 2011


No easily as A, B, C,

maybe i can erase it, maybe not....

Anything will happen, i won't hurt you anymore..

you will be live freedomly, no one will hurt you.

No One......

Sunday 26 June 2011

Saturday 25 June 2011

Please tell me, what its wrong with, aku memang tak boleh melakukannya,

Maafkan aku, aku tak sanggup melakukannya, okay,
don't do such a thing like

Terjun Kolam,

I Really Worried.

Please Take Care Of yourself there.

Im sorry, i can't do it,

The person i make her cry, definietly i can't make her happy.

Because, i don't know how to LOVE

assalamualaikum
maafkan aku, aku tak mampu untuk melakukannya.

please erase your memory.

Im really sorry.

Monday 20 June 2011

Bismillah hirahman ni rahim,
Assalamualaikum...

Walaupun aku melihat mu, aku terpaksa berpura pura tidak mengenali mu,
atas demi untuk kebaikanmu.



Assalamualaikum
June 19, Ahad, 11.49pm

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....

Selepas aku tido, aku bangun di pagi indah yang tak ceria, sebab dah pukul 9.am, sebab aku berjanji dengan mereka aku datang pada jam 8 pagi untuk cat kelas. Haritu ialah hari Sabtu,

Dan sebaik sahaja tiba, kami semua menjalankan tugas masing,
selepas itu aku bercadang untuk ke kelas dia untuk menconteng lagi, kali in aku conteng bukan hanya sekadar conteng, tapi aku mencerita kan hal yang sebenar benarnya, biarlah dia memandang buruk kepada aku, Terima Kasih kerana membenci aku,

Selepas itu, kami pergi ke Chungky,
minum GREEN APPLE COOLER


SEDAAP!
dan selepas itu, pergi rumah B, dan selepas beberapa jam kemudian, F dengan A datang dengan bersama borang ridsectsnya, AYO! Kena buat lagi ke?
Dah lah banyak, dan kamu pun menyiapkan kerja sambil menontot Ayat Ayat Cinta.

Dan selepas itu, mereka pulang, lalu aku pun pulang pada jam 11 mlm,

Dan keesokannya kami beramai ramai tengok wayang, dekat Perling Mall je, cerita
KL Gangster, Terbaik! Dan kau pun ada bersama, dah lama tak jumpa kau, Sumpah, aku rindu kau, dan kami semua minum petang di Secret Recipe, dan berbual, Bla Bla Bla, dan aku pulang ke rumah, dan buat kerja sekolah, dan sekarang, aku naru habis taip Blog ini, Hahaha,

Okay, sampai sini sahaja,

P/S : Amir Paan!
Dengar ni,

Kekasih Yang Dulu Hilang
Kini Dia Telah Kembali Pulang
Akanku Bawa Dia Terbang
Dan Main Bersama Bintang

Pandai kau kenekan aku eh!

Assalamualaikum..
June 19, Ahad, 11.31pm

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....




Pada hari jumaat yang lepas, sebaik sahaja aku habis kelas tuition Biology di Global,
aku makan bersama, Cikgu E, F, A, dan juga P, selepas itu, F menghantar Cikgu E, pulang
kelihatan cikgu E tidak sihat, semoga cepat sembuh, amin, sebaik sahaja menghantar cikgu E,
Sebelum itu kami minum2 ni restoran MANA LAGI?






Kami berempat pergi ke perling mall, dan membeli 2 DVD, iaitu Kongsi dan juga Night Voice,





selepas itu, kami berempat semua balik rumah F, dan menonton Kongsi yang dibeli tadi,
dan pada jam 10.00mlm, F menghantar P balik, yelah, dah malam, dan tinggal kami bertiga
di rumah F, selepas itu, kami menonton Voice Night pulak, agak kelakar ceritanya,
Kami bertiga ketawa berdekah menonton Movie tersebut, dan jam menunjukkan 11mlm,
dan akhirnya ayah aku tiba untuk menjemput ku pulang.

Dan aku berjanji dengan mereka akan datang ke sini pada pukul 1 pagi nanti untuk menyiapkan Borang Ridsects, dan aku pun pulang ke rumah, sebaik sahaja pulang, aku terbaring seketika di atas katil lalu secara tidak sengaja aku terlelap di atas katil,

Tiba2 kepalaku terasa bergegar beberapa kali, dan aku tersedar, 22 Missedcall from A,



Sebaik sahaja aku melihat, aku ketawa berdekah, kerana mereka menunggu aku terlalu lama,
Pada ketika itu, jam menunjukkan waktu 3.10 pagi, dan aku siap2 kan diri aku untuk pergi ke rumah F untuk menyiapkan borang itu, dan aku meminjam kereta ayah aku untuk ke sana, sebelum datang ke sana, aku membeli 3 maggi hot cup dan satu makanan ringan untuk di makan disana, semasa sedang on the way, aku memecut laju, yelah, pagi2 buta tak byk kete,
dan sebaik sahaja tiba, mereka memarahi aku, dan aku bagi maggi hot cup, , mereka terus
diam, dan makan dengan sekhusyuk khusyuknya, Hahahaha, dan selepas itu kami pun menyiapkan borang Ridsects bersama, sedar tak sedar, pada ketika otu, jam menunjukkan 5.20 pagi, hujan turun dengan selebat lebatnya, dan aku mengambil keputusan untuk pulang, kerana hujan, semasa otw, ak memecut sehingga mencapai speed 120km/h, WOW! 1st time bawak kete pada pagi subuh dan dalam keadaan hujan, Dan aku pulang dan akhirnya aku tido. Penat,

Itu sahaja cerita dari aku,

Assalamualaikum....

Saturday 18 June 2011

June 16 Khamis 2011, 10.35pm


Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Alhamdulilla, hari ini aku bangun di awal pagi,
suasana pada pagi subuh itu sangat sejuk dan pilu
sehinggakan aku membungkuskan diri aku dengan selimut tebal ku,
Lama kelamaan aku berasa panas, dan membukanya semula.
Lalu menunaikan seruan Ilahi.

Pada pagi itu, aku menyiapkan sarapanku sendiri,
Dan seperti biasa aku bertolak ke sekolah pada jam 7.10am dan sampai disana jam 7.20am tepat.


Sebaik sahaja tiba didepan sekolah, terdapat seorang wanita menaiki motor memanggil aku,
dan berkata
"Makanan ni bagi dekat cikgu A ok?"
"Oh, okay, okay"
"Terima kasih"
"Sama-sama"

Dan aku terus menuju ke pejabat untuk memberi makanan itu, sebaik sahaja sampai di meja
Cikgu A, aku berkata, "Delivery sampai"
Cikgu tersenyum lebar dan berterima kasih,

Dan, aku pun memasuki makmal dan belajar seperti biasa,
Semasa waktu PJK, aku berasa sangat tersangat seronok, kami bermain bola dalam
keadaan padang yang berlumpur dan basah, kami semua tidak endahkan tentang
kebasahan dan kekotoran yang bakal kami terima, kami hanya meng enjoykan diri bermain
bola, dan kami PJ selama 2 masa, kerana kami semua bercadang ramai ramai untuk ponteng
kelas sejarah,

Sebaik sahaja tamat permainan pada jam 9.45am kami membersihkan diri, ada juga yang mandi
di paip air.... Dan kami melepak bersama sama di tepi blok tak kira melayu cina india sn2
dan juga sn1,

Dan seperti biasa, kami belajar belajar belajar, tido, belajar, sebaik sahaja tamat waktu sekolah,
aku pulang bersama R, dan R berkata dia nak pergi ke kantin buat seketika, dan aku
terserempak dengan kau, maafkan aku, aku tidak sanggup nak berdepan dengan kau, maafkan
aku, dan aku menunggu R di tempat letak motosikal, dan kami bercerita panjang di sana,
dan sebaik sahaja R balik, W, datang dekat aku, dan menceritakan segala masalahnya,
aku sedih mendengar masalah yang di laluinya, jikalau aku di tempat dia, aku memang butu, dan sangat perlukan KAWAN pada ketika itu. . . . Usah risau, semua masalah ada jalan keluarnya,
Okay? fikirkan baik baik. Aku akan sentiasa sokong kau... Masalah akan selesai,
insyallah W,

Dan pada pukul 3.30 ptg, aku pergi ke jusco Bukit indah untuk survey hadiah cousin,
dan aku membelanjakan sebanyak RM, XX.XX untuk merasai kenikmatan Kek indulgence,
segelas air, dan juga sebungkus buah jambu air,

Dan aku pulang ke rumah pada jam 6 ptg, aku menaiki 2 bus,
pertama, ambil bus dari jusco dan turun ke Kobena, Kedua, dari kobena ambil bus,
dan turun ke Kipmart, saja saja je nak jalan jalan,

Dan sampai ke rumah jam 7.15pm dan membersihkan diri untuk menghadiri kelas Physics
di Global Info... Kelas bermula pada jam 7.45, tapi aku tiba pada jam 8.15pm, lambat
sebab Nora Elena punya pasal, yelah, episode akhir, siapa taknak ketinggalan untu
menontonnya kan?

Cikgu S.C hanya memperli dengan mengatakan, "Suka hati je kau"
Dan semasa sesi menghafal, B beritahu aku bahawa dia megajak aku
untuk ke Muar, atas sebab Teater, aku pula mengatakan, ada masalah tentang teater,
B hanya menyalahkan W, atas sebab tertentu, mereka tidak tahu masalah sebernya W
lalui. Tiada siapa yang tahu kan? harap bersabar W, aku sentiasa menyokong kau okey?

Baiklah, sampai disini sahaja,

Kita tidak perlu mendengar permintaan seseorang itu atas sebab paksaan,
Hanya memikirkan apa yang terbaik untuk diri kita

Assalamualaikum....

June 16, Khamis, 11.00PM

Tuesday 14 June 2011

Bismillah hirahma Nirahim..

Assalamualaikum...




Ops! Maaf... marker Pen white Board kan? Harap ink tu boleh
di padam....




Hobi aku memang suka conteng meja, :)

Monday 13 June 2011

June 13 2011, Isnin, 7.16pm

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Harini aku lewat ke sekolah,, tapi alhamdulillah, nama aku tidak diambil. Syukur kepada Allah SWT.

Tadi tiada perhimpunan di sekolah, Pengetua hanya mengeluarkan kata kata kosongnya sahaja. dan aku....
bosan mendengarnya.



Sebaik sahaja memasuki kelas, meja dan kerusi aku tiada,
"subhanallah, siapa lah yang amik, tadi baru aku letak"

Dan aku pegi ke 4sn3 untuk mengambil meja dan kerusi.

Dan, cikgu E masuk ke kelas, bersama kertas peperiksaannya, begitu lah juga Cikgu R, Cikgu M dan juga Cikgu C,

Harini aku dapat Paper Bahasa Malaysia , Agama Islam , Matematik Tambahan, dan juga Physics

Alhamdulillah, tiada gagal, aku bersyukur atas apa yang aku sudah dapat, aku tak kisah kena marah ataupun tidak
kerana ia adalah usaha aku, mungkin cara pembelajaran aku salah, aku perlu mengubahnya,







Baiklah, aku perlu berhenti sekarang, kerana sebentar lagi aku perlu menghadiri kelas Addmath pukul 8.

Sekarang dah pukul 7.22pm, okay

Aku berhenti di sini sahaja,
,
Jika kita ketawa berlebihan bersama rakan rakan ataupun bersama sama dengan keluarga
Maka pada hari itu juga kita akan berasa sedih seketika,
June 13 2011, Isnin, 1.05am

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Pejam pelik pejam pelik, dan berakhirlah musim cuti pertengahan sekolah.
Aku merasakan sekejap saja masa ini berlalu, dan tidak lama lagi, umat islam
bakal merasai bulan ramadhan pada awal bulan 8 ini.

Dan aku tidak sabar menunggu ketibaan hari mulia islam itu iaitu Ramadhan.




Esok aku mula start semester kedua untuk sekolah aku. Dah nak tiba bulan 7,
memang masa berlalu tampa kita sedari. Dan esok aku bakal mendapat
keputusan peperiksaan pertengahan 2011 aku, aku dapat merasakan
Result aku akan jatuh menjunam terutamanya, Biolgy, Bahasa Malaysia dan juga Matematik
Tambahan.


Kenapa aku berasa takut untuk mendapat keputusan Peperiksaan Pertengahan 2011 ni?

. . . Mungkin aku belum bersedia lagi untuk SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi,

Aku,,, memang belum bersedia terutama untuk subjek Sejarah dan juga Biolgy, aku
sangat lemah dengan kedua dua subjek ini, bagaikan beban. Aku merasakan tidak ada minat
terhadap kedua dua subjek ini kenapa begitu yer? Mungkin,,, aku patut ubah sikap aku
mulai sekarang? Tidak kah terlambat untuk mengubahnya? . . .
Aku rasa, , , aku masih ada masa lagi untuk mengubah diri aku ini dan yang paling
penting mengubah cara pembelajaran aku ini.




Kini, aku memang bertekad untuk betul betul tumpukan perhatian kepada pelajaran.
Kini, tidak ada Boling lagi selepas ini, Amir, maafkan aku, mungkin lepas SPM kita boleh main bersama
sepuas puasnya, wan, aku tunggu Pin patah kau, dan wayang? aku cuma nantikan Movie Harry Potter And The Deathly Hallow
Part 2, selepas itu, tidak ada lagi lah untuk tengok wayang lagi.







Dan aku bertekad untuk mengumpulkan wang simpanan, aku memang dari kecik
sangat susah untuk meyimpan wang. Lagi lagi jikalau aku memegang wang
sejumlah yang besar. Kata orang pergi menjoli dengan duit duit itu. Aku lebih banyakkan
habiskan wang untuk bermain Boling, lepas ini aku dah stop, mungkin aku boleh re cover
semula wang aku, Insyaallah.

Dan, aku masih ada masalah yang berlenggu dalam diriku ini,

Kau minta aku untuk mengajar kau?

Amatlah susah untuk tunaikan permintaan kau,

Bersemuka dengan kau aku tak sanggup apatah lagi mengajar kau seperti mana
yang kau minta, aku bukan tidak suka bersemuka dengan kau atau rasa kurang
selesa pabila bersama dengan kau, aku cuma merasakan ada sesuatu perasaan malu
yang timbul bila bersama kau, minta maaf sebab tidak dapat membantu kau,
Maafkan aku N, mungkin kau boleh minta bantuan orang lain,
N, maafkan aku, aku memang tak mampu untuk menghadapinya.
Maaf

Dan aku juga ingin meminta maaf kepada kau, aku tahu kau akan menganggap aku
bahawa aku bersikap Sombong terhadap kau, tidak, aku tidak pernah bersikap
sombong, sedikit pun tidak. Maafkan aku atas sebab sepanjang cuti ini aku tidak
bertanyakan khabar tentang kau. Jika kau mahu membenci aku,
dipersilakan, kerana ianya bukan salah kau, tetapi salah aku, aku sanggup
menerima apa sahaja.
A, maafkan aku.


Baiklah sampai sini sajalah blog aku,

Teman yang mahu kita cari adalah teman yang sempurna bagi kita...
Tetapi apabila kita sudah mengenalinya, kita perlu berhati hati,
kerana teman itu akan menganggap hatinya adalah sebahagian daripada
hati kita. Amat susah bagi kita jika mengalaminya.

Assalamualaikum....
June 10 2011... Jumaat... 3.04pm

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Aku tersedar di awal pagi subuh nyaman lagi indah. Lalu menunaikan seruan Ilahi.
Sebaik sahaja selesai, aku menyediakan segelas susu dan sedikit bijiran sarapan
untuk diri aku sendiri. Pada pagi itu, semua penghuni rumah belum sedarkan diri,
mereka masih dibuai dalam mimpi.


Selepas saja bersarapan, aku bertekad untuk tidak tidur sehingga jam 8.30 pagi..
Kerana pada jam 9 pagi, aku perlu menghadiri kelas ibnu sina, iaitu Tuition
Biology. Jadi aku menahan rasa mengantuk aku dengan mendengar Lagu.

Takkala sedang aku mendengar, aku terlelap, dan aku tidak sedar bahawa aku terlelap.
Apabila aku tersedar, landas aku melihat jam dinding yang tergantung di kepala
katil ku, yang menunjukkan "9.30 pagi"



Subhanallah.... Aku terlewat. Lantas aku bingkas bangun dan membersihkan diri.
Tanpa memikirkan apa apa, aku mengejut ibuku untuk meminjam kereta untuk sekolah
kerana sudah terlewat.. Lalu aku cepat2 memandu kereta dan akhirnya sampai ke sekolah.

Dari jauh aku melihat, semua pelajar sudah bermula belajar, dengan perasaan hampa
dan malu, aku memasuki kelas dalam keadaan menunduk dan menghebus suara,
"Maaf cikgu lambat,
Cikgu Zaida: Takpe, awak lambat 10 min. je
"Tapi dah pukul 9.50 ni? kelas start pukul 9 kan
Cikgu Zaida: Saya ni pun baru sampai awal 10 min dari awak, dah duduk.


Lalu aku mengambil meje dan duduk di sudut kelas sebelah kiri mengahadap meja guru.
Aku mengira, cuma ada 7 orang termasuk aku yang menghadiri kelas Biology
Dan yang sedihnya rasa, aku seorang sahaja lelaki di dalam kelas itu.

Tidak mengapa, belajar punya pasal. :)

A? Ingat tak masa hari Selasa kau tanya aku, "Ada kelas biology"?
Lalu aku mengatakan "Takde"
Dan kau memberi alasan yang cukup membanggakan aku iaitu,
"HAH? Takde? aku tengah bersemangat nak pergi kelas biolgy"

A, aku sangat bangga kau berkata begitu, Alhamdulillah...

Tapi, semalam aku mengingatkan kau untuk datang ke harini,
Kau? Tidak semangat pulak,? Takpe lah, Kau belum bangun kot...


Dan B? Kau juga bertanyakan aku semasa selasa lepas,
"fir, ada kelas harini"
Takde

"Kenapa tak cakap?"

Aku dah cakap,

"Takde pun"

Lalu aku terus mendiamkan diri, tetapi semalam aku mengingatkan kau
bahawa, harini ada kelas, tetapi kau hanya mendiamkan diri sahaja.

Aku tahu pada mulanya kau tak dapat pergi kerana takde transport,

At least, Give some response its already enough. Right?




Dan kini aku berada di rumah, sedang berangan rangan dan tidak tahu untuk berbuat
apa apa, aku mohon esok adalah hari sekolah. Alangkah bagusnya esok hari sekolah, dapat
berjumpa kawan kawan aku yang sudah 2 minggu tidak berjumpa, sangat lama,
dan sangat rindukan mereka. Tidak mengapa, tinggal beberapa hari sahaja,

Semoga mereka dalam keadaan sihat sejahtera, Alhamdulillah, Insyaallah.

Okay sampai sini sahaja,




Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada bersama di sisi kita
tidak kira apa jua keadaan.



Kawan yang tidak baik adalah kawan yang sentiasa bersama di sisi kita apabila
mereka mempunyai masalah yang related kepada kita dan kadang kala
sahaja bersama kita apabila mereka senang.

Assalamualaikum.....
June 7 2011... 1.08p.m.. Selasa

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Harini hari yang membuat aku rasa gembira.. aku baru pulang dari tusyen mathematics.
Dan yang membuat aku gembira, aku dapat berjumpa dengan kawan kawan aku yang sudah
lama aku tak jumpa mereka. yelah, cuti 2 minggu. kadang kala, cuti sekolah ni seronok.
Kadang kala cuti sekolah ini bertukar menjadi bosan. Sebab, kita tidak ada banyak sangat
aktiviti yang nak dibuat pada musim cuti sekolah ini..




Jadi untuk mengisi lapang ini, aku mengisikan dengan mengulang kaji topik topik yang aku
telah pelajari semasa tingkatan 4. Aku nak tumpukan kepada subjek Biology dan juga
Sejarah. Dua subjek ini lah yang aku sering tidak dapat score markah...
Yang lain, alhamdulillah. 10A dalam genggaman.. insyaallah ma,

Esok aku akan bertolak ke Tune Hotel untuk pergi ke Singapura, kami akan mengambil
Bus dari sana. Kami bersaudara akan pergi ke Universal Studio. Aku tidak pernah menjejaki
ke negara jiran ini. Jadi, rasa "excited" lah ni.... Insyaallah perjalan akan berjalan lancar.







Dan dengan kesempatan ini, aku nak selitkan satu perkara..
Aku hanya mengaggap kau adalah kawan aku,
Aku tidak anggap lebih dari itu.
Dan aku bukan bersikap sombong terhadap kau.
Cuma ada masalah yang aku hadapi sekarang.
Aku harap kau paham situasi aku sekarang ini.
Bukan aku sengaja tak nak tanya khabar kau,
Sebab tidak boleh. Jadi ia tak boleh lah
Tak boleh nak buat apa apa.
Jadi maafkan aku okay?
Aku harap kau disana dalam keadaan sihat sejahtera




Okay, aku berhenti disini sahaja.

Assalamualaikum.
June 7, 2011.. 7.38a.m... Selasa

Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....



aku bangun awal di pagi hari yang indah. menunaikan seruan kewajiban Ilahi..
Dan berderingnya handphone ku beberapa kali, menyatakan,
"Hari ini ada kelas?"

Begitu juga yang lain, bertanyakan aku soalan yang sama....

dan aku hanya membalas... "Takde"....."Takde".... "Takde".....
dan begitu disebaliknya...

Aku dilahirkan sebagai insan yang orang kadangkala perlukan aku,
dan kadangkala tidak...

Apabila mereka susah, kenapa mereka mencari aku? Tapi disebaliknya
mereka mempunyai insan yang berguna daripada aku, kenapa mereka tak mencari
insan yang mereka mengagung agung kan itu?

Itu lah manusia,,, dan itulah naluri manusia...

Bila mereka senang, mereka pasti melupakan kita, tertawa bersama insan istimewa mereka.

Apabila susah? baru terpinga pinga mencari kita...

Begitu lah aku yang sedang melaluinya.

Kadang kadang sakit hati juga, takkan nak marah darah daging kita sendiri kan?..

Walaupun hati ini masih menahan kesakitannya, tapi dia hanya berpura - pura
tidak mengetahu apa apa,


Tahniah aku ucapkan kepada kau atas memiliki ahli keluarga baru..
Aku baru sedar sekarang bahawa aku tidak diperlukan lagi. kan?
Apa yang aku cakap, apa yang aku buat, aku pasti, aku yakin..


Kenapa? nak kata aku berubah? yah, memang aku dah berubah, disebabkan kau aku berubah
dan, kau tidak boleh salahkan aku...
Takkan aku selalu jadi hamba abdi kau? Kau tak sedar bahawa sudah ramai kau dah
jadikan mereka hamba abdi... Suatu hari nanti mereka akan sedar, sama seperti aku,
dahulu, aku dilayan istimewa oleh kau, tapi lama kelamaan....
aku telah sedar, aku buat semua ini tidak mendatangkan apa apa faedah...
aku tak salahkan diri kau, tapi aku cuma salah kan Kelakuan kau,
baiklah.....

Sampai disini sahaja lah, aku harap kau peka apa yang kau lakukan sekarang

Lagi sekali aku ucapkan tahniah lah.. Tahniah.. Congratulation...

Assalamualaikum......

Sunday 5 June 2011





Okay, kau boleh pergi sekarang,
tahniah tahniah.... dan jumpa ahli keluarga baru kan?

alhamdulillah, jadi aku tak perlu kan lagi?

baiklah, dengan mulianya aku ni, aku halalkan apa yang kau dah mintak tolong dekat aku dan aku harap kau halalkan juga apa yang kau dah tolong aku. Khas untuk korg berdua, memang kacang lupakan kulit,


Baguslah, takpayah ada hubungan lagi dengan aku, okay?

lagi pun sekarang aku tengok, kau dah tak perlukan aku lagi kan?

okay, aku akan pergi,,


Dan jangan, jangan, minta tolong aku lagi, minta lah dekat ahli baru kau yang kau kagum kagumkan selama ini. okay?

Assalamualaikum
Bismillah hirahmah nirahim...
Assalamualaikum....


Assalamualaikum semua, harap anda baik-baik belaka...
Sudah lama aku tak update blog aku, yelah, rumah takde internet,..
Jarang-jarang je boleh on9....


Hp pulak buat problem,,, susah nak contact dengan member.
Dah lah cuti, TIDAK!! Bosan..


Tapi,

Aku mengisi kebosanan aku itu dengan mengulang kaji pelajaran, Sunil cakap dekat aku, masa cuti panjang, banyak kan buat ulang kaji, then, aku dengar nasihat dia,, sekarang
pun dalam proses mengulang kaji... Thanx Bro for ur Advice, Love You. haha.


Sebenarmya Aim of the Blogger today ialah

Aku nak memperkenalkan Latar Belakang Keluarga aku,,,,


Semua orang kata, erk? tak semua lah, segelintir je, dorg cakap, family aku macam
tak menyerlah.. yeke? ada yg ckp mak dan ayah aku garang. garang?
hahaha. erk,, memang garang lah, tapi disebalik sifat garang itu, adalah sifat
kasih sayangnya, hanya orang yang terdekat sahaja yang tahu sifat sebenarnya keluarga aku


Guys? Keluarga aku tak menyerlah yer?
Baiklah,biarkan aku serlahkanya sekarang, hahaha

Okay, pertama...





Ini Bonda saya. nama dia..
Aini Bte Abdul Majid.. dilahirkan di johor. dan dibesarkan di johor bersama ibu bapanya
yang kini telah meninggal dunia. al- fatihah.
mak saya dilahirkan pada 16Februari.

Makan apa ma? Pau kacang yer? sedapkan?
Saya panggil mak saya "Ma". Senang. Simple. Singkat.
cakap pasal sedap, semua masakan mak saya semuanya sedap sengoti!
Siapa yang tak suka masakan mak sendiri kan?.. haish, kalau takde macam mak
macam mama ni, tah apa lah adik makan nanti,
Mak saya Seorang yang pandai masak
Mak saya juga orangnya cepat pemarah, tapi hatinya sangat lembut mcm
marchmallow...haha.
dia kini sedang membuka perniagaan sendiri
Semoga perniagaannya berjalan dengan lancar, insyaallah,amin.



Okay, sampai situ jer saya bleh cerita. kalau nak tahu lagi, kahwin lah dengan saya,
hahahaha,

Yang Kedua



Ini ayahanda saya.
makan apa tu yah? Mee Rebus? sedap? haha, tadi mama makan pau,
ayah pulak makan mee rebus, haha
saya panggil ayah saya "Yah". Senang, simple, Singkat, Shortform, Hahahahah
Nama dia Mohd Asri Bin Yussof
Ayah saya dilahirkan pada 29 September. dia dilahirkan di Kelantan.
Jauhkan? jadi, saya keturunan kelantan lah? hahaha

Beliau seorang yang periang dan pelawak,
Tapi
TAPI!!
Bila dia tegas, wow, tak dapat dibayangkan, Tapi dia juga memiliki sifat yang
lembut seperti Marchmallow, haha
Ayah saya bekerja sebagai... saya tak tahu apa nama pekerjaan nya, tetapi dia
bekerja di Taman Desa Harmoni depan area Carefour. Hehehe.



Okay, kita stop sampai situ, tak boleh cerita byk2.

Yang ketiga.




Ini ialah kakakda saya, haha,
nama dia Nur Farah Dilla Bte Mohd Asri.
dia dilahirkan pada 18 December.

Dia seorang yang cepat marah kalau orang carik gadoh dgn dia
jadi, saya lah orang yang selalu gaduh dengan dia, biasala, lumrah kan.

tapi dalam gaduh gaduh tu, tak pernah ada perasaan benci kepada akak sendiri.
kami gaduh pun sebab tak puas hati sesama sendiri, lama2 baik balik, lepastu gaduh balik.

Benda yang dia tak suka aku buat ialah
1. macam biasa lah, baca msg dia, bila aku touch je screen hp dia, zuuussss,
pantas dia rampas balik hp dia, hik hik

2. kalau korg makan dengan dia, bila ada lauk ayam masak kicap ke, masak sambal ke,
dalam tu kan mesti ada ayam bahagian peha, kepak, dada, kalau korg makan dengan dia,
bagi dia pilih bahagian ayam dulu, sebab dia suka sangat bahagian peha, tapi beli korg amik
bahagian peha dulu dari dia, dia akan, errr, dia akan, mula lah dia buat muka dia, hahaha

Jadi sebagai adik yang mulia, aha, mulia? saya akan dahulukan ayam peha kepada dia.
Haahahaha. :D

3. Senang kan, banyak lah benda yang dia tak suka kalau org buat dekat dia.
hahaha

Enough!

cukup.



Keempat






Ni adik saya. nama dia
Nur Azwaliza.
Umur dia saya tak beberapa ingat, hahaha.
Tapi budak kecik ni sangatlah ACTIVE, see?
dia menang dalam acara lumba lari, haha
Hari-hari saya bergaduh dengan dia, dan hari2, saya buat dia nangis,



sebab.. saya memang suka kacau dia, terutamanya membuat penjelmaan hantu dekat dia
hahaha, dia memang takut, paling dia takut bila aku menjelma sebagai Pocong dekat
depan dia, dia melalak kuat, yelah, aku dgn pakai balut selimut putih, lepastu
lompat2 dekat dia, budak mana tak takutkan? haahahha

EH? Aku ni sekejap guna saya, sekejap guna aku, tak kisah kan kalau campur2?



Dan Yang trakhir!

Aku



Mohd Firdaus Bin Mohd Asri.
dilahirkan pada 5 feb.
akan menduduki SPM tahun ni,

dan aku sangat bertuah memiliki ahli keluara aku yang aku tunjukkan di atas,
tapi, kadang2 aku tak menghargainya, tak mengapa, aku akan sentiasa sayang
keluaraga aku sendiri.

Ma....
Ayah..
Akak...

Adik sayang sangat dekat mama, ayah, dan akak,

:"(

Doakan adik berjaya dalam SPM? okay. Terima kasih mama, ayah, akak.
:'(



Dan tamat lah cerita keluara aku yang singkat ni, jadi, dah kenal keluarga aku?
haha, bagus...


I Love them